Wednesday, July 11, 2012

Rakyat M'sia luar negara boleh undi melalui pos

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

NONEKatanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.

Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.

Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.

Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya.

Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi. -MK

12 comments:
Write comments
  1. rakyat M'sia diluar negara dan askar2 yg berada diperbatasan negara bg menjaga kedaulatan memang layak mendapat kemudahan ini. Tapi masalahnya ialah kenapa isteri askar pun kena undi pos. Itulah namanya SPR bangsat kerana brsekongkol dgn umporno menipu rakyat 1Malaysia. Isteri askar, polis yg memang dah ada kat tempat mengundi,hantu2,askar2 pencen yg nombor tenteranya masih ujud dlm daftar pengundi( spt saya ), mat2 spr sendiri dn pelbagai individu yg saya rasa kalau saya jd PM saya tak benar semuanya undi pos. Sebab apa? Sebab dah ada tepi tempat mengundi, mai le mengundi sama. Apa kejadah kena undi posnya.

    ReplyDelete
  2. Takut2 SPR manipulasi undi rakyat malaysia di luar negara pula

    ReplyDelete
  3. knp terlalu banyak red tape terhadap rakyat malaysia yg berada di luar negara? knp warganegara IMPORT di sabah memperolehi kelebihan yg berbeza? 1 lagi pengesahan bahawa SPR adalah ANJING UMNgOk???

    ReplyDelete
  4. SPR perlu lebih peka dan sistem PRU harus lebih berkesan dan relevant

    ReplyDelete
  5. Penngundi hantu perlu diselesaikan, cari penyelesaian bagi hal2 tu.

    ReplyDelete
  6. rakyat M'sia diluar negara dan askar2 yg berada diperbatasan negara bg menjaga kedaulatan memang layak mendapat kemudahan ini. Tapi masalahnya ialah kenapa isteri askar pun kena undi pos. Itulah namanya SPR bangsat kerana brsekongkol dgn umporno menipu rakyat 1Malaysia. Isteri askar, polis yg memang dah ada kat tempat mengundi,hantu2,askar2 pencen yg nombor tenteranya masih ujud dlm daftar pengundi( spt saya ), mat2 spr sendiri dn pelbagai individu yg saya rasa kalau saya jd PM saya tak benar semuanya undi pos. Sebab apa? Sebab dah ada tepi tempat mengundi, mai le mengundi sama. Apa kejadah kena undi posnya.

    ReplyDelete
  7. Walaupun rakyat Malaysia berada di luar negara, tetapi mereka juga berhak untuk mengundi. Undian pos merupakan cara yang terbaik untuk mereka kerana bukan semua yang mampu balik sini untuk mengundi.

    ReplyDelete
  8. Semoga SPR akan memastikan bahawa pengundian pos adalah adil dan bersih dan tidak dimanipulasikan.

    ReplyDelete
  9. Sejauh mana keberkesanan undi pos ini agar ia tidak dimanipulasikan?

    ReplyDelete
  10. kini tiada lagi masalah rakyat Malaysia diluar negara untuk tunaikan tangungjwab semasa pilihanraya.

    ReplyDelete
  11. Semoga undian POS ini dapat diuruskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. sekurang2 pulang sekali dalam tempoh lima tahun?? cukup ka untuk mereka mengetahui perkembangan sebenar politik di Malaysia??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.