Sunday, July 17, 2011

3 Bahagian PKR Akan Sertai USNO?

MENGIKUT sumber dan maklumat yang terima, pemimpin kanan PKR di Pantai Timur Sabah terutama di Parlimen Semporna, Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan bersama 800 penyokong masing-masing akan meninggalkan PKR untuk menyertai USNO (penaja).

Antara yang disebut-sebut ialah Mantan Ketua Cabang PKR Semporna, Piramli Barahim bersama lebih kurang 300 orang penyokong akan menyertai USNO yang kini dipimpin oleh Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustpha.

Spekulasi ini ternyata benar kerana sebentar tadi, Piramli sendiri telah menghubungi Majlis Tertinggi Penaja USNO menyatakan hasratnya untuk menyertai USNO dalam kadar segera.

Sementara itu, Mantan Calon PKR Balung, di Parlimen Tawau, Abdillah Timbasal juga turut menghubungi MT USNO dan menyatakan hasratnya bersama 500 penyokong kuatnya meninggalkan PKR.

Abdillah merupakan tokoh yang agak popular kerana berjaya mendapat 1,400 undi pada pilihanraya lalu di DUN Balung dan sudah pasti dapat menawan kerusi berkenaan jika beliau dipilihan sebagai calon USNO pada pilihanraya umum akan datang.

Manakala di parlimen Kalabakan, Tawau, mantan Setiausaha PKR Cabang Kalabakan, Abu Bakar Jambuan mengambil langkah yang sama dengan rakan beliau di Semporna dan Tawau untuk meneruskan perjuangan membela rakyat Sabah yang diabaikan oleh UMNO dan Pakatan Rakyat selama ini.

Sebelum ini, Ketua Cabang PKR Kalabakan, Dollah Hashim telah keluar PKR dan menyertai parti Gerakan, namun belum menyatakan pendirian sama ada untuk menyertai USNO atau kekal dalam Gerakan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Hj Abdul yakin USNO akan berjaya didaftarkan semula dan pasti akan dapat menggunakan kembali lambang dan bendera USNO pada pilihanraya umum akan datang.

Kata Abdullah Sani, beliau yakin Kerajaan BN terpaksa meluluskan pendaftaran USNO untuk memastikan PKR dan Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang kerusi di Sabah; apatah lagi dengan kemelut yang melanda Ketua Umum PKR, sudah pastinya USNO akan dapat merampas undi Pakatan Rakyat.

Mengikut maklumat tidak rasmi, kesemua mereka akan menyertai USNO secara rasmi pada 17 Julai iaitu hari ini, sempena lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pantai Timur Sabah.

Oleh : PP SEMPORNA (sabahkini)

20 comments:
Write comments
  1. Sepatutnya USNO menyertai PKR, tak sangka PKR menyertai USNO pula.

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun, selamat berjuang kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya ahli PKR akan semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  4. Permohonan pendaftaran USNO sudah diluluskan kah?

    ReplyDelete
  5. Mereka hilang kepercayaan dengan perjuangan PKR sudah.

    ReplyDelete
  6. jika USNO berjaya dihidupkan semula, pasti ramai yng akan menyertainya.

    ReplyDelete
  7. jgn risau, ramai lg ahli umno akan mlompat jga! Biarlah Usno jaga Sabah... lama sudah dirosak sama BN!

    ReplyDelete
  8. tunggu dan lihat sajalah perkembangan pekara ini.

    ReplyDelete
  9. nampaknya USNO akan membangun semula. Semoga sokongan kepada USNO akan terus diberikan.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya USNO lebih berpengaruh daripada PKR di Sabah. Teruskan usaha USNO.

    ReplyDelete
  11. semakin tipis peluang Pakatan untuk merampas negeri ini..

    ReplyDelete
  12. bukan USNO sudah dibubarkan kah? dengar cerita permohonan USNO masih belum diluluskan untuk ditubuhkan semula.

    ReplyDelete
  13. tulah bubarkan USNO dulu...tapi rasanya USNo tidak akan mendapat sokongan rakyat sekali pun ianya akan ditubuhkan semula..kerana disebabkan oleh pengkhianatan USNO kepada sabah di mana memberi ruang kepada orang luar aka persekutuan mengurustadnir kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  14. yang menyebabkan sabah dalam keadaan sekarang (kebanjiran PATI) ialah USNO..kerana pemimpin USNO terdahulu (mustapha) atas dasar ketamakan kuasa, telah membawa masuk pengaruh luar (semenanjung) dan menyebabkan hak anak negeri sabah dicabuli (contohnya pekerjaan)..

    ReplyDelete
  15. tidak payah lah USNO mahu ikut bertanding...zaman kuku besi USNO sudah berakhir..jangan beri peluang kepada USNO..USNO pengkhianat sabah..

    ReplyDelete
  16. perlu ada USNO dalam arena politik sabah sebagai pembangkang

    ReplyDelete
  17. umno dan usno sama sija baitu urang dusun kalau sabut itu umno AMUNO kalau usno AISONO tapi bagi orang suluk usno adalah UNITED SULUK NATIONAL ORGANISATION

    ReplyDelete
  18. kalau USNO boleh jamin masa depan rakyat sabah kenapa tidak boleh masuk balik

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.