HASRAT Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat kerakyatan songsang hanyalah mimpi kosong jika Kerajaan Negeri Sabah masih melayan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad projek sebagai 'Warganegara Kelas Pertama' dan terus menindas Anak Negeri Sabah.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah (AMK), Citra Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi berkata, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) yang turut diketuai oleh individu yang mendapat kerakyatan songsang telah menyebabkan nasib Anak Negeri Sabah terus tertindas dan sekaligus meleburkan Visi 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Contoh terbaik kata Citra ialah kes pertikian tanah, No 18 (Tahun 2011) antara Anak Negeri Sabah, Ninah Bte Gaya dengan PATI yang bernama Haji Wahab Bin Nonong di Lahad Datu yang satu masa dahulu digemparkan oleh videoklip, 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!'
Dalam kes pertikaian tanah berkenaan, PATI dibenarkan memohon 'Tanah Adat' dan telah dikeluarkan geran yang kononnya telah dibatalkan setelah pemohon pertama memfailkan bantahan kerana Geran NT dikeluarkan status CL bagi membolehkan PATI berkenaan memiliki sebahagian tanah tersebut, sebagaimana yang diputuskan Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu.
"Kita minta Kerajaan Negeri Sabah bertegas agar sesiapa sahaja yang memiliki MyKad projek tidak dibenarkan memohon tanah atau memiliki tanah sejajar dengan desakan penubuhan RCI oleh rakyat Sabah," ujar Citra yang mendesak Ketua Menteri Sabah, campur tangan berhubung isu tanah ini kerana sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu.
Kata Citra, jika isu surau ini dibangkitkan menjelang bulan Ramadhan tahun lalu dan kini Ramadhan menjelang tiba lagi, di manakah maruah Kerajaan Negeri jika isu surau dan tanah sekecil ini dipaksa berkongsi dengan PATI daripada Filipina yang telah dikenalpasti memiliki IC projek.
"Jangan persendakan doa orang yang teraniaya, terutama penduduk Silam Bukit yang tidak mempunyai Surau untuk beribadah. Di manakah Adun Lahad Datu ketika ini? Apakah mengikut jejak Ahli Parlimen Silam yang bergegas menunaikan Umrah setiap kali tiba Ramadhan bagi melarikan tanggung jawab mereka?," tanya Citra yang mendesak agar pemimpin Islam di Silam bertaubat nasuha kerana perbuatan mereka menghina agama.
Tegas Citra, mereka patut malu kepada pemimpin LDP, Chong Su Vun yang tampil menghulurkan bantuan sedangkan Wakil Rakyat di Silam termasuk 'seorang Ustaz lulusan Al-Azhar membisu seribu bahasa.
"Kita dapat tahu kes ini telah diajukan kepada Ketua Menteri Sabah dan imam berkenaan telah dipanggil menemui Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, tetapi amat memalukan kes tapak tanah surau ini belum selesai sehingga umat Islam berada dalam dilema," kata Citra jengkel dengan sikap sambil lewa JTU dan Jabatan Ketua Menteri berhubung isu penting ini.
Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
Friday, July 13, 2012
RCI Hanya Mimpi Kosong?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
muka dan nama org ni mcm pelarian jugak tu.status kerakyatannya pun questionable jgk.
ReplyDeleteRCI harus disegerakan, rakyat pasti menunggu keputusan.
ReplyDeleteCitra semakin femes
ReplyDeletespesis2 dari dari seberang juga ni
ReplyDeletemuka mcm abu sayap sj
ReplyDeleteRCI bukan mimpi kosong...tetapi yang mimpi kosong ialah mimpi PR untuk menjadi kerajaan..
ReplyDeletekerajaan sudah pun bersetuju untuk menubuhkan RCI...jadi ianya bukan mimpi kosong..
ReplyDeleteperkara ini pasti akan diselesaikan oleh kerajaan negeri..
ReplyDeletePR tidak akan menang di sabah...
ReplyDeleteWhat?
ReplyDeletePKR tidak akan menang di Sabah sebab rakyat Sabah ingin cukai GST dilaksanakan selepas PRU13 kan owen.
ReplyDeletetak perlu RCI dSabah. Biar PATI amik semua keistimewaan Sabahan, sebab org Sabah ni ramai yg 'setuju' PATI. Perkara 20 yg trmaktub utk rkyat Sabah tu tak tau apa kegunaannya selain meghalang orang semenanjug masuk ke Sabah ..membantu sama2 memajukan negeri dan negara. Tapi meeka kata org semenanjung dtg nak jajah dan campori urusan Sabah,sedangkan PATI dah lama putar kepala rakyat Sabah. Cakap ke parti PKR ke PAS ke,mereka seakan takut. Ketakutan itu bukan apa hanya 'lagu' yg dimainkan oleh BN atau rakyat Sabah ug berada dibawah tempourong itu sendiri. PATI diSabah makin la kronik pon..
ReplyDeleteorang sabah bukan cerdik. Patut pun MCA melalui Chua Soi Lek bantai
ReplyDeletesemoga TOR yang dijanjikan oleh pihak Najib sudah siap
ReplyDeletedan ahli panel haruslah terdiri daripada tokoh bebas yang tidak menyertai atau terlibat dalam mana2 pertubuhan politik.
ReplyDeletesemoga RCI dapat ditubuhkan sebelum pru13..
ReplyDeletelagipun, penubuhan RCI adalah permintaan rakyat Sabah sendiri
ReplyDeletesemoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita
ReplyDeleteOrang Sabah kena JUAL oleh UMNO Semenanjung....Orang UMNO Sabah jadi kuda tunggangan sahaja....Hak rakyat Sabah sudah hilang bila pemimpin Sabah berkawan dengan UMNO....Semasa UMNO belum masuk Sabah boleh juga kamu bersuara sekarang atas nama UMNO pemimpin kamu bisu sebab sudah kenyang bah.....Percayalah RCI kelentong sahaja tak akan dibuat kerana ia membabitkan pemimpin tertinggi UMNO khususnya Mahathir......PR sahaja yang berani buat .....
ReplyDeletedear. william ngan noel
ReplyDeleteberapa lama sudah jadi pecacai bn..
Belum lagi RCI ditubuhkan, bagaimana AMK tahu ia hanya mimpi kosong. Kebanyakan rakyat Sabah menyokong penubuhan RCI, maksudnya majority rakyat Sabah sedang bermimpi kosonglah!
ReplyDeleteBelum cuba, belum tahu. Apa salahnya menubuhkan RCI untuk menyiasat isu Projek IC di Sabah?
ReplyDeleterakyat semakin cerdik tak mudah diperdaya ikutlah batas undang2 sedia ada.Kebenaran akn mengatasi kebathilan.Sama2lah kita berdoa dan terus maju dlm perjuangan menunbangkan parti BN
ReplyDeletedah lama dah, cakap kosong, bukan saja kosong berbohong pulak tu..
ReplyDeleteBelum lagi start RCI sudah banyak condemn. Kalau RCI tiada, bising2 mahu minta RCI.
ReplyDeleteCitra ni mengharap dicalonkan untuk pilihan raya nanti. Bersedia saja untuk kalah kalau iya pun dia tercalon. Andu bahh
ReplyDeletekalau bergini nampak gayanya semua (PATI) kat sabah tu boleh mengundi.Betul kata KM sabah musa Aman kata sabah sudah kaya, tapi sedihnya kaya dengan pengundi HANTU.
ReplyDeletesabh n serawak mmg da jd milik umno sejk dulu..ksian org sabah srawak..
ReplyDeletesatu gerakan sulit bagi menyorok/menyembunyikan fakta bahawa pengundi hantu tidak wujud di sabah atau pun mengelak daripada RCI kelak. istilah 'pengundi hantu' telah menjadi isu di sabah sejak kejatuhan kerajaan PBS tahun 1994, yang mana PTI daripada filipin dan indon di beri IC palsu (jenis IC bunga Raya ketika itu) dan harus diingat no. IC telah bertindih dengan penduduk asal. contohnya PTI diberi IC palsu dan didaftar mengundi di Tawau, tetapi pemilik IC sebenar berasal di sandakan dan mengund di kawasan tersebut. dan banyak lagi kes2 lain status perkhwinan, pinjaman bank, saman trafik dan bermacam2 lagi telah bertindih. persolan sekarang siapa master mindnya semata2 menumbangkan sesuatu kerajaan pembangkang? ungkapan politik kotor sentiasa ada dalam mindah saya yang mana kata2 keramat daripada Tun Mahthir "kita akan lakukan apa cara sekalipun asalkan UMNO memerintah" PM najib sekali lagi turut mengulangi ungkapan tersebut terhadap kerajaan pembangkang di selangor. Pasti gelombang kuasa PTI kembali menghantui bumiputera sebenar di Malaysia. apakah kita sanggup menerimanya... cuba kita hayati politik di USA.undi siapa yang berkuasa.
ReplyDeletekenapa citra cakap RCI hanya mimpi kosong? dia tidak mahu ada RCI kah? sedangkan pembangkang2 tempatan sabah bersungguh mahu RCI ditubuhkan...pembangkang dari malaya pula mahu tolak...ada apa2 kah ni?
ReplyDeletepatut citra menyokong penubuhan RCI...bukan berbelit-belit...macam ada yang citra takut ni kalau RCI dilaksanakan..
ReplyDeleteTok Jib kata..'kita pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir.' Kesinambungan dr apa yg Tun M pernah kata dulu dan makin brmaharajalela lagi ler PATI di Sabah malah d Semenanjung pon. Malayisa di ambang bahaya. Jgn jadi mcm Yugoslavia dah lah kemudian hari dimana dah takde dah negara itu dan yg ada Bosnia -herzegovina, Croatia dan Serbia. Itu sebenarnya hasil kealpaan penduduk mereka juga. Tapi takpe juga sekurang2 mereka masih brnegara. Kat Msia, dgn PATI filipinanya, indonesia,pakistan,bangla dan nyammar, berapa kerat pulak Msia bakal dipecahkan nanti? Mana barua umngok..tolong jawab sket nak dengar.
ReplyDeleteRCI akan siasat semua isu ini dan langkah penyelesaian dpt diambil.
ReplyDeleteKerajaan telah berjanji akan menubuhkan RCI, pasti janji itu akan di tunaikan.
ReplyDeleteCitra, jangan kelirukan rakyat. jangan sebab nak femes, boleh cakap apa sahaja.
ReplyDeletebiar kasih gemuk sikit dulu pati yang dapat ic,nanti terkurus juga kalau dalam penjara
ReplyDeletePersekutuan harus mengambil langkah yang bijak dan pantas untuk menanggani masalah PATI.
ReplyDeleteTOR is in final stage?
ReplyDeleteKerajaan pasti menunaikan janji untuk menubuhkan RCI.
ReplyDeleteSelagi RCI tidak ditubuhkan, ia masih mimpi kosong sahaja.
ReplyDeleteAdalah menggalakkan jika RCI ditubuhkan sebelum PRU.
ReplyDeleteKerajaan akan menunaikan janji untuk menubuhkan RCI.
ReplyDeleteTiada makna jika RCI ditubuhkan selepas pru. RCI berfungsi untuk mencari punca projek ic dan undi hantu.
ReplyDeleteApakah perkembangan TOR?
ReplyDeleteSurely Najib will work his word. Its all about time.
ReplyDeleteSemoga RCI dapat mencari kesan dan punca masalah kedatangan PATI secara mendadak. PRU harus dijalankan dengan bersih dan adil.
ReplyDeleteRCI ini memang diperlukan untuk selesaikan isu pati.
ReplyDeletetengok muka citra ni, macam was-was juga..
ReplyDeleteRCI diperlukan oleh rakyat Sabah, ianya bukan mimpi kosong lah citra.
ReplyDeletesemua pihak harus berganding bahu untuk selesaikan isu pati ini.
ReplyDeletecitra ni cuba gunakan isu ini untuk popularkan diri sendiri.
ReplyDeleteRCI tidak ada berita sehingga sekarang. Tapi mungkin ada sebab juga.
ReplyDeleteApa pun kita mengharap sangat mengenai RCI ini supaya dapat ditubuhkan sepenuhnya nanti. Kerana kita tahu RCI ini dapat memberikan yang terbaik untuk menyiasat mengenai isu Projek IC ini.
ReplyDeleteRCI yg dijanjikan UMNO=BN hanyalah khayalan dan omong kosong semua ini politik kotor...sudah 2 kali RCI dijanjikan mau buat disabah sampai sekarang ini mana ada..ini semua penipuan u,mno-BN, mau lagi rakyat sabah lebih kena tipu..undilah kalau sabah ni kamurang mau UMNO-BN jual sama PTI.
ReplyDeleteorg semenanjung masuk / kerja dSabah kena pakai passport/permit kerja. Yg PATI tu senang2 dpt ic percuma. Bodoh rakyat sabah kerana asyik dgn Parkara 20 tapi dah lama negeri targadai pd Bisaya,Bugis dan Butun.
ReplyDeletetiada tindakan dan perlaksanaan RCI sebelum PRU 13...tiada undi BN
ReplyDeleteHai kawang-kawang kita bersatu undilah BN UMNO supaya suatu masa nanti
ReplyDeletekita kontrol sabah PM itu bangsa apa ?
kalau baca dari tajuk ni, seolah2 RCI bukanlah penyelesaian terbaik untuk masalah IC palsu atau projek IC di Sabah.. tapi pemimpin2 pembangkang juga yang beriya2 mahu RCI ditubuhkan..
ReplyDeletesi citra ni hanya pandai cari kesempatan disebalik kesempitan rakyat.. sia2 saja kalau buat aduan dengan dia.. bagus lagi buat aduan terus dari suhakam atau peguam Kong Hong Ming..
ReplyDeleteCitra juga patut malu kerana beliau hanya mampu mempergunakan isu2 recycle untuk menaikkan populariti beliau.. sedangkan tidak ada apa2 beliau mampu lakukan untuk membantu mangsa melainkan sekadar untuk kepentingan politik beliau..
ReplyDeleteisu RCI ini amat berkait dgn Mahathir & Anwar Ibrahim dalam menjahanamkan PBS! apa lah kelentong Anwar skrg ni dlm menafikan pembabitannya? mgkin dia akan terpekik terlolong dgn sabahan yg menyokong PR bhw RCI adalah agenda BN. sama2 kamu seronok mengata Najib panipu! padahal Najib amat mendengar suara & rintihan rakyat. kebajikan dan usahanya mmg tak terduga demi rakyat sejahtera.
ReplyDeletekau orang ni amat cerdik, kan? sokongla PR dan inila kamu yg mendakwa cerdik tapi sangat2 cerdik!!! ikutla Anwar & kau orang akan tahu la..siapa si Anwar ini. kasi mati la si Najib!!! ibarat kau orang sebenarnya membunuh angsa yang sentiasa bertelurkan emas, bha
*anak sabah, bekas penyokong Anwar, bekas Abim, nda minat suda berpolitik
Anwar jaguh dlm smua isu, bha! org2 PR di sabah smua mempertahankan Anwar. gereja seluruh sabah juga menyokong anwar dgn perjuangan anwar meletakkan kalimah Allah ganti nama Yesus.
ReplyDeleteNik Aziz juga sokong perkara ini. penganut2 PAS juga bersetuju dgn perjuangan Nik Aziz demi dendam! apa macam orang2 BN?
*atas pagar
RCI..PAS..PKR! benarkah Nik Aziz ini bapa kafir??!! macam2 dia merapu (aku ada mencatat juga sejak 1992) demi melangsaikan dendamnya! pusat dikatakan kafir sedangkan penganut2 PAS seronok & bermental block menyokong perjuangan PAS!!?? isu PATI beli ic dan mengundi PAS bukan lagi perkara baru di Sabah!
ReplyDeletePusat didendam, diajak benci hingga ke sabah sdgkan PAS Ktan pun sgt memerlukan royalti. PAS nda pandai cari duit & pelaburan2 hingga ke Asia Tengah! emas di gua musang..bijih besi di kuala krai krj PAS buat tak tau aje! semua ...(seorang exco PAS) sapu! royalti minyak dituntut sebab margin keuntungan kemas dari anak2 syarikat BN. air pun menantu Nik Aziz nda buat tindakan yg sempurna! balak? tanah? pengundi2 fisabilillah dari Siam??
nyarisla skrg bulan ramadhan! pastinya nik aziz ditambat! RCI pasti memberi kesan pada Sabah & Malaysia slps ini. di tawau, ramai pengundi2 terdiri dari orang2 bugis yg secara senyap mengundi PAS. berpura2, individualistik selepas beli ic biru, dan bekerja sebagai guru..jadi guru besar..pensyarah..nda faham kontrak sosial rakyat sabah dgn pusat
apa pula komen Citra bila Azizah buat kenyataan bahawa PKR akan memberikan status PR kepada PATI di Sabah sekiranya dierikan mandat?? takkan Citra sudah lupa kenyataan kontrovesi Azizah..
ReplyDelete