Perdana Menteri berkata, MCA merupakan komponen terpenting kepada BN.
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, MCA akan menjadi penentu kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, apa makna kepada BN jika MCA berpecah belah.
“Ada team A, ada Team dan mungkin Team C.
“Apa guna parti besar tetapi tidak bersatu padu. MCA mesti bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke 58 hari ini.
Bagaimanapun, kata Najib yang juga Pengerusi BN berkata sudah isyarat bahawa MCA sudah menjadi semakin kuat.
Menurut perdana menteri, parti yang takut berubah akan menjadi tidak relevan.
“Jadi jangan takut kepada perubahan,” tegasnya.
Najib juga memberitahu perwakilan MCA bahawa beliau mendengar suara rakyat kaum Cina. petikan FMT
MCA bukan lagi pilihan orang Cina?
KUALA LUMPUR: Ramai perwakilan MCA tidak yakin MCA akan menang besar dalam pilihan raya umuk akan datang.
Mereka mendakwa MCA bukan lagi parti tunggal kaum Cina kerana DAP lebih menonjol dan lebih ke depan dalam isu masyarakat Cina.
Weng Suen Tan berkata, dalam banyak perkara DAP lebih ikhlas membantu masyarakat bawahan orang Cina yang miskin dan tinggal di kampung.
“Kita tengok masyarakat Cina Pulau Pinang gembira dengan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.
“Mereka kata pemimpin DAP Pulau Pinang lebih bagus dari menteri MCA,” katanya.
Perwakilan Melaka, Kian Peng berkata, ramai pengundi Cina hilang keyakinan kepada MCA.
Katanya, MCA belum dapat menunjukkan parti itu benar-benar berjiwa rakyat.
“MCA selalu mengungkitkan mereka hanya mereka parti orang Cina yang terbaik.
“Tapi rakyat tidak suka dengan ungkapan seperti ini.
“Tidak semua orang Cina menyokong MCA kerana MCA juga berpecah. Ramai yang tidak boleh menerima kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,” katanya. -FMT
Sunday, October 2, 2011
Harapkan MCA, BN Memasuki Era Keruntuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MCA masih belum boleh mempertahankan hak cina sebenar. Sama macam MIC yang tidak mampu mempertahankan hak India.
ReplyDeleteTunggulah dan lihat sama ada MCA masih mendapat sokongan dan undian daripada rakyat.
ReplyDeleteMCA perlu berusaha untuk menawan hati masyarakat cina.
ReplyDeleteusaha untuk meningkatkan sokongan rakyat perlu sentiasa dilakukan berterusan dan khidmat kepada rakyat perlu sentiasa dilaksanakan.
ReplyDeletePractice what you preach. Parti kalau mahu menang, amalkan pepatah tu.
ReplyDeleterakyat akan lebih menyokong parti yang dapat menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
ReplyDeleteSelesaikan masalah dalaman parti dan berusaha tawan hati rakyat balik.
ReplyDeleteMCA + parti komponen BN memang memperjuangkan kaum yg mereka wakili ttp terpaksa ikut rentak c pembuli "UncivilisedMonkeyNO"...
ReplyDeleteapa yang bagusnya bila pemimpin itu terpaksa memohon maaf kepada sultan Johor??
ReplyDeleteJadi MCA...Buktikan bahawa MCA akan terus mendapat sokongan dari rakyat. Buktikan MCA boleh melakukannya.
ReplyDeleteSelagi masalah dalaman tidak dapat diselesaikan selagi itulah parti itu tidak akan dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk rakyat. Jadi pastikan tidak ada pecahan ahli dalam parti itu sendiri.
ReplyDelete