Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan.
Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.
"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan,"
kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.
"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.
Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".
Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.
"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."
Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.
Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital
sebagai tempat perlindungan.
Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.
Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.
Friday, July 15, 2011
Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kerajaan lebih telus dan bersifat terbuka.
ReplyDeletepolis takkan menjadikan Hospital sebagai sasaran.
ReplyDeleteAda saksi untuk perkara ini.
ReplyDeleteBaik jangan mencabar mereka.
ReplyDeleteWah, macam mahu 'blackmail' pula doktor2 ni.
ReplyDeletemasing-masing mendakwa mereka dipihak yang benar..
ReplyDeletesekarang ni macam-macam isu cuba dimainkan...rakyat pandai-pandailah menilai..
ReplyDeletecukup-cukuplah sudah isu yang menjadikan negara huru-hara ni.
ReplyDeletebenarkah tindakan pihak polis tersebut ke atas hospital Tung Shin?
ReplyDeletepandai ni perserta perhimpunan menggunakan hospital untuk mereka berhimpun...
ReplyDeletePara perhimpunan BERSIH ini sendiri menyembunyikan diri dikawasan tersebut mungkin.
ReplyDeleteLihat gambar terbawah, adakah ini kawasan dalam hospital? Jika ya, jelas polis menyalah guna kuasa.
ReplyDeletePujian diberi kepada doktor-doktor yang menandatangani kenyataan itu.
ReplyDeletePihak Israel dan Palestin akan berhenti tembak-menembak jika terdapat ambulan melalui kawasan pertempuran. Hospital tidak akan diganggu walau apa-jua keadaan.
ReplyDeleteApa pula di Malaysia?
Hairan kenapa mereka yang berkenaan menafikan kenenaran. Mungkin dunia mereka hidup di dunia tanpa internet, tanpa youtube, tanpa facebook dll.
ReplyDeleteSindrom penyakit penafian berlaku lagi. Kenapa tidak mengatakan 'siasat dulu' baru buat kenyataan atau penafian?
ReplyDeleteApa akan berlaku jika penyakit asma dalam hospital tersebut terhidu gas pemedih mata?
ReplyDeleteApa akan berlaku jika bayi baru lahir terkena dengan pancutan air asid itu?
There is witness to prove what had happened on that day.
ReplyDeleteThe doctors should just provide the all the evidence. There is no need to be challenged then only show it.
ReplyDelete