PAS berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya di P.213 Parlimen Mukah, Sarawak pada pilihan raya umum ke-13.
Untuk tujuan itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menghantar tiga wakil kawasan pembantu bagi memperkemas jentera di kawasan tersebut bermula 2 hingga 6 Julai lalu.
Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad (gambar bawah), timbalan Pesuruhjaya Melaka, Bahiki Islamil dan timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Rosidi Husain.
Menurut Mohamad Nor, dua orang dilantik sebagai pengarah pilihan raya di Dun Balingian dan Dun Dalat.
"PAS sudah bertemu dengan pimpinan DAP Mukah tapi belum berkesempatan bertemu pimpinan PKR. Tapi akan ada lawatan susulan selepas ini dan kita akan bertemu dengan kedua-dua pemimpin parti ini," kata beliau kepada harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, PAS Mukah juga sudah mula mengadakan program kemasyarakatan melibatkan semua kaum.
70 peratus penduduk Parlimen Mukah terdiri daripada Melayu, 20 peratus Cina dan 10 peratus kaum-kaum lain.
"Berdasarkan tinjauan, PAS mendapat sambutan memberangsangkan di sana dan berpeluang mendapat sokongan yang kuat dariapda mereka pada pilihan raya akan datang," katanya.
Menyentuh soal calon pula, Mohamad Nor berkata, PAS Sarawak sudah menghantar beberapa nama ke pusat berdasarkan kesesuaian dengan kerusi tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata, PAS mempunyai peluang besar untuk menang jika meletakkan calon yang berwibawa dan dikenali.
Ini kerana katanya, Ahli Parlimen BN Mukah, Datuk Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dikatakan mempunyai sedikit masalah dengan penduduk beragama Kristian.
"Kalau BN kekalkan calon, kita ada harapan untuk menang dengan syarat PAS meletakkan calon yang berwibawa," katanya. -HD
Tuesday, July 10, 2012
Calon PAS bertanding di Mukah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good luck..may God bless you.
ReplyDeleteLebih baik PAS tumupukan perhatian di Semenanjung dan menyerahkan Sabah dan Sarawak kepada pemimpin tempatan kita.
ReplyDeleteParti yang berasaskan sesuatu agama mungkin tidak begitu sesuai untuk rakyat Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteBoleh ke PAS menang di Sarawak?? Jangan2 bertanding untuk kalah kot..
ReplyDeleteBertahankan Kelantan saja la, takyah sibok tempat laen.
ReplyDeletetgklah PAS boleh menang di Mukah atau tidak.
ReplyDeletePilihanraya Sarawak tahun lalu PAS bertanding 5 kerusi dan kalah kesemuanya. nasib yang sama dengan PCM dan SNAP.
ReplyDeleteDi Sarawak dan Sabah, PAS kelihatan tiada peluang untuk menang.
ReplyDeleteNampaknya pemberian kerusi untuk PR tengah dirancang buat masa sekarang.
ReplyDeleteBiarkan saja apa yang PR ingin lakukan. Tapi bagaimana pula dengan parti DAP yang ingin bertanding 90 kerusi itu?
ReplyDeleteasih ada harapan ka PAS di Sarawak? bukan masa PRN Sarawak yang lalu PAS cuma dapat telur ka??
ReplyDeletePAS perlu ingat, Sabah dan Sarawak tidak sama dengan negeri2 di Semenanjung.. rakyat di kepulauan Borneo ini menolak parti politik yang berselindung di sebalik agama.. bagi PAS bagi saja laluan kepada PKR dan DAP..
ReplyDeletePembetulan;
ReplyDeleteKaum majoriti di Parlimen P213 Mukah adalah bangsa Melanau dan bukannya Melayu.
Agree...
DeleteCalon PAS di Parlimen Mukah tidak lain dan tak bukan ialah Datuk Hj Salleh Jafaruddin... Bukan susahpun meramal.
ReplyDeleteBuang masa saja PAS bertanding di Mukah...gerenti kalah punya. Bagus lagi wang tu isi dalam tabung wira Lahad Datu...dapat juga pahala.
BN akan tetap menang besar di Mukah nanti biarpun calonnya tunggul kayu...kalau tak percaya korang tunggu dan lihat sajalah nanti
Ahli Parlimen Mukah tersebut bukan skdr mhadapi masalah dgn pgundi Kristian sahaja...bliau mhdpi mslh dgn hampir semua, apa yg pduduk Mukah hrpkan adalah perubahan yg lebih ketara, tdpt isu yg penting perlu diselesaikn, tolong jgn ungkit pasal agama kat sini,Sarawak....
ReplyDeletecorrection....fakta yang salah....70% bkn melayu la BODOH!!! BANGANG!!!.....MUKAH bangsa MELANAU YG BANYAK!!! BKN MELAYU!!!
ReplyDeleteHahaha... 70% Melayu? Dari mana dapat fakta ni doh?
ReplyDeleteMajoriti penduduk Bahagian Mukah pada dasarnya terdiri daripada kaum Melanau. Ya, MELANAU. Bukan Melayu. Malah kaum Melayu hanya tergolong dalam kelompok kaum lain-lain di Bahagian Mukah.
Dan peringatan kepada mana-mana pihak yang bertanding di Bahagian Mukah. Tolong jangan bangkitkan isu perkauman ataupun agama sebagai promosi untuk meraih undi semasa pilihan raya. Isu perkauman atau agama mungkin sesuai dipraktikkan di Semenanjung sahaja. Akan tetapi Mukah sama seperti di mana-mana tempat di Sabah dan Sarawak; masyarakat yang telah hidup secara aman dan harmoni sejak sekian lama tidak akan mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak yang cuba mengapi-apikan isu-isu tersebut.