Saturday, October 1, 2011

PM Tunkuk Baik, Kos Selenggara Kediaman RM49 Juta Belum Terjawab

Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Keadilan Daily melaporkan, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

“RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

“Najib dilahirkan dari keluarga yang mewah dan sesungguhnya tidak tahu menahu kesusahan rakyat. Oleh sebab itu pembaziran menjadi sebahagian hidup beliau,” katanya yang turut mengaitkan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru itu katanya, Ketua Audit Negara perlu memberikan penjelasan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang membangkitkan soalan itu di parlimen sebelum ini, Najib sehingga kini masih belum menjawab isu berkenaan.

“Selepas kita membuat sidang media, tidak ada pihak bagi jawapan balas menjelaskan kepada kita kenapa kos begitu tinggi, macam isu tu disenyapkan begitu sajaha. Itu lah realiti pengurusan di peringkat tertinggi sedangkan Najib mengarahkan rakyat supaya berjimat cermat,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menyewa dari Putrajaya Holding yang memerlukan kerajaan membayar secara komited kepada pemaju itu setiap bulan.

“Yang kita tahu, keseluruhan Putrajaya Holding ini disewa bermakna kerajaan mempunyai komitmen bulanan kerana ia bukan aset kerajaan. Jika dibuat kos analiss jangka panjang, saya rasa kerajaan rugi,” katanya.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria. -HD

13 comments:
Write comments
  1. kediaman rasmi PM n TPM, knp sewa [RM sentiasa keluar]? saja cari sebab utk tolong kroni mencuri RM KERAjaan [rakyat]...

    ReplyDelete
  2. RM200 juta kerajaan gunakan untuk membina kediaman perdana menteri kemudian serahkan kepada puterajaya holding. Lepas itu kerajaan sewa pula daripada puterajaya holding. BIJAK BIJAK NAJIB! Tak apa kami rakyat jelata makan ubi kayu asalkan Najib hidup mewah.

    ReplyDelete
  3. Kalau perbelanjaan sedemikian diteruskan bukan sahaja rakyat makan ubikayu tapi mencari dan makan ubi kadut gatal dihutan.

    ReplyDelete
  4. Pastikan segala yang dibuat itu adalah ikhlas.

    ReplyDelete
  5. perbelanjaan tersebut terlalu byk.

    ReplyDelete
  6. sebarang perbelanjaan atau kewangan perlulah diuruskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Sampai bila2 pun takkan ada penjelasan mengenai perbelanjaan yang melampau-lampau itu.

    ReplyDelete
  8. kerajaan pun perlu berjimat cermat juga. fikirkan tentang kehidupan susah rakyat jelata.

    ReplyDelete
  9. Cubalah mereka bayar dengan duit sendiri segala sewa2 itu, sanggupkah?

    ReplyDelete
  10. PM dan TPM kena beri penjelasan pada rakyat. jangan biarkan rakyat terus berasa sangsi dan tertipu.

    ReplyDelete
  11. kalau hari2 isu ini dimainkan pun, belum tentu ada pihak yang berani tampil buat penjelasan..

    ReplyDelete
  12. Harap PM perlulah menjadi contoh kepada rakyat untuk bersikap jimat.

    ReplyDelete
  13. Harap PM akan lebih mementingkan keperluan rakyat. Suara rakyatlah penentu untuk PM sendiri. Tidak salah kita tunjuk baik, tapi haruslah kena ditempatnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.