WALAUPUN Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed mengklasifikasi wanita yang terbunuh di Kampung Banjar, Keningau, Kartini Borhan, 22, sebagai mangsa rompakan; namun waris mangsa yang menghubungi Sabahkini.net mencurigai motif polis yang disifatkan sebagai cuba menutup kes berkenaan.
Waris mangsa, Ahmad, ketika menghubungi Sabahkini.net menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menubuhkan Jawatankuasa Khas menyiasat punca kematian mangsa yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya yang merupakan seorang Inspektor Polis yang bertugas di Balai Polis Keningau.
“Kita minta campurtangan mereka kerana Polis Sabah cuba menutup kes ini dengan mencipta pelbagai teori, sedangkan banyak kesan yang ditinggalkan menunjukkan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum di bawa ke rumah,” kata Ahmad yang bimbang keluarganya tidak dapat menahan sabar dan mengambil tindakan membalas dendam kerana mereka kenal siapa Inspektor polis yang sering datang membawa Kartini.
Bagaimanapun, Ahmad enggan membuat sebarang spekulasi kerana bimbang akan menjadi sasaran polis yang cuba menutup kes berkenaan sebagaimana polis menutup kes lelaki Pakistan merogol remaja sedikit masa lalu.
“Kami memerlukan Polis melakukan Inkues bagi mencari punca kematian sebenar dan tidak melindungi pegawai polis (dari Malaya) yang melakukan jenayah termasuk membuat laporan palsu kematian dan menerima rasuah,” kata Ahmad yang mengingatkan Polis Keningau tidak melakukan tindakan yang memalukan, termasuk memadam bukti kerana ada saksi yang nampak tetapi enggan memberikan kerjasama kerana bimbang dianiaya.
Inspektor polis ini kata Ahmad, seorang kasanova kerana sebelum ini telah meninggalkan teman wanitanya yang buta sebelah mata setelah terlibat dengan kemalangan dan kembali memikat Kartini yang merupakan bekas kekasih lamanya.
Sekalipun sudah mempunyai isteri, tetapi Inspektor berkenaan masih menjalinkan hubungan sulit dengan Kartini dan terlalu cemburu kerana dalam masa yang sama Kartini mempunyai teman lelaki berbangsa Tiong Hua.
Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Saturday, October 1, 2011
Siapa Bunuh Kartini Borhan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Besar kmungkinan peg polis itu sendiri yg mmbunuh..polis mesti telus dlm siasatan ini.
ReplyDeletejika ada kesangsian akan kes ini, baik ia disiasat semula.
ReplyDeleteSekalipun sudah mempunyai isteri, tetapi Inspektor berkenaan masih menjalinkan hubungan sulit dengan Kartini dan terlalu cemburu kerana dalam masa yang sama Kartini mempunyai teman lelaki berbangsa Tiong Hua.
ReplyDeleteHuh?? Kedua-duanya ada hubungan dengan orang lain dan masih mengadakan hubungan sulit?? Berani bermain api, berani tanggung akibatnya.
ketelusan pihak polis dalam menyelesaikan kes ini diragui oleh waris mangsa. tidak kira polis sekalipun kalau sudah bersalah pasti tetap akan menerima hukuman.
ReplyDeletetidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan ini..apa pun, tunjukkanlah bukti atau asas dakwaan ini jika ada..
ReplyDeleteSiasatan lanjut diperlukan untuk membongkar kes ini.
ReplyDeleteBalas dendam yang macam mana keluarga si mati akan buat? Jika berlaku apa2 kepada suspek, tentu keluarga tersebut akan dijadikan suspek utama.
ReplyDeletelakukanlah seperti yang diminta oleh keluarga mangsa.. lagi tercemar imej polis jika keraguan2 ini tidak dijawab dengan adil dan profesional oleh pihak polis..
ReplyDeleteKes ini tidak boleh ditutup begitu saja. Perlulah dilakukan siasatan. Tidak mustahil orang yang dekat dengan Kartini itu sendiri yang membunuhnya.
ReplyDeleteAnonymous 2 says
ReplyDeleteOctober 3, 2011 9:07 AM
yang atas ini, Bodoh punya monyet