Friday, July 13, 2012

Rafizi ancam dedah kaitan Talam-MCA

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengancam untuk mendedahkan kaitan parti BN dengan syarikat Talam Corporation sekiranya timbalan menteri daripada parti itu, Datuk Chua Tee Yong terus menyerang Pakatan Rakyat Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai fail transaksi melibatkan Talam dan pemimpin MCA.

"Sekiranya dia teruskan, minggu depat saya akan panggil satu lagi sidang media untuk tunjukkan siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada Talam," katanya.

Katanya, beliau sanggup menggali setiap fail mengenai semua usaha sama demi menujukkan setiap pemimpin MCA yang mendapat keuntungan daripada Talam.

Beliau sanggup berbuat demikian kerana tugas itu tidak sepatutnya dibuat oleh menteri besar Selangor, kata Rafizi.

Katanya lagi, Chua terlupa bahawa Talam menghasilkan berjuta ringgit semasa pentadbiran BN. -MK

18 comments:
Write comments
  1. mcm mana diaorg buat kerja ni? Asal timbulkan satu isu, kena balik. Lama² org kampung tau siapa penipu. Susah la nak dapat 2/3 bila org kampung dah tau

    ReplyDelete
  2. dedah jangan tak dedah. Hapuskan semua Barah Negara dan Busung Negara.

    jangan biarkan Barah Negara dan Busung Negara terus membiak dan menambahkan penderitaan rakyat

    ReplyDelete
  3. Tak payah ugut2.....dedah je. Kita tengok macam mana anak porno CSL ni nak jawab.....

    ReplyDelete
  4. Betul atau tidak Rafizi Ramli mempunyai fail transaksi melibatkan Talam dan pemimpin MCA?

    ReplyDelete
  5. Kita tunggulah apa yang Rafizi Ramli bakal dedahkan selepas ini.

    ReplyDelete
  6. Dedah sajalah kalau ada bukti. tak payah nak main tarik tali lagi.

    ReplyDelete
  7. Dulu pun cakap nak dedah pasal Musa Aman..takde pun..publisiti je lebih.

    ReplyDelete
  8. Rafizi... kau ni dah mcm anwar! Pandai dah main tarik tali, padahal...habuk pun tarak!! Citer aje la!! Aku perhati, kau ni mcm husam jugak! Bagi apa pun isu, kau akan bercakap.. org jahil pun suka..seronok..marah2!! tapi ingatlaa, pandai cakap belum tentu kau tu betul! Kau hanya menang cakap jer! Kau hanya bagi perasaan hasad, x bersyukur, benci kpd pemimpin kian membarah! Jk x bertaubat, kau ni manusia yg akan bakal ke neraka..gaya sebagai puak asobiyyah dah ada!
    Setiap apa pun isu, kau lah tambatan anwar untuk bercakap! Lidah kau makin panjang..dah makin bercabang..kau memang hanya mempertahan anwar, bukan kebenaran & membina masyarakat yg berbudaya positif! Kau berat sebelah! Kau tidak jujur! Makin tiada nilai! Kau bias!! Hati, jiwa & jasad kau hanya negatif aje. Bila kita bersangka buruk, kita memanggil syaitan rapat & tidur dgn kita!
    Talam mmg syarikat belaan anwar, dari dulu lagi. Tokeynya cina! ! org berniaga, dia akan rapatla dgn mana2 krj! Tp belum tentu dia sokong krj! dia hanya syg anwar je! Itu faktanya. Now, sape nak mengaku berak tepi jalan, kan? Percayalah, lama2 kau yg akan jilaaatt air ludah kau sindiri!! Maapla.. pada aku walau kerajaan BN bagi kau pelajaran, pelihara & tatang kau sampai ke MCKK, taja, buat laporan sana sini mengenai kejayaan kau..bantu kau ke luar negeri, pernah kerja di syarikat minyak kerajaan..kini kau ada duit yg banyak hasil dari aktiviti menjaga anwar (dana2 Yahudi)..kau lupa daratan & bersama anwar atas alasan hanya anwar itu yg betul! Org lain salah! Maklumla, kau masa pelajar pernah bersalam dgn menteri pelajaran-anwar!
    Abang kandung anwar tokey judi magnum! Ibrahim Abdul Rahman bekas MP & pernah kendalikan syarikat gas yg penuh dgn skandal! Anwar kawen lari dgn Azizah di Siam! Izzah & anak2 Anwar jenis hip hop.. underground! Skandal 3 billion duit kerajaan Anwar bawa ke Jakarta dgn `ZZ`! anwar kontrol media+ syarikat2+ kontrol polis+ kontrol NGO masa jadi TPM! Anwar pegang syarikat besar2 melalui kwn2 GLC UMNO! Anwar ada kondo rahsia + rumah2 atas nama org lain! Kes salahlaku anwar mmg dijaga Karpal sejak 1990 an lagi (sampaila sekarang), Anwar dpt dana2 Yahudi.. Itu kau tak bising pulak, ye? Kau mmg bias, bro!
    Aku boleh citer lagi, biar generasi kedua dlm PR tau sape anwar & muslihatnya! Aku kecewa sokong anwar dlm reformasinya dlu..siap bakar2..entah kereta sapa la yg dirosakkan..aku, ruslan kassim, dr halili..dapat duit ka? Kami sebenarnya marah .. tertipu ..bengang!!
    kau adalah & tatap anjing!!

    ReplyDelete
  9. Dedah saja jika benar2 ada bukti...tapi nampaknya hanyalah sekadar ugutan.

    ReplyDelete
  10. Kalau sekadar bercakap tidak perlulah, karana ini hanya akan menambahkan kemarahan orang ramai terhadap anda.

    ReplyDelete
  11. SAUDARA RAFIZI, DEDAH AJE LAH

    ReplyDelete
  12. rafizi asyik kata nak dedah.. mcm2 isu dah kata mcm tu.. tk jg ada dedah.. cakap saja kosong..

    ReplyDelete
  13. strategi ugut mengugut. sebelum ni masing2 simpan rahsia tapi bila dah tertekan dan terancam, ha keluarlah semuanya.

    ReplyDelete
  14. Main gertak2, ugut2 saja.

    ReplyDelete
  15. Rafizi tak payah ler nak sembang kosong. Hidangkan je kalo ader.

    ReplyDelete
  16. Rafizi cuma tahu dedahkan tapi tidak pasti benar atau tidak perkara ini.

    ReplyDelete
  17. kenapa sekadar untuk mengancam? kenapa tidak dedahkan terus? bukankah menjadi kesalahan juga menyimpan barang bukti tapi tidak didedahkan??

    ReplyDelete
  18. kenapa rafizi tidak bongkar skandal pasir di selangor?? kalau pemimpin2 pembangkang yang buat, semuanya halal??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.