Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?
“Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa,” ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini.
Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri.
Persoalan pokok Najib harus jawab
Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam ‘pemegang kunci utama’ yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran?
Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad?
Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya?
Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara?
Suruhanjaya Siasatan Diraja
Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik.
Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti. Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya.
Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat
Masa untuk kebenaran
Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandate dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat.
Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri.
Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan – (i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum; (ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum; (iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya; (c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat; (d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan.
Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum.
Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai ‘sulit’ walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya.
Jerat hampir mengena, tiada jalan keluar
Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya.
Najib tidak boleh lari dari tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat untuk membongkar kebenaran.
Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malay sepatutnya menjadi negara ‘berpendapatan tinggi’ lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita.
Jika wang ini tidak disitakan!
Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama ‘budak-budak’ UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup.
- Malaysia Chronicle
rakyat perlu tahu keuntungan sebenar yang diperolehi oleh Petronas selama ini.
ReplyDeletekalau Petronas boleh dapat untung banyak sepatutnya negeri2 pengeluar minyak merupakan negeri2 yang termaju di negara ini. malangnya Sabah sendiri jadi negeri termiskin di Malaysia.
ReplyDeletekadang-kadang maklumat daripada wikileaks bukan boleh dipercaya sangat.
ReplyDeleteSemoga PM Najib akan tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteKebenaran tidak mungkin dapat ditutup buat selama-lamanya.
ReplyDeleteOrang bila ada kuasa, tentu tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Itu sikap tipikal orang yang suka amal rasuah. Tapi tidak tahulah keadaan sebenar dalam Petronas ni. Huhu..
ReplyDeleteRatusan billion 'disita'? Banyaknya..7 keturunan pun cukup harta tu.
ReplyDeleterakyat berhak juga nak tahu..
ReplyDeleteisu keuntungan petronas ini sudah pernah dijelaskan oleh PM terdahulu.. 62.8 peratus diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen, 7.2 peratus diagihkan kepada pemegang saham royalti dan cukai luar negara, manakala 30 peratus dilaburkan semula untuk operasi Petronas. wang yang diterima oleh kerajaan daripada Petronas, sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima oleh kerajaan. hasil yang diterima ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan perbelanjaan mengurus (termasuk memberi subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan dan sektor pertanian), dan perbelanjaan pembangunan..
ReplyDeleteNampaknya petronas menjadi tumpuan untuk dijadikan isu oleh pihak pembangkang. Tapi jika dilihat memang ada logik juga. Tapi kita tidak tahu memang ada untungnya tapi mungkin untung itu digunakan untuk pembangunan dan sebagainya.
ReplyDeleteBUKAN KONSEP SUKU SAKAT NI
ReplyDelete1. x pula dijelaskan knp 80% minyak petronas dijual di bawah harga pasaran sebenar kpd 6 pihak dgn agreement 30 tahun. ada sesiapa yg dpt untung drpdnya?
ReplyDelete2. ada sesiapa yg tahu jumlah pendapatan sebenar petronas? sykt boleh berkomplot dgn akauntan utk memalsukan laporan kewangan n perkara ini memang berlaku.
Kalau apa yang dikata ini benar kami Sabahanlah yang paling untung besar dalam segala- galanya, hasil minyak orang lain yg. menikmatinya, tanah adat diceroboh sesuka-sukanya, ditambah pula dengan timbunan PATI. Sabah 0h Sabah apalah nasibmu.
ReplyDelete