Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selesai menjalankan tugas.
Sehubungan itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen terbaru mereka iaitu “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”.
"8 tuntutan demi pilihanraya bersih dan adil harus dilaksanakan dengan serta-merta sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kempen tersebut diadakan sebagai peringatan kepada kerajaan, terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)."
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pepanduan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Arul Prakkash, Dr Wong Chin Huat.
Kerajaan menubuhkan JPKP untuk memperbaharui sistem pilihanraya negara selepas perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 30,000 orang.
Chin berkata laporan pertama JPKP harus berdasarkan isu-isu reformasi pilihanraya jangka pendek seperti yang dibangkitkan dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.
Laporan kedua JPKP patut merangkumi isu-isu reformasi pilihanraya jangka panjang dan laporan tersebut seharusnya dikeluarkan sebelum akhir tahun 2012.
Cadangan-cadangan laporan tersebut harus dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan.
Maria menjelaskan, kejayaan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai merupakan petanda dari rakyat Malaysia bahawa reformasi sistem pilihanraya amat penting.
"Kami mengesa agar pihak SPR melaksanakan cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tersebut tanpa berlengah-lengah."
Kempen ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain untuk menyampaikan pesanan keramat ini kepada semua rakyat Malaysia.
MElihat kepada keperluan ini, Maria mengesa kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada mereka untuk memastikan pilihanraya tidak diadakan sehingga 8 tuntutan tersebut dilaksanakan.
"Adalah penting semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menuntut reformasi pilihanraya dengan menyampaikan tuntutan-tuntutan pilihanraya bersih dan adil kepada pejabat-pejabat SPR negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli-ahli Parlimen." -GB
Thursday, October 6, 2011
Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU13"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya akan datang akan dipertimbangkan penggunaannya tapi mungkin bukan kesemua 8 tuntutan tersebut akan dipenuhi.
ReplyDeleteHarap 8 perkara yang dibangkitkan oleh Bersih akan dipertimbangkan. Tiada apapa yang tidak kena untuk memastikan sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil dan bersih.
ReplyDeleteDakwat kekal juga satu cadangan yang baik untuk memastikan bahawa tiada pengundi ulangan.
ReplyDeleteNajib memaklumkan tujuan penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihanraya di Malaysia adalah untuk memuaskan pihak pembangkang. sekarang ni pula Bersih menuntut untuk menunaikan 8 tuntutan yang mereka telah buat.
ReplyDeleteBiar kerajaan tunaikan satu persatu. Bukan semua boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.
ReplyDeleteDiharap kali ini kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya. Kalau tidak, ia hanya memberi laluan selesa kepada pembangkang.
ReplyDeletekerajaan pasti akan mempertimbangkan tuntutan2 tersebut.
ReplyDeletetapi diharap bersih tidaklah membuat kecoh lagi.
ReplyDeletesebarang cadangan yang baik untuk semua mungkin akan dipertimbangkan dengan sebaiknya.
ReplyDeletediharapkan jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dilantik akan menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.
ReplyDeleteklu apa yg bersih buat itu "kecoh", RM500j pocket money kpd perimekar sdn bhd itu "jasa"?????
ReplyDeletesiapa yang membiayai Bersih? sebab ada kawan2 saya yang terima dari rm50 hingga rm150 seorang untuk join perhimpunan..
ReplyDeleteHarap SPR akan membetulkan kelemahan yang ada pada parti itu.
ReplyDeleteKerajaan telah menubuhkan jawatanakuasa bagi mengkaji masalah PRU ini. Jadi harap dengan adanya jawatankuasa ini akan dapat membantu.
ReplyDeleteneji:
ReplyDeletemarina mahathir x malu ka terima RM50??????????? siapa dia kawan2 kau tu? desperate jg kawan2 kau kan...