Sunday, July 17, 2011

Isu Cincin Rosmah RM74 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan.

SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer.

“(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu,’ katas Chegubard.

Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu.

“SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan yang lalu.

“Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu?," soalnya.

Chegubard juga mendakwa sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA telah mengalami gangguan hampir 3 jam.

Ini menurut beliau, menyebabkan kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa dan selepas itu dipulihkan, perbagai 'syarat' dikenakan untuk mendapat akses kepada dokumen sebegitu.

Chegubard berkata dalam usaha untuk menimbulkan keraguan mengenai pemilik belian itu, semalam muncul pula borang asal di alam siber dan apa yang disebut sebagai borang 2 Kastam.

Borang itu "diadakan" untuk "membuktikan" cincin belian itu dibawa keluar ke Singapura empat hari selepas ia dibawa masuk ke Malaysia.

Chegubard berkata borang itu adalah untuk menyokong dakwaan kononya cincin belian itu hanya untuk pameran yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Chegubard berkata sumber dalaman beliau mengesahkan beberapa percanggahan ketara dalam maklumat borang 2 kastam termasuk nilai barangan. Borang itu juga tidak meyenaraikan sebarang terma untuk pameran yang dimaksudan, seperti lazimnya, kata beliau.

Chegubard sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman. -tvsnews

13 comments:
Write comments
  1. Sudah bukan kali pertama Isteri PM dipertikaikan mengenai sikapnya yang boros.

    ReplyDelete
  2. Mana satu yang betul ni..ada laporan yang kata ini sekadar fitnah.

    ReplyDelete
  3. apapun, kita tunggu hasil siasatan.

    ReplyDelete
  4. Siapa2 pun boleh buat spekulasi mengenai hal ini. Tidak kira fakta itu benar atau disebaliknya.

    ReplyDelete
  5. Rosmah tak nak beri penjelasankah mengenai hal ini?

    ReplyDelete
  6. kita sendiri pun tidak tahu sama ada pekara ini benar atau tidak. ini hanyalah khabar angin sehingga tidak terbukti.

    ReplyDelete
  7. Mungkin juga mereka disponsor untuk tinggal ditempat mewah. Kita sendiri pun tidak pasti kebenaran dakwaan artikel ini.

    ReplyDelete
  8. 2 borang itu sebagai bukti bahawa cincin itu hanya untuk pameran di Malaysia, bukannya dibeli oleh Rosmah sebagaimana tuduhan Chegubard..

    ReplyDelete
  9. semoga kes ini dapat disiasat secara terperinci..

    ReplyDelete
  10. kalau betul dakwaan Rosmah mengguna wang rakyat, tindakan undang-undang yang sewajarnya patut dikenakan terhadapnya.

    ReplyDelete
  11. perlu siasatan menyeluruh

    ReplyDelete
  12. Imagine the money that was used to buy Rosmah ring could be put in good use to help develop Malaysia.

    ReplyDelete
  13. The money that was used to buy the ring better not be the people's hard earned money!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.