Wednesday, July 11, 2012

Pelajar dakwa dirogol 'Awie'

BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya. Gambar fail

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

“Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur,” katanya

Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

9 comments:
Write comments
  1. harapkan polis..amik statement jer la lepas tu bebaskan OKT. Buat lagi maksiat,jenayah atau bagai2 lagi. Harap mahkamah syariah..ia dah kondem zaman umngok nih,tak bole harap pun. Harapkan Majlis Agama Islam, tangkap penceramah agama jer yg cepatnya. Nak pukul pelaku maksiat atau penjenayah..polis kata itu bukan org ramai. So, saban waktu kadar jenayah memang akan meningkat dlm negara kerana penguatkuasa undang2'sudah lama dtertawakan' dan sistem perundangan negara pun mcm hampeh..

    ReplyDelete
  2. betui gak..contoh bila ada penjenayah kena tembak ke atau kena tahan selepas dikepung polis,timbul pula jawapan polis kata suspek ada 5 rekod lampau. Kenapa sampai ada 5 kes ? Bila org awam kata rasuah,ada pihak melenting tapi itulah kenyataannya.

    ReplyDelete
  3. Hubungan seks dengan budak bawah umur dikira rogol walaupun suka sama suka.

    ReplyDelete
  4. patut kalau suka sama suka bukan dikira rogol..apapun,terima ja la hukuman

    ReplyDelete
  5. Ingatkan Awie penyanyi tu..ceh.

    ReplyDelete
  6. Buat suspen saja. sangkakan Awie artis. Boypren dia pula Awie. bukan dirogol tu

    ReplyDelete
  7. tajuk berita ni saja nak tarik perhatian.

    ReplyDelete
  8. Jangan biarkan suspek itu terus terlepas.

    ReplyDelete
  9. macam mana dia cakap dia dirogol sedangkan dia sendiri keluar rumah melalui tingkap.. apa la..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.