SPEAKER Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata adalah tidak wajar untuk memanipulasi keseluruhan konsep 1Malaysia dalam usaha memenuhi agenda, kepentingan dan kehendak peribadi.
Beliau berkata, konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diperkenalkan dengan hasrat murni untuk menyatupadukan rakyat daripada setiap kaum dan agama di negara ini.
"Usah membuat tafsiran 1Malaysia untuk disesuaikan dengan kepentingan dan kehendak sendiri. 1Malaysia menumpukan kepada rakyat dan ia sejajar dengan prinsip demokrasi kerajaan oleh rakyat dan untuk rakyat.
"Kita mungkin mempunyai perbezaan tetapi menerusi kesepakatan, kita mesti menyumbang ke arah pembinaan negara kita," katanya ketika berucap merasmikan seminar 1Malaysia peringkat daerah di sini Selasa.
Salleh berkata konsep 1Malaysia akan membawa manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan sama ada mereka tinggal di kawasan bandar atau luar bandar.
Beliau berkata perpaduan sedia ada dalam kalangan masyarakat perlu diperkukuhkan selaras dengan konsep 1Malaysia yang antara lain mengutamakan kepentingan rakyat. (BERNAMA)
Tuesday, October 4, 2011
Jangan Tafsir 1M Ala Agenda Peribadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang penting, pastikan 1 Malaysia ini dapat dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
ReplyDeleteJangan jadikan ini sebagai Agenda peribadi, dan jangan cakap tak serupa bikin.
ReplyDeletePractice what you preach.
ReplyDeletekonsep 1Malaysia perlu difahami dengan betul.
ReplyDeleteTo the politicians, quit politic if your intention is not sincere to help the people.
ReplyDeletediharap perpaduan dalam masyarakat akan terus diperkukuhkan.
ReplyDeletekonsep 1Malaysia sememangnya baik dan wajar diamalkan oleh semua..
ReplyDeletekonsep ini harus diamalkan dan keharmonian dan perpaduan harus sentiasa dikekalkan.
ReplyDeletekonsep 1Malaysia memupuk kepada perpaduan dan keharmonian kaum.
ReplyDeletekita seharusnya mengamalkan konsep ini demi kesejateraan negara kita.
ReplyDeleteguru tadika utk berkhidmat di sabah pun diimport dr malaya sbb org sabah x layak, palui2 semuanya? klu itulah 1Malaysia, sy lebih rela utk x patriotik. apa yg rakyat mahu lihat ialah adanya elemen dinamik antara apa yg dikata n apa yg dibuat. salleh, klu sy palui, sy pun x nampak kau pandai...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!
jadi maksud 1Malaysia bagi sdr Pirit ialah, rakyat Sabah berkumpul di Sabah, rakyat Sarawak berkumpul di Sarawak, dan rakyat semenanjung berkumpul di negeri masing2? tidak perlu keluar dari negeri masing2..
ReplyDeleteada juga orang Sabah yang menjawat jawatan penting di jabatan kerajaan di semenanjung, kenapa penduduk di negeri itu tidak arahkan saja mereka balik ke negeri sendiri?
ReplyDeleteOrang cuma salah anggap akan 1Malaysia sebenarnya. Apa yang kita tahu tujuan utama adalah untuk menyatupadukan semua kaum yang ada di Malaysia tapi bila pembangkang membuat tafsiran semua ini semata-mata demi politik.
ReplyDeleteKita sedia maklum bahawa Malaysia adalah negera yang pelbagai kaum, bangsa dan agama. Maka bukankah gagasan 1 Malaysia satu yang baik untuk kita semua.
ReplyDeleteneji:
ReplyDeletebrp ramai cikgu, polis, tentera, golongan professional, kakitangan agensi federal dr malaya yg berkhidmat di sabah? knp x beri keutamaan kpd sabahan? knp akhirnya ramai remaja sabahan lari ke tempat lain utk mencari pekerjaan?
keadilan sosial adalah salah 1 elemen 1Malaysia, ttp yg sy nampak, UMNO + kroni duluan n yg lain2 kemudian la...
Datuk Salleh mahu semua mengikut tafsirannya apa itu 1 Malaysia. Tapi apa sudah jadi projek pembentungan najis diKota Belud tidak sampai 300 kaki jaraknya drp. rumah penduduk. Apakah kurang yang boleh dilantik sebagai guru sandaran diSabah? kenapa budak drp. Semenanjung ditugaskan kesini dan memilih tempat tidak mahu dihantar kekawasan pedalaman. Kalaupun ada orang Sabah menjawat jawatan penting diSemenanjung itu hanya berapa ketul dibandingkan orang Semenanjung yang bertugas diSabah, bukan sahaja guru sandaran kerja jaga pun drp. Semenanjung.
ReplyDeleteJangan bersifat terlalu kenegerian Pirit.Apa yang anda nampak tidak mencerminkan keseluruhan situasi.Sama sahaja samada ada guru sabah disemenanjung dan guru semenanjung di sabah.Berhubung guru sandaran,ianya dilantik oleh jabatan pendidikan negeri dan langsung tidak ada kait mengait dengan kerajaan pusat.Kerjaya guru itu mulia dan janganlah isu guru dipolitikkan.Saya yang belajar dibidang perguruan ramai kawan-kawan saya dari Sabah dan ada diantara mereka memilih untuk menimba pengalaman kehidupan di semenanjung dan ada yang semenanjung ingin menimba pengalaman dipedalaman Sabah.Janganlah bersikap pesimis semata-mata.
ReplyDelete