Tuesday, October 4, 2011

Saksi Dedahkan Saiful Sokong BN, Benci Anwar

Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.

Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar,
sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.

“Dia benci Anwar,” kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. -kd

16 comments:
Write comments
  1. Saiful ini sememangnya orang BN, bukan?

    ReplyDelete
  2. Sampai bila kes ini akan selesai?

    ReplyDelete
  3. Bosan dengan isu ini kerana ia hanyalah permainan kotor politik untuk kepentingan tertentu.

    ReplyDelete
  4. Bikin malu saja kalau suatu hari nanti si Saiful ini kedapatan menipu.

    ReplyDelete
  5. kenapa Saiful jadi pembantu khas Anwar Ibrahim kalau dia membenci ketua umum parti keadilan tu?

    ReplyDelete
  6. dikatakan Saiful ni suka publisiti. mungkin kes ini salah satu contoh publisiti dirinya.

    ReplyDelete
  7. kes ini semakin rumit dan setiap pihak pun ada hujah masing-masing.

    ReplyDelete
  8. lebih baik tunggu saja sehingga kes ini selesai bagi mengetahui kesudahannya nanti.

    ReplyDelete
  9. mmg Saiful akan membenci anwar yang telah menodainya.

    ReplyDelete
  10. patutlah c pondan ini x grad, buat kerja lain pula masa student. akhir sekali offer pintu belakangnya sbg talian hayat terakhir UMNO...

    ReplyDelete
  11. yg batil dan palsu akhirnya akan terdedah juga, tidak di dunia di mahkamah Allah akan terjawab segalanya..

    ReplyDelete
  12. apalah sangat yang misteri jika saksi yang dikatakan ‘misteri’ adalah seorang petugas di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Pelik? Misteri? Tak ada yang misteri sekiranya semua ini boleh diatur..

    ReplyDelete
  13. Kenapa baru sekarang saksi misteri ini muncul? Adakah upahan semata-mata?

    ReplyDelete
  14. Anwar menyuruh orang baru tampil untuk membantu beliau. Nampaknya semakin panjanglah cerita hidup Anwar lagi ini.

    ReplyDelete
  15. hanya orang yg dungu saja akan percaya kes ini.Sejak Anuar keluar penjara,tulang belakangnya tidak bersambung akibat di tendang.Kelelakiannya tidak berfungsi,bagaimana di meliwat???

    ReplyDelete
  16. kepada yg percaya kes ni,buka mata luas-luas,jangan telan semua yg dijumpa.ada otak guna.Begini punya perjalanan kespun masih ada yg percaya...kesian

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.