MELAKA - Taktik sebuah kumpulan samun yang menggunakan wanita cantik dan seksi bagi mengumpan 'lelaki hidung belang' sebagai mangsa samun kecundang ekoran penahanan enam lelaki daripada Geng Sethu dalam serbuan di Taman Cheng di sini pada awal bulan lalu.
Difahamkan, wanita cantik dan berbadan seksi berusia awal 20-an yang juga merupakan anggota Geng Sethu akan dihantar berlegar-legar di beberapa lokasi kunjungan orang ramai di negeri ini bagi memikat mana-mana lelaki yang dilihat berpotensi untuk disamun.
Selepas mangsa tergoda dengan penampilan wanita Geng Sethu itu, mangsa biasanya terdorong membawa suspek wanita itu ke hotel bajet yang berdekatan bagi melakukan hubungan seks.
Antara hotel bajet yang dilaporkan pernah menjadi persinggahan mangsa dan suspek wanita itu adalah hotel bajet di sekitar Jalan Tun Ali di sini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ketika berada di dalam bilik hotel, sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan tukul akan menyerbu bilik hotel tersebut untuk menyamun beg duit atau apa-apa barang berharga milik mangsa.
"Suspek-suspek itu kemudian mengugut akan melakukan perkara lebih buruk terhadap mangsa selepas mendakwa wanita yang ditiduri mangsa merupakan adik atau saudara mereka," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian tersebut tidak berakhir di situ apabila suspek-suspek lelaki itu turut mengambil kunci rumah mangsa dan memaksa mangsa memberitahu alamat lengkap rumahnya.
"Suspek-suspek kemudian akan menceroboh rumah mangsa dan melarikan semua barang berharga dari rumah itu," kata beliau lagi.
Semasa kejadian pecah masuk rumah, mangsa terus 'ditahan' di dalam hotel terbabit. Mangsa hanya dibebaskan selepas suspek-suspek selesai menggelidah rumah mangsa. -Kosmo
Thursday, October 6, 2011
Perangkap si wanita seksi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam-macamlah taktik perompak sekarang ni. perlu sentiasa berhati2..
ReplyDeleteOleh itu, janganlah mudah terpengaruh. Nampak perempuan saja terus ikut.
ReplyDeleteSendiri kenalah berhati-hati bila membawa diri, kalau tidak siapa yang rugi?
ReplyDeleteControl sikit miang tu. Jangan mudah terpedaya.
ReplyDeletemacam2 taktik, kita perlu berhati2 dan jgn mudah terpedaya.
ReplyDeletesentiasalah berhati-hati..jangan mudah tergoda dengan wanita seksi..
ReplyDeletekalau bukan lelaki hidung belang tidak terperangkap dan tidak la kena samun. Apa2 pun hati2 saja la.
ReplyDeletekalau sudah namanya taktik, memang sukar dijangka ba.. tapi salahkan juga diri sendiri sebab terlalu miang..
ReplyDeleteMemang perancangan yang teliti. Tapi akhirnya tumpas juga. sepandai mana pun tetap akan tertangkap juga.
ReplyDelete