Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.
Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.
“SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.
“Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.
“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.
Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.
“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.
Najib, Rosmah ada kepentingan
Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.
“Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan,” tegas beliau.
Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.
“Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara,” terang beliau.
Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.
Sementara blogger lain, “Semut and Papan Kekunci” menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.
Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.
“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” katanya. -FMT
Friday, July 15, 2011
Cincin RM74j, Di mana Rosmah dapat wang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun aduan dibuat, adakah SPRM akan menyiasat Rosmah juga? Rosmah bukan orang calang2. Orang yang ada kuasa dan wang ini sukar 'disentuh'.
ReplyDeletesiasat sajalah.
ReplyDeleteItu Isteri PM, mestilah mereka kaya-raya.
ReplyDeleteRosmah harus tampil ke depan dan beri penjelasan. SPRM kalau benar2 telus dan berani, jalankan siasatan ke atas Rosmah dan semua orang2 berkepentingan. Bukan satu dua orang saja yang buat rasuah.
ReplyDeleteisu ini sengaja diperbesarkan walaupun mereka sendiri tidak tahu sama ada tuduhan ini benar atau pun tidak.
ReplyDeletesetuju dengan sniper, sebaiknya jika Rosmah tampil memberikan penjelasan mengenai isu ini.
ReplyDeletelebih baik penjelasan dibuat dari mulut Rosmah sendiri. rakyat tak boleh membuat kesimpulan awal dari cerita yang belum tahu kesahihannya.
ReplyDeletekadang2 cerita seperti ini sekadar direka-reka untuk memfitnah seseorang. jadi, pandai2lah kita menilai.
ReplyDeleteKalau Rosmah mahu beli cincin semahal itu adalah lebih baik beliau beli sewaktu beliau berada di luar negara, pakai di jari, sampai airport beliau boleh guna laluan VIP untuk keluar. tiada siapa pun yang tahu beliau beli cincin yang berharga RM73 juta..
ReplyDeleteNampaknya isu Cincin Rosmah menjadi bualan para blogger. Rosmah harus memberikan penjelasan berhubung dakwaan ini.
ReplyDeleteuntuk menjernihkan keadaan, lebih baik yang tertuduh tampil ke depan dan memberi penjelasan.
ReplyDeletesemoga Rosmah dapat membuktikan yang dia tidak bersalah.
ReplyDeleteharap-harap bukannya duit rakyat.
ReplyDeletemahal juga cincin tu.
ReplyDeletebelum sahih laporan ni,terpulang dengan anda menilai,hanya tuhan yang berhak menghukum dan membalas
ReplyDeletePM dan isteri PM harus tampil memberi penjelasan terhadap tuduhan ini.
ReplyDeleteSPRM bakal meunjukan taring mereka. SPRM selalu mengatakan bahawa mereka tidak pilih kasih atau berat sebelah. Inilah masanya bagi mereka membuktikannya.
ReplyDeleteImelda hampir memusnahkan Filipin, kita boleh mengelakan dari berlaku di Malaysia.
ReplyDeleteLaporan sudah dibuat, kini kerja SPRM untuk menyiasat samada laporan ini sahih atau tidak.
ReplyDeleteBuat pendakwaan jika didapati ada unsur bersalah. Biar mahkamah yang menentukan kesalahan.
ReplyDeleteIsteri tidak boleh dikecualikan jika bersalah. Sebaliknya jika beliau tidak bersalah, siasatan dapat memulihkan reputasinya.
ReplyDeletesiasat perlu dijalankan oleh SPRM dengan adil dan tulus.
ReplyDeleteIt better not be the people's hard earned money.
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/pages/500-000-rakyat-malaysia-menyampah-dengan-rosmah-mansor/174381365962884?ref=ts
ReplyDelete