PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu bangsa Melayu abad ke-21 tidak berlindung di sebalik perlindungan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.
Sebaliknya, beliau berkata bangsa Melayu abad ini perlu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mencapai hasrat tersebut.
"Kalau kita hendak menjadi bangsa yang bermaruah dan terhormat kita tidak boleh berselindung dengan kerajaan tetapi mesti ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.
"Ciri-ciri Melayu abad ke-21 yang berjaya bukan dilindungi tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam. Inilah perubahan yang mesti ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) di sini malam Khamis.
MTEM merupakan platform untuk badan-badan bukan kerajaan (NGOs) ekonomi Melayu bersatu supaya lebih efektif dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang lestari di kalangan komuniti Melayu dan negara.
Najib berkata cabaran pada abad ke-21 amat hebat, justeru bangsa Melayu perlu bersedia menghadapi segala perubahan dan persiapan yang secukupnya.
Beliau berkata bangsa Melayu perlu menjalin kerjasama dengan kerajaan kerana masa depan mereka juga berkait rapat dengan untung nasib kerajaan sedia ada.
"Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu, kita tidak boleh mengambil hak orang lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada.
"Sebagai contoh apabila kita melaksanakan projek MRT, kita memutuskan 43 peratus daripada projek ini diberikan kepada usahawan dan syarikat bumiputera. Jadi kita tidak ambil hak orang lain," katanya.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya NGO Melayu bertindak bersungguh-sungguh dan berkesan supaya tuntutan bangsa Melayu dapat diketengahkan dengan lebih jelas.
"Kita tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata tetapi perlu memperkasakan individu dan NGO yang akan bertindak sebagai barisan hadapan dalam menuntut apa yang perlu bangsa Melayu miliki," katanya. (BERNAMA)
Saturday, October 1, 2011
Jangan Berlindung Dengan Kerajaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klu sebaliknya KERAjaan yg melindungi org2 / pihak tertentu, mcmana pula najib? cuba kau tarik subsidi kpd IPP. cubalah batalkan / review lopsided agreement dgn TNB, PLUS, etc...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!
Kalau melindungi PATI dan membelakangkan tuntutan rakyat sejati Sabah itu apa maananya?
ReplyDeleteRakyat sudah lama bergantung pada bantuan kerajaan, bagus jugalah kalau rakyat boleh berdikari.
ReplyDeleteHarap kita boleh mewujudkan rakyat yang boleh berdikari dan berdaya saing.
ReplyDeleterakyat perlu berusaha sendiri untuk berjaya, jgn terlalu harap bantuan kerajaan sahaja.
ReplyDeletekerajaan harus membantu golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama individu juga perlu sentiasa berusaha untuk berdikari dan memajukan diri sendiri.
ReplyDeleteKalau ditarik keistimewaan Melayu, tentu huru-hara jadinya.
ReplyDeleteBerusaha jika mahu maju. Jangan mengeluh,komplen pula lebih daripada usaha.
ReplyDeletesaya pasti kerajaan tidak akan hapuskan 100% subsidi/kuota terhadap bumiputera. tapi adalah lebih baik jika subsidi/kuota tersebut hanya diberikan kepada mereka yang betul2 sukar untuk berdiri di kaki sendiri.
ReplyDeleteNajib hanya menyebut bangsa Melayu saja.
ReplyDeletebukan hidup melayu ka..
ReplyDeletetidak semua rakyat tempatan yang berjaya hari ini, mengecapi kejayaan itu hasil daripada bantuan kerajaan.. oleh itu kerajaan tidak perlu risau tentang kebergantungan rakyat terhadap kerajaan, cuma laksanakan tanggungjawab sebagai parti pemerintah dan laksanakan apa yang patut..
ReplyDeleteNampaknya PM perlulah merancang untuk terus mendapat sokongan rakyat dan bukannya membebankan rakyat.
ReplyDeleteIni menunjukkan bahawa PM mahukan kita bumiputra lebih berdikari sendiri untuk menjadi orang yang berjaya. Tidak terlalu bergantung 100% dengan kerajaan.
ReplyDelete