Saturday, October 1, 2011

Utusan Kalah Lagi?

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, pada Jumaat, menang saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung tulisan yang tersiar dalam akhbar terbitannya dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa Khalid berjaya membuktikan kesnya dan plaintif (Khalid) juga difitnah oleh defendan melalui tulisan berkenaan.

Dalam keputusan lisan beliau, Prasad berkata defendan juga telah memuat turun tulisan berkenaan daripada satu laman blog tanpa memeriksa kandungannya walaupun ia bersifat sensitif.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai defendan.

Khalid mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz, dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan percetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.

Khalid berkata tulisan bertajuk "Zulkifli bidas Pak Janggut" itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada beliau, walaupun namanya tidak disebut.

Hakim berkenaan menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh untuk memberi keputusantentang jumlah ganti rugi yang perlu dibayar.- BERNAMA

14 comments:
Write comments
  1. kc telanjang itu utusan tembirang...

    ReplyDelete
  2. UTUSAN memang itu kerjanya, PENYEBAR FITNAH DAN PEMBOHONG KEPADA RAKYAT atas arahan UMNO

    ReplyDelete
  3. UTUSAN KALAU NAK BUAT LAPORAN YANG BETUL BIAR ADIL TANPA BERAT SEBELAH TANPA DIDORONG PIHAK YANG ADA KEPENTINGAN

    ReplyDelete
  4. Baik jangan renew lesen Utusan sehingga mereka berubah.

    ReplyDelete
  5. kena berhati2 dalam menyiarkan berita.

    ReplyDelete
  6. setiap maklumat yang disiarkan perlulah diteliti dengan sebaiknya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. Apa Utusan rasa? Oren?

    ReplyDelete
  8. Jangan beli Utusan. Senang cerita. Tak habis2 menabur fitnah.

    ReplyDelete
  9. banyak sudah isu2 yang ditimbulkan oleh Utusan. mungkin sudah tiba masa akhbar ini dihentikan penerbitannya.

    ReplyDelete
  10. utusan adalah nadi UMNO/BN

    ReplyDelete
  11. bagaimana pula dengan media pro pakatan Malaysian Insider yang kalah saman dengan Tajudin?

    ReplyDelete
  12. TENGOK SIAPA DIBELAKANG UTUSAN TU..

    ReplyDelete
  13. Lain kali berikan maklumat yang fakta dan bukannya rekaan semata-mata.

    ReplyDelete
  14. Benar sebagai sumber maklumat untuk rakyat seharusnya berikanlah sumber yang ada fakta. Kerana ini akan mempengaruh fikiran pembaca sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.