Tuesday, October 4, 2011

Terapi Ikan Tidak Bersih Malah Boleh Sebarkan Penyakit

ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan. Gambar fail.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.

Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi

9 comments:
Write comments
  1. Jaga-jaga sesiapa yang suka membuat rawatan terapi ikan. Ini boleh menyebar penyakit dan kulat.

    ReplyDelete
  2. Jika tiada manfaat saintifik daripada rawatan ini, lebih baik rawatan ini dilarang beroperasi.

    ReplyDelete
  3. kalau di Sabah ni salah satu tempat terkenal untuk membuat terapi ikan ialah di Kg. Luanti Baru.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan nasib mereka yang membuka rawatan kaki menggunakan cara ini? Rugilah tu kan bila ramai yang tidak mahu guna kaedah ini sudah.

    ReplyDelete
  5. sebaiknya jauhi rawatan seperti ini.

    ReplyDelete
  6. tidak sangka pula terapi ini boleh menyebarkan penyakit..lebih baik elakkan diri daripada menggunakan terapi ini.

    ReplyDelete
  7. ada bukti meh HIV virus dipindahkan mel kaedah ini?????

    ReplyDelete
  8. ikut saja ba nasihat pakar perubatan..

    ReplyDelete
  9. Jadi kalau mahu buat terapi ikan buatlah ditempat air mengalir.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.