Ketua Cawangan UMNO Gaya Ratau Tuaran, Liam Tawil menyatakan perasaan terkilan kerana cawangannya telah tidak dibenarkan menyertai Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran yang telah diadakan di Dewan Seri Sulaman baru-baru ini.
"Sebagai seorang Ketua Cawangan, saya telah datang ke Pejabat UMNO Bahagian Tuaran untuk membuat pendaftaran sebagai perwakilan sehari sebelum mesyuarat perwakilan diadakan. Namun saya amat dukacita kerana harapan untuk menjadi perwakilan tidak menjadi kenyataan apabila Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman memberitahu yang cawangan saya tidak layak menghantar perwakilan."
Kata Liam, adalah lebih memilukan kerana cawangan beliau yang pada saban tahun tidak pernah gagal menyertai Mesyuarat Perwakilan bahagian, namun penolakan cawangan ini menghantar perwakilan kali ini adalah satu sejarah hitam yang tidak boleh dilupakan.
Persoalannya, kata Liam, mengapakah ketika membuat pendaftaran itu tidak dijelaskan apa-apa alasan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman mengapa Cawangan UMNO Gaya Ratau tidak dibenarkan menghantar Perwakilannya?
Demikian dinyatakan oleh Liam yang akan mengemukakan perkara itu kepada Ibu Pejabat UMNO untuk mendapatkan tindakan dan penjelasan kerana beliau sebagai ahli UMNO begitu kecewa terhadap kejadian yang berlaku di saat dan ketika parti sedang membuat persiapan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi.
Beliau menyatakan, pihaknya telah mendapat surat rasmi yang memaklumkan kepada cawangannya agar menghantar perwakilan sepertimana kebiasaan dan dengan itu beliau sendiri sebagai Ketua Cawangan telah datang untuk membuat pendaftaran seperti yang dikehendaki.
"Adalah amat menghairankan mengapakah cawangan saya tidak dibenarkan menghantar perwakilan sedangkan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda cawangan tersebut layak pula menghantar perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan masing-masing yang lebih awal dari itu? Kalau cawangan induk tidak layak, apakah perwakilan wanita dan pemuda layak?," tanya Liam yang merasakan pentadbiran UMNO bahagian itu semakin bercelaru dan membinggungkan.
Sehubungan dengan kejadian yang amat memalukan itu, Liam meminta supaya pimpinan UMNO Bahagian Tuaran membuat penyiasatan lebih terperinci mengapa kejadian sedemikian berlaku terhadap cawangannya.
-Sabahkini
Friday, July 13, 2012
UMNO Tuaran Halang Cawangan Mesyuarat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hal ni tidak sepatutnya berlaku, pasti ada yang miscommunication ni.
ReplyDeleteMungkin perkara ini perlu dijelaskan untuk mengelakan perselisihan faham.
ReplyDeletemana ada benda2 mcm nih dlm umno. Kan ramai yg kata umno tak brcelaru hanya pembangkang yg celaru.
ReplyDeleteSemoga peraturan mesyuarat dijelaskan, mengapa ada sesetengah cawangan yang tidak dibenarkan menghantar wakil.
ReplyDeletePemimpin UMNO bahagian tuaran perlulah membuat penyiasatan lanjut mengenai isu ini.
ReplyDeleteApa lagi masalah sampai tidak kena suruh hadir mesyuarat lagi ni?
ReplyDeletepenjelasan harus diberikan kepada pihak yang terlibat..
ReplyDeletedan tidak perlu diperbesar-besarkan perkara ini...selesaikan saja dalam parti...
ReplyDeleteHairan, hal ini pun mahu diperbesarkan. Sajalah itu mahu popular:P
ReplyDeleteJadi kalau tidak mahu hal ini dijadikan bahan utk dipolitikkan oleh mana-mana pihak, ada baiknya selesaikan perkara ini sesama sendiri dan tak perlulah 'buat pengumuman':P
ReplyDeleteHal ini patut diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham berpanjangan.
ReplyDeleteTak baik bermasam muka atau berseliaih faham untuk hal yang boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.
ReplyDeleteSalah faham saja bah ni, taidak perlu khuatir. Harap hal ini dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeletebaik hal ini diperjelas dan dibncang dgn baik.
ReplyDeleteMungkin ada salah faham sahaja ni..boleh di selesaikan dengan cara baik.
ReplyDeleteerkara ini patut di beri penjelasan, satu parti harus bekerjasama.
ReplyDeleteHarap isu ini tidak akan di politikkn oleh pembangkang yang suka sibuk badan.
ReplyDeletePihak berkuasa harus membuat siasatan wajar.
ReplyDeleteMay be some misunderstanding in between. Hope the respective department manage to resolve the issue.
ReplyDeleteHarapkan isu ini tidak dipolitikkan.
ReplyDeleteIsu ini bleh diselesaikan dengan cara yang lebih mudah. Tidak perlu memberi fokus yang berlebihan berbanding isu yang lain.
ReplyDeletePenjelasan harus dibuat supaya pihak lain tidak mengambil kesempatan.
ReplyDeletesebarang isu yang berlaku pasti dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteharap pekara ini akan diselesaikan dengan segera.
ReplyDeleteHaha..buat apa Ko pi. Ko Dusun, bukan melayu..naraag..
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini.
ReplyDeletesetiap apa yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.
ReplyDeletebiarlah pekara ini diuruskan secara profesional.
ReplyDeleteTidak patut ini berlaku. Mesti ada penjelasan mengenai halangan tersebut.
ReplyDeleteSelesaikan jika ada masalah dalaman UMNO disetiap kawasan.
ReplyDeletePM telah dimaklumi oleh agen2 mereka yg berselerak di Sabah bahwa 10 kerusi Parlimen jatuh ketangan PR. Sebab itu, tarikh pilihanraya masih teka teki.
ReplyDeleteUMNO patut kluar dri Sabah...parti penjajah
ReplyDeleteUBN patut kluar dri Sabah...parti penjajah
ReplyDeletepersoalan saya pula, kenapa Ketua Cawangan UMNO Gaya Ratau Tuaran, Liam Tawil tidak mengajukan soalan2 beliau ini terus kepada Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman ketika beliau diberitahu bahawa cawangan beliau tidak layak menghantar perwakilan??
ReplyDeletesaya rasa agak pelik bila Liam Tawil tidak mendapatkan penjelasan berhubung masalah ini ketika beliau berjumpa dengan Johari Saiman.. dia sumbat persoalan2 ini dimedia untuk dapat populariti ka??
ReplyDelete