Seorang nenek yang membawa cucunya berusia dua tahun ke kenduri di sini semalam terkejut apabila ditegur botol susu tertera perkataan “babi care” dan bukannya “baby care”.
Nenek 52 tahun itu berkata, dia tidak sedar kewujudan perkataan tersebut pada botol susu yang baru sahaja dibeli anak perempuan berusia 26 tahun itu untuk cucunya, mempunyai perkataan yang membawa maksud lain daripada sepatutnya.
Menurutnya, botol susu tersebut baru digunakan cucunya kerana sebelum ini dia menggunakan botol kaca.
“Sejak membelinya beberapa minggu lepas tidak ada seorang ahli keluarga sedar wujudnya perkataan itu pada botol susu tersebut.
“Selepas ini saya akan membuangnya kerana sepatutnya botol susu tersebut ditulis dengan perkataan ‘baby care’ dan bukannya ‘babi care’ yang membawa maksud haiwan yang haram bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita petang semalam.
Nenek terbabit berkata, sekiranya tidak ditegur dalam majlis tersebut, dia mungkin belum sedar wujudnya perkataan ‘babi care’ pada botol susu itu yang dipercayai dibeli di sempadan dan datangnya dari negara jiran.
Sementara itu, seorang wanita yang turut ke kenduri tersebut, Rohana Yusof, 49, berkata, dia terkejut melihat tulisan di botol susu bayi dua tahun itu.
Menurutnya, dia mempunyai enam anak dan yang sulung berusia 32 tahun tetapi tidak pernah melihat botol tertera perkataan sedemikian.
“Saya berharap, selepas ini, ibu bapa lebih peka ketika membeli botol susu untuk anak-anak mereka kerana maksud perkataan tersebut merujuk kepada haiwan," katanya. -SH
Friday, October 7, 2011
Botol Susu "Babi Care"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Botol susu ini dibeli daripada negara jiran dan tidak pernah melalui kastam negara.
ReplyDeletePara pengguna patut lebih berhati-hati bila membeli barang-barang keperluan.
ReplyDeleteada juga botol susu mcm tu.. kena hati semasa membeli.
ReplyDeletekadang2 terdapat produk jika diteliti dengan betul terdapat kesalahan ejaan. biasanya barangan lambakan dari China. Ramai yang berpendapat China juga sememangnya gemar mengklon dan menciplak idea jenama ternama. memang meragukan juga dari segi kualiti dan tahap keselamatan dengan menggunakan produk ini.
ReplyDeleteLepas ni tentu para ibubapa akan lebih berhata-hati..
ReplyDeletekena lebih berhati-hati bila membeli barang-barang...
ReplyDeletePengeluaran dan penjual botol susu perlu lebih peka dan teliti mengenai perkara2 sensitif masyarakat.
ReplyDeletekalau begitu setiap produk yang dikeluarkan di negara ini atau di import perlu mengutamakan sensitiviti masyarakat di negara ini, bukannya manfaat dari barangan tersebut..
ReplyDeleteKaji dulu sebelum membeli botol susu. Jangan main ambil saja tanpa melihatnya.
ReplyDeleteBotol susu ini sudah di gunakan selama seminggu.Pelik ibu bayi ini tidak menyedari kewujudan perkataan pelik itu setiapkali membasuhnya.Ternyata beliau tidak peka.lain kali belilah botol susu yang di keluarkan oleh pengilang yang sah.
ReplyDelete