ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.
Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.
Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.
Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.
Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.
Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.
Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan udang itu yang seluas 100 ekar.
Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.
Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.
Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang. -mk
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
ReplyDeleteTun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
sumber
"
Semoga Noh Omar dapat ditemui untuk temubual mengenai isu projek penternakan udang ini.
ReplyDeleteKita tunggulah penjelasan daripada pihak yang berkaitan.
ReplyDeletePatut la..beriya-iya nak rampas Selangor dari PR, rupa2nya ADA UDANG DI SEBALIK TANAHNYA..Ini semua, pasti tanah rakyat yg dia rampas.. Noh menteri ; menteri UDANG ; Corek, ...corret ..kkkkk
ReplyDeleteMaaf la tapi ITU LA HARGA LEMBU PENCACAI umNO nie RM 10 JE LA, TAPI MENYALAK MACAM DAH JADI JUTAWAN.
ReplyDeleteHebat, ADA LEMBU ada UDANG, ADA BUNGLOW BESAR, MANTAN PM ada anak punya harta berbillion2, pemaju bumiumnoputra .
ReplyDeletekelebihan menjadi sebagai menteri.untuk dapat wang/kesenangan cukup mudah tidak seperti rakyat biasa.mula2 nafi tapi bila kantoi mengaku.menggunakan jawatan menteri pertanian dpt projek kementerian pertanian.ABU
ReplyDeletePengarah Arrofood Chu Bak Tek menafi berniaga dengan Noh.Noh Omar ihanya memiliki tanah 30 ekar.Sekarang pula mengakui berkongsi berniaga dan membeli tanah sebelum jadi menteri.Satu kenyataan yang menggelirukan dan nampak sangat rakyat diperbodohkan.Wahai Menteri Kuasa apa pun yang ada didunia pasti ada tarikh lupusnya.
ReplyDeleteAmanah dalam melaksanakan tugas memang penting.
ReplyDeleteKalau kerajaan Selangor mampu, Selangor tidak akan jatuh ke tangan BN
ReplyDeletedalam hal ini, Noh Omar kena perjelaskan.
ReplyDeleteSPRM perlu siasat perkara ni untuk pastikan kebenaran.
ReplyDeletepemimpin yang mengaut keuntungan untuk kepentingan sendiri memang wajar disingkirkan oleh rakyat.
ReplyDeleteSiasat saja kes ini. Tapi bagus juga projek udang ini. Kerana ini dapat meningkatkan ekonomi dan mampu memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapat perkerjaan.
ReplyDeleteProjek ini pun sememangnya perlu disiasat sebaiknya. Jangan biarkan rasuah dan penipuan berlaku.
ReplyDeletejika wujud penyelewengan atau rasuah dalam kes ini, kenapa Ng Suee Lim tidak buat laporan polis atau sprm terhadap Noh Omar??
ReplyDelete