Pittsburgh, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung  di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran  orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah  akhbar kelmarin.
Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu  berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal  Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya  ini, negeri Pennsylvania.
Semua coli  tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum  pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan  wanita.
Coli-coli  itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan,  American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk  mengadakan kempen tersebut.
Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.
"Saya  langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini  hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang  pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi
Saturday, October 1, 2011
Coli Digantung Untuk Timbulkan Kesedaran Barah Payu Dara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.