Saturday, October 1, 2011

Semporna Syurga Pengubahan Wang Haram?

INSIDEN penculikan dua rakyat Malaysia di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna pada 8 Februari 2010, Lai Wing Chau dan Tsen Vui Chung oleh lima orang penculik yang diketuai oleh pemegang kad pengenalan projek Malaysia, Ben @ Ahmad Taradji merupakan jenayah terancang yang kemungkinan kebarangkalian dibuat untuk memperkenalkan DMF Limited yang berpangkalan di Hong Kong dalam bidang pelaburan rumpai laut.

Daripada risikan Sabahkini.net di Hong Kong, salah seorang pemilik DMF Limited, Datuk Seri Chung Man Tong dikhuatiri terlibat merancang penculikan berkenaan bagi menaikkan saham DMF Limited yang bukan sahaja menjalankan kegiatan penanaman rumpai laut, sebaliknya melakukan kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan.

Desas-desus dan teori kemungkinan kebarangkalian bahawa kes penculikan ini merupakan satu kes yang telah dirancang untuk kepentingan sesetengah pihak, terutama bersangkut-paut dengan dua anak syarikat DMF Limited iaitu Dynasty Worldwide Sdn. Bhd dan Dynasty Marine Farm Sdn. Bhd kini hampir pasti sebagai kenyataan yang sukar ditolak.

Lebih mengejutkan kedua-dua syarikat tersebut disenaraikan Bursa Saham NIKKEI, Hong Kong dan Bursa Saham Kuala Lumpur, Malaysia; namun berselindung di sebalik kegiatan penggubahan wang haram yang gagal disiasat Bank Negara Malaysia walaupun beberapa laporan rasmi telah dibuat.

Modus Operandi DMF Limited amat mudah iaitu membawa bakal pelabur ke Semporna untuk meninjau kegiatan penanaman rumpai laut, walaupun bukan milik mereka; hanya sekadar menunjuk kawasan penanaman yang luas dan bakal pelabur boleh membuat pelaburan secara on-line atau terus ke syarikat mereka yang beralamat di 1010, 10/F, Miramar Tower,132 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong.

Deposit yang mereka terima setiap hari akan digunakan untuk membayar pelaburan pelabur terdahulu dan begitulah seterusnya sehingga menarik minat ramai pelabur di Hong Kong, Taiwan dan China; untuk melabur dalam syarikat mereka yang membuat keuntungan atas angin di atas keperitan hidup para pengusaha rumpailaut tempatan yang dijadikan ‘Projek Angkat’ untuk mengaburi mata pelabur tanpa sebarang bayaran.

Setiap pelabur dikehendaki membayar sejumlah USD 3,600 sebagai yuran penyertaan dalam projek pelaburan tersebut sebelum membeli jumlah saham tertentu yang dikhabarkan menawarkan keuntungan berganda.

Setelah insiden penculikan, bagi meyakinkan pelabur, DMF telah melantik Mantan Pegawai Kanan Polis Sabah sebagai Ketua Pegawai Keselamatan sedangkan hakikatnya ‘Tiada Penculikan’ berlaku; melainkan sebuah drama Hong Kong yang tidak difilemkan, tetapi dilakonkan oleh dua watak penting dalam DMF untuk melariskan saham; dalam masa yang sama memperbodohkan PDRM dan Kerajaan Malaysia.

Sebaliknya, Kerajaan Malaysia hanya berputih mata kerana semua wang pelaburan disimpan di akaun bernombor 817-398829-838 di The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited, Tsim Sha Tsui Branch, 82-84 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong.

Dalam kejadian penculikan tersebut, para penculik menuntut wang pampasan sejumlah 30 Juta Pesos atau RM2.44 juta untuk membebaskan tebusan dengan kadar tukaran semasa 12.3 pesos bagi setiap ringgit.

Bagaimanapun keluarga mangsa hanya dapat menyediakan wang sebanyak RM 1 juta (12.3 juta pesos) dan diserahkan kepada Juruperunding yang dilantik Kerajaan Malaysia untuk proses pembebasan, namun penculik bertegas dengan jumlah wang pampasan RM2.44 juta.

Mungkin persoalan yang menarik untuk dikaji kenapa Polis Di Raja Malaysia dan mangsa menafikan ada membayar wang tebusan sejumlah RM2.44 juta atau 30 Juta Pesos; seolah-olah mereka hanya makan angin (melancong) di Tawi-Tawi selama 312 hari?

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

28 comments:
Write comments
  1. operasi penculikan diketuai oleh PEMEGANG IC PROEK [thnx 2 UMNO's generosity]. sampai bila la sabahan tidur n x sedar bahawa unwanted guest inilah punca segala masalah / jenayah di negeri kita???

    ReplyDelete
  2. ini hnya cerita kedai kopi, entah benar ke tidak, dakwaan ini perlu ada bukti.

    ReplyDelete
  3. "risikan Sabahkini.net di Hong Kong, salah seorang pemilik DMF Limited, Datuk Seri Chung Man Tong dikhuatiri terlibat merancang penculikan berkenaan bagi menaikkan saham DMF Limited yang bukan sahaja menjalankan kegiatan penanaman rumpai laut, sebaliknya melakukan kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan."

    Betul ke tuduhan tersebut? Adakah ini berdasarkan apa-apa bukti sebab tuduhan tersebut amat serius. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menyiasat.

    ReplyDelete
  4. "Lebih mengejutkan kedua-dua syarikat tersebut disenaraikan Bursa Saham NIKKEI, Hong Kong dan Bursa Saham Kuala Lumpur, Malaysia; namun berselindung di sebalik kegiatan penggubahan wang haram yang gagal disiasat Bank Negara Malaysia walaupun beberapa laporan rasmi telah dibuat."

    Susah juga untuk dipercayai tanpa bukti yang sah walaupun laporan rasmi telah dibuat. Walaubagaimanapun, siasatan harus diteruskan untuk menegakkan keadilan dan ketenteraman negara supaya kegiatan penngubahan wang haram tidak berleluasa.

    ReplyDelete
  5. Apa sebenarnya keadaan sebenar? Siapa yang tahu?

    ReplyDelete
  6. Ini tidak serupa rekaan cerita, semua maklumat bank akaun, jumlah wang pampasan dll seolah betul. Susah untuk orang tidak mempercayainya.

    ReplyDelete
  7. Sehingga kini mereka masih tidak ditahan, ini berkemungkinan mereka tidak melakukannya atau bukti masih tidak mencukupi. Susah untuk komen sama ada mereka tersabit dalam sidiket sebegini.

    ReplyDelete
  8. Pihak berkuasa seharus mengambil tindakan untuk memantau dan menyiasat aktiviti berkaitan dengan penggubahan wang haram.

    ReplyDelete
  9. sejauh mana kesahihan pekara ini, kita sendiri pun tidak tahu..

    ReplyDelete
  10. sebarang dakwaan perlulah ada bukti, jika tiada ianya hanya spekulasi semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Macam-macam spekulasi timbul..entah mana satu yang betul

    ReplyDelete
  12. apakah tindakan kerajaan Sabah terhadap isu ini?

    ReplyDelete
  13. harap kerajaan Sabah tidak akan berdiam diri sahaja dan membiarkan perkara ini berlalu seperti tempias angin tanpa siasatan terperinci

    ReplyDelete
  14. jika benar kes penculikan ini merupakan satu kes yang telah dirancang untuk kepentingan sesetengah pihak, maka wajarlah ada siasatan dan tangkapan selanjutnya dari kerajaan Sabah/Malaysia

    ReplyDelete
  15. benarkah Semporna syurga penggubahan wang? apa kata ADUN dan MP Semporna? mereka sepatutnya lebih tahu..

    ReplyDelete
  16. nampaknya tidak selamatlah Semporna kalau begini. ada pembiaya keganasan.

    ReplyDelete
  17. harap pemilik DMF Limited, Datuk Seri Chung Man Tong dan mereka yang terlibat secara langsung/tidak langsung dapat disoalsiasat oleh pihak berkuasa supaya kes ini dapat diselesaikan

    ReplyDelete
  18. harap nama Semporna / P. Sipadan yang terkenal di mata dunia sebagai pusat menyelam tidak terjejas dengan isu penculikan/pengubahan wang haram ini

    ReplyDelete
  19. "Desas-desus dan teori kemungkinan kebarangkalian bahawa kes penculikan ini merupakan satu kes yang telah dirancang untuk kepentingan sesetengah pihak, terutama bersangkut-paut dengan dua anak syarikat DMF Limited iaitu Dynasty Worldwide Sdn. Bhd dan Dynasty Marine Farm Sdn. Bhd kini hampir pasti sebagai kenyataan yang sukar ditolak."

    Susah untuk dipercayai jika tiada bukti yang sah terhadap tuduhan tersebut dimana tuduhan ini juga merupakan tuduhan yang serius. Saya pasti pihak berkuasa akan berusaha menyiasat kebenaran tuduhan ini.

    ReplyDelete
  20. Susah untuk Dynasty Worldwide & Dynasty Marine menafikannya, sebab tuduhan ini seolah benar dengan kenyataan jumlah duit pampasan, nombor akuan, masa dll. Harap pihak berkuasa menjalankan tugasnya.

    ReplyDelete
  21. Tiada bukti berkenaan dengan kes penculikan dan kegiatan penggubahan duit haram sehingga masa kini. Adakah ini benar atau rekaan untuk menjatuhkan imej seseorang, tiada orang yang tahu tetapi mereka sahaja yang ketahuinya.

    ReplyDelete
  22. "Daripada risikan Sabahkini.net di Hong Kong, salah seorang pemilik DMF Limited, Datuk Seri Chung Man Tong dikhuatiri terlibat merancang penculikan berkenaan bagi menaikkan saham DMF Limited yang bukan sahaja menjalankan kegiatan penanaman rumpai laut, sebaliknya melakukan kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan."

    Kedua-dua tuduhan 1)penculikan 2)penggubahan wang haram ini amat serius. Tuduhan sebegini cukup untuk merosakkan imej baik DMF. Tuduhan tanpa bukti susah untuk diterima juga. Walau bagaimanapun, masing-masing menilai sendiri.

    ReplyDelete
  23. "kedua-dua syarikat tersebut disenaraikan Bursa Saham NIKKEI, Hong Kong dan Bursa Saham Kuala Lumpur, Malaysia; namun berselindung di sebalik kegiatan penggubahan wang haram yang gagal disiasat Bank Negara Malaysia walaupun beberapa laporan rasmi telah dibuat."

    Kalau tiada bukti yang kukuh mengesahkan kedua-dua syarikat ini menjalankan aktiviti haram, maka teruskan siasatan. Rakyat juga beringin nak tahu hal sebenar yang berlaku.

    ReplyDelete
  24. betulkah semua ini? atau hanya ingin menaikkan rating website saha??

    ReplyDelete
  25. kalau sudah tau desas-desus ini hasil dari teori kemungkinan dan kebarangkalian, baik tidak payah siarkan.. yang penting kedua2 mangsa culik itu sudahpun diselamatkan..

    ReplyDelete
  26. perlu ada bukti yg kukuh... kita tidak tahu cerita yg sebenar...
    betul kata shanty...cerita begini hanya untuk manaikkan rating website..

    ReplyDelete
  27. Benarkah penculikkan ini dirancang oleh pihak dalam?

    ReplyDelete
  28. Kalau tidak ada bukti mungkin sukar untuk kita memastikan kebenarnya. Setakat berkata-kata cuma akan mengundang masalah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.