Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.
Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.
Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”
Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk. -MK
Friday, July 1, 2011
TV, radio diarah 'momokkan' BERSIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan."
ReplyDeleteLain macam saja. Kenapa nak berselindung? Tunjukkan saja kejadian sebenar.
Arahan ini termasuk untuk wartawan dari luar negara kah?
ReplyDeleteSaya rasa tindakan polis ni pun tak betul la..
ReplyDeleteRakyat perlulah bertindak dengan wajar bila 9 Julai nanti.
ReplyDeletetapi hakikatnya, mmg perhimpunan ini haram.
ReplyDeleterakyat seharusnya bertindak rasional. tidak perlulah melakukan pekara yang boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif.
ReplyDeleteRakyat fikirlah demi masa depan keamanan negara kita. Ingat senangkah keamanan dikecapi?? Bila berlaku sebegini pasti akan berlarutan kekecohan berlaku. Itukah yang BERSIH mahukan?
ReplyDeletepenganjur Bersih sepatutnya patuh dengan Titah Yang Dipertuan Agong yang turut sama membantah perhimpunan Bersih ini.. jangan mangsakan rakyat semata2 mahu mendapatkan jalan pintas untuk merampas kerajaan.
ReplyDelete