Sunday, July 17, 2011

Sampai Bila Rakyat Nak Guna Jalan Kerbau?

WALAUPUN dengan peruntukan sebesar RM18 Billion bagi NKRA memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman yang dipertanggung jawabkan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, namun ketirisan, keborosan dan rasuah akan menyebabkan NKRA berkenaan menemui kegagalan.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, dalam sidang medianya berkata sikap Shafie yang tidak telus dan mengutamakan kroni menyebabkan banyak projek tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan kerana berlaku ‘Top-Up’ dan perlantikan Sub-Kontraktor berbilang tingkat ‘komisyen’ yang diberi kepada Kontraktor utama melambung tinggi.

Sejak perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Citra, beliau tidak nampak KKLW serius membangunkan prasarana di luar bandar dan pedalaman Sabah kerana 90 peratus jalan luar Bandar masih setaraf Jalan Kerbau atau Lorong Babi Hutan.

Penambahbaikan kemudahan infrastuktur asas untuk rakyat seperti jalan perhubungan, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan program bantuan rumah, kata Citra lebih kepada Projek Gajah Putih kerana hanya membuat projek tetapi tidak dapat digunakan kerana tidak dibuat secara kolektif bersama agensi lain.

“Buat apa bina tiang Grid Elektrik Luar Bandar jika bekalan elektrik di Sabah tidak mencukupi atau membina Projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan yang mempunyai lebihan air atau menaiktaraf jalan di jalan yang tidak mempunyai sistem perparitan,” ujar Citra yang menegur KKLW kerana menterinya jarang turun padang dan meluluskan projek kepada kroni.

Hasrat Shafie untuk membekalkan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 140,000 rumah, di bawah NKRA; membina lebih 7,000 kilometer jalan baru dan dinaik taraf; menyediakan 50,000 rumah baru dan dibaikpulih untuk golongan miskin dan miskin tegar; serta lebih 30,000 rumah akan menerima air bersih atau yang dirawat; kata Citra adalah angan-angan ‘Mat Jenin’ selagi Shafie menerajui KKLW.

Menurut Citra, sejak merdeka, lebih 8 buah kampung dan kini 11 buah kilang kelapa sawit di kawasan Jeroco Lahad Datu tidak pernah menikmati jalan berturap yang boleh dilalui setiap masa kerana projek menaiktaraf Jalan Jeroco hanya secara ala kadar.

“Bayangkanlah setiap kali rakyat masuk dan keluar ke bandar terpaksa menggadai nyawa sedangkan Menteri KKLW yang berbangga dengan NKRA boleh tidur lena sekalipun lebih 12 orang sudah meninggal dunia kerana kemalangan akibat kerosakan jalan berkenaan,” ujar Citra yang memaklumkan tidak termasuk kematian pekerja asing yang didiamkan oleh pihak ladang.

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN (sabahkini)

28 comments:
Write comments
  1. Masalah ini harus diberi perhatian agar tindakan segera dapat diambil.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan negeri2 lain? Adakah jalan raya mereka sempurna?

    ReplyDelete
  3. Rasanya di Semenanjung tiada lagi jalan raya seteruk di Sabah. harap kerajaan memberikan pembangunan yang seimbang kepada setiap negeri di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Harap peruntukan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menaik taraf jalan raya di negeri kita.

    ReplyDelete
  5. keadaan jalan raya di Sabah byk yang masih teruk, jalan2 raya tersebut harus dibangunkan.

    ReplyDelete
  6. bukannya mudah untuk melaksanakan pembangunan sekelip mata. ianya memerlukan masa. apa pun harap usaha untuk menaiktarafkan jalan-jalan yang ada sentiasa dilakukan.

    ReplyDelete
  7. Susah juga jika jalan kawasan pendalaman masih ketinggalan tanpa ada pembangunan. Harap jalan seperti ini di Sabah dapat diberikan peruntukkan untuk dimajukan.

    ReplyDelete
  8. tumpukan dahulu kawasan2 kampung.. kilang2 Sawit dikemudiankan.. kadang2 kilang sawit ni tidak mematuhi had muatan.. yang penting boleh jimat kos.. sebab itu banyak jalan rosak..

    ReplyDelete
  9. memang jalan raya di sabah antara yang teruk di malaysia..kos naik taraf dan penambah baikan tentu tinggi namun ianya pasti bukan masalah kepada kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan peruntukan yang lebih besar untuk pembangunan sabah kerana hasil minyak sabah (95%) dimonopoli oleh persekutuan.

    ReplyDelete
  10. jadi, sabah juga berhak mendapatkan prasarana yang lebih baik seperti di Lembah klang (MRT, LRT, lebuh raya, dll)...jangan anak tirikan sabah kerana sabahlah yang membolehkan kerajaan hari ini menang..

    ReplyDelete
  11. masalah ini harus diberikan perhatian yang lebih..memang bukan mudah untuk menyelesaikannya tetapi janganlah terus lepas tangan.

    ReplyDelete
  12. apa2 pun diharap pembangunan negeri sabah akan terus dimantapkan.

    ReplyDelete
  13. kerajaan yang ada sekarang pandang sebelah mata saja masalah rakyat, suara pembangkang perlu ada juga menyuarakan keluhan rakyat

    ReplyDelete
  14. PERLU BERUBAH....

    ReplyDelete
  15. Dulu..seorang guru sejarah kami, ada mengatakan bahawa, kiranya Borneo masih di bawah jajahan ....pasti Sabah lebih maju dpd Semanjung Tanah Melayu...Lihat sahaja Hong Kong..sgt maju pada hal dulu menjadi jajahan....dan akhir nya telah diserahkan semula kpd China..Mula nya sya inda percaya...tetapi baru skg sya faham kenapa guru kami cakap mcm tu...Zaman 70an..sabah sgt kaya hasil bumi...tapi kenapa hari ini mendapat gelaran negeri termundur dlm 1Msia. Dimana kekayaan Negeri di Bawah Bayu ini...sampai skg masih juga ada jalan kerbau... walau bermacam2 rancangan TV utk Sabah hari ini, namun mereka tidak dapat membuat rakaman ke daerah2 yg langsung tiada jalan perhubungan.....Fikir lah.....

    ReplyDelete
  16. Masih ada banyak tempak di Sabah yang masih belum dibagunkan lagi.

    ReplyDelete
  17. BANYAK tempat yang belum dibangunkan rintahan rakyat dah macam pengemis tempat sendiri masa pilihanraya janji terang bulan dah mula dibisik hujung-hujung guna jalan kerbau, Sampai bila rakyat ditipu hidup-hidup..

    ReplyDelete
  18. Whatever promises that were made to the people must be fulfilled. What is the point of making promises when it is not being fulfilled??Its a big let down to the people.

    ReplyDelete
  19. Please don't let the people down especially those who has been supporting you from the beginning.

    ReplyDelete
  20. Jalan Raya adalah infrastruktur asas yang diperlukan. Harap kerajaan akan memandang berat isu ini.

    ReplyDelete
  21. Kerajaan perlulah memastikan bahawa infrastructur asas seperti ini sentiasa lengkap dan berfungsi dengan baik.

    ReplyDelete
  22. apa tidak,peruntukan lebih banyak masuk kat poket menteri dan kroni dari sampai kat rakyat.tanya safie aqdal.dia mesti tahu.

    ReplyDelete
  23. memang peruntukan ada tapi mungkin tak sampai kat yang memerlukan biasa la bah...janji-janji manis

    ReplyDelete
  24. SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL

    ReplyDelete
  25. Habis duit Sabah diangkut ke semananjung sebab hasil minyak Sabah 95% Pusat ambil tinggal 5% untuk Negeri dan lihat semananjung cukup maju dan infra cukup baik.Bagus kita tukar kerajaan PRU 13 sebab pembangkang janji 20% income untuk negeri apalagi offer dah ada cubalah untuk lima tahun tak rugi dari terus kerugian hanya 5% untuk negeri.Rayat fikirlah sendiri atau terima apa sehaja kerajaan bagi barang naik dan macm2 lagi rayat didahulukan 1 MAlaysia boleh.

    ReplyDelete
  26. sedih! inikah balasan yang kita dapat sebagai simpanan tetap kerajaan?

    ReplyDelete
  27. PRU13 pilih la pemimpin dikalangan yang tahu nasib rakyat bukan yang dilahir atas carpet merah hidup mewah lebih-lebih dah jadi wakil rakyat

    ReplyDelete
  28. Jangan biar rakyat tunggu lagi, bertindak sekarang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.