Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari semalam.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu.
Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan.
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari).
Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian, kata Mohamad Zabidin, adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung pada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh ahli kimia Dr Seah Lee Hong terhadap sampel berkenaan.
Pada 20 Jan, Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.
Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Pada 9 Jan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.- Bernama
Tuesday, July 10, 2012
AG fail rayuan terhadap pembebasan Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Banyk lagi kes2 lain yg LEBIH PENTING sudh lama untk mahkamah ambil tindakn atau uruskn drpd kes yg tdk masuk akal kpd manusia yg siuman. SGT BODOH DAN HINA kerajaan UMNO/BN timbulkn kes direka cipta untk dbawa kemahkamah balik hnya habiskan wang rakyat disalah gunakan. Celaka dn tanda2 UMNO/BN akn pupus di Malaysia. Musnahkan UMNO/BN tukar dg kerajaan Baru PAKATAN.
ReplyDeleteTALQINKAN umno PADA pru13!
ReplyDeletekes ini membosankan...kes yang tidak praktikal.
ReplyDeleteasyik-asyik kes liwat macam la tak ada kes lain. menyapa rakyat
ReplyDeletebanyak lagi org diliwat, ramai lagi org dirogol, kenapa AG tak tolong? kenapa harus AG tolong saiful? dari sini mmg nampak sgt la kes ni motifnya apa... sempoi sgt kah siful ni, hebat sgt kah dia? jawatan dalam negara apa dia pegang sampai kerjaan bela dia?? dia rakyat biasa, DSAI pon rakyat gak, kenapa AG x bela Anwar?
ReplyDeleteNak rayu apa lagi, bahan kes semua berjaya dibuktikan telah diubah utk menipu mahkamah dan hakim..kepada Sdr. Syaiful yg muda dan bertenaga.. terimalah hakikat.. adakalanya kita menang dan adakalanya kita tewas walaupun didalam hati penuh dgn perasaan tidak puas hati....
ReplyDeleteMasing2 pendakwa & pembela tlh berhujah dan keputusan tlh dibuat... rayuan dibenarkan.. silakan lah... krn Msia sivil mengatasi syariah di Msia... kalau Syariah mahkamah tertinggi sudah lama Saiful kena Qazaf krn gagal menghadirkan 4 saksi yang melihat dubur nya ditusuk...
ReplyDeleteTak per sebab Peguam Cara Negara tengah belajar dan seakan mahu berjinak2 dgn PR sepertimana yg telah dilakukan oleh Datuk Yusof sebelum ini. Tak trbayang dek aqal beliau BOLEH bela DS Anwar.
ReplyDeleteterima kasih kerana Ag, hakim terbabait, bapa saipul dan saipul sendiri, minat sangat dgn kes ni....org semua dah buat cerita lain dah ..dah jauh kehadapan, tapi puak2 ni masih lagi dgn cerita bontot sepul lagi,..si saipul ni masih tak boleh berak lagi kee?? masih berdarah lagi ke?? atau dah mengandung..?????
ReplyDeletebangsat nya umno,penyokong nya dan lembu2 fidlot dM'sia nih..banyak lakonlayar mereka tak menjadi dan tak layakmasuk 'pertndingan' filem terbaik dunia.
ReplyDeleteSiapa Saiful ini AG pertahan habis-habisan? Adakah dia Majistret, lawyer,aku tak kenal dia
ReplyDeleteknp AG x ambil tindakan perundangan drpd pendedahan RPK? lubang pantat saiful bukhari azlan ada perfume???
ReplyDeleteSekali lagi Sdr. Anwar akan berhadapan dgn tuduhan demi tuduhan. bila mereka akan puas?? Selagi Anwar bernafas selagi itu mereka berterusan utk mencalitkan arang pada pemimpin PR.. Sdr. Anwar paling banyak diserang kerana beliau yg menyatukan PR.. kerana beliau yg memimpin kebangkitan rakyat dan kerana beliau mengetahui rahsia dan wajah sebenar UMNO..
ReplyDeleteBapa dia dah buang dia dulu masa kecil, bagi bapa saudara Saiful jaga, sedangkan bapa dia hilang entah ke mana. Akhir2 sebelum kes Anwar je bapa dia datang berjumpa semula memandangkan dubur Saiful ada potensi memberikan kekayaan buatnya. Jika ditengok hubungan mereka berdua kaku, macam saling tak mengenali, seolah2 bukan bapa dan anak.
ReplyDeletebyk sgt "khilaf" dlm pernyataan pendakwaraya ni...n sememang nya "KHILAF" jika rayuan ini dibenarkan....skandal saiful n sorang pendakwaraya..skandal ni spatutnye mnyebabkan kes ni terbatal sjak dr mule..tp ttp diteruskan jg...list nama saksi pendakwaraya juga dirahsiakan dr peguambela..bagaimana soalan balas dpt diberikan peguambela anwar?seolah2 pendakwaraya mendapat pukulan curi kpd peguambela..jgn la pnjg kn lagi sandiwara ni..kes altantuya..xde lak AG nk wt rayuan..lepas cmtu je razak baginda..si sirul n asilah mengaku mereka diupah..tp nape tiada soalan susulan..siape yg mengupah???
ReplyDelete