Saturday, October 1, 2011

Sarang ladang khayal diserbu lagi


MELAKA – Serbuan polis kira-kira dua minggu lalu langsung tidak menakutkan penagih dadah untuk terus melepaskan gian di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang di sini apabila sarang kaki khayal itu sekali lagi diserbu polis semalam.

Operasi selama 11 jam bermula pukul 5 pagi itu dapat menahan 40 penagih termasuk tiga anggota tentera berusia di antara 26 dan 30 tahun.

Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam.

Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan Mohd. Azam Ab. Razak bersama 26 anggota termasuk pegawai.

Sumber berkata, selain tentera, penagih yang ditahan merupakan pekerja kilang dan buruh berusia di antara 16 dan 53 tahun.

Katanya, polis terpaksa bersembunyi di sarang penagih tersebut seawal pukul 5 pagi sebelum seorang demi seorang penagih yang datang ditangkap.

“Polis turut menahan pasangan kekasih berusia 18 dan 37 tahun yang merupakan pengedar dadah. Pada mereka, kita menemui heroin bernilai RM4,000 dan syabu bernilai RM5,000.

“Turut dirampas ialah sebuah telefon bimbit yang dijadikan alat timbang dan sebuah khemah yang digunakan sebagai tempat berteduh ketika urusan jual beli dadah dilakukan,” katanya. -Kosmo

11 comments:
Write comments
  1. Penagih-penagih ini patut dihantar ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan.

    ReplyDelete
  2. Perbuatan macam inilah yang memalukan negara kita.

    ReplyDelete
  3. serbuan seperti ini perlu lebih kerap dilakukan.

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha untuk membanteras aktiviti penagihan dadah seperti ini..

    ReplyDelete
  5. Penagih2 ini selagi tidak merasa kesan negatif akibat pengambilan dadah, selagi itu mereka takkan berhenti.

    ReplyDelete
  6. Mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah ini harus dikenakan hukuman yang paling berat.

    ReplyDelete
  7. nampaknya anggota tentera pun ada juga. betul2 memalukan.

    ReplyDelete
  8. pekerja2 di ladang tersebut pasti juga terdiri daripada warga asing.

    ReplyDelete
  9. rajin2 la buat serbuan.. kalau sudah ketagih, benda itu juga yang dia cari walaupun sudah pernah dicekup..

    ReplyDelete
  10. Baguslah kalau pengedar dadah ini dapat ditahan. Harap operasi sebegini akan terus dilaksanakan bagi memastikan mereka penagih dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  11. Bagus..teruskan tangkapan dan operasi untuk membenteras penagih dan pengedar dadah ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.