Keterangan Datuk Seri Najib Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting kerana ia akan membantu mengenal pasti keadaan mental pengadu, kata peguam utama Ketua Pembangkang, Karpal Singh.
Karpal berhujah bahawa Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sebelah malam 24 Julai 2008 sebelum pengadu mendakwa Anwar telah meliwatnya.
Kata Karpal, keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini.
Peguam berkata afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.
“Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran SP1 (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan SP1 akan mematuhi nasihat beliau,” kata Karpal.
“Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh,” katanya.
Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar.
Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting. -TMI
Tuesday, October 4, 2011
Najib & Rosmah Saksi Penting?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
ReplyDeleteBaik tunggulah dan lihat bagaimana kes ini akan menjadi nanti.
ReplyDeleteingatkan ini akan selesai tak lama lagi, tapi nampaknya ia makin rumit.
ReplyDeleteWhen will this be over? Don't know whether this case is for real or just one of the politic game.
ReplyDeletenampaknya, untuk mendapatkan keterangan dari Najib dan Rosmah pun perlu bukti juga. tidak boleh ka terus bagi keterangan tentang apa yang berlaku pada malam 24 Julai 2008?
ReplyDeletesebelum PRU menjelang pasti Anwar sekali lagi dipenjarakan.
ReplyDeleteKebenaran akan terungkai suatu hari nanti.
ReplyDeletenampaknya kes ini menjadi semakin rumit..
ReplyDeletetunggu sajalah sehingga kes ini selesai bagi mengetahui kesudahannya nanti.
ReplyDeletenajib n flom takut jd saksi sbb memang terlibat secara lansung dgn kes ini...
ReplyDeletenampaknya anak guam Karpal singh sudah tidak mempunyai peluang untuk menang kes itu sehingga mahu PM dan isterinya menjadi saksi penting..
ReplyDeleteSesungguhnya dunia ini adalah pentas lakonan... Ramai pelakon yang lebih berkaliber daripada artis2 yang ada sekarang..
ReplyDeleteTetapi ingatlah.. sampai masanya nanti lakonan ini akan tamat jua... sama ada watak lakonan akan dimatikan atau filem telah tamat..
Kesian kes saiful ini. Asyik liwat dengan Anwar saja.
ReplyDeleteAdakah mahu PM dan isteri jadi saksi tentang kes Anwar. Nanti bila PM cakap tidak tahu, ada pula yang cakap PM menipu kerana mahu menjatuhkan Anwar tidak mustahil tuduhan ini akan berlaku nanti.
ReplyDeletememberi keterangan di kandang saksi pun bukannya susah sgt [klu tiada apa2 yg mau ditapuk]. sendiri boleh fikir maa...
ReplyDelete