Wednesday, March 6, 2013

30 didakwa ditemui terbunuh lepas pengeboman

Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.

“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu,” laporan Utusan Malaysia dipetik.

Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat “khabar” yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan.

Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan, yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam, menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh.

Sementara itu, akhbar The Star pula hari ini melaporkan pasukan tentera memindahkan penduduk dari dua buah kampung berdekatan - Kampung Labian dan Kampung Batu.

Penduduk tempatan sebelum ini mendakwa kumpulan penceroboh memasuki kawasan tersebut dan menawan penduduk.
Pasukan keselamatan, setakat malam tadi, masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi besar-besaran diketuai pasukan polis.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini pula sekadar menyebut bahawa seorang penceroboh dipercayai maut selepas berbalas tembak dalam kawasan operasi pada kira-kira jam 6.45 pagi ini.

"Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam," kenyataannya dipetik.

Ismail juga tidak memberi sebarang pengesahan mengenai status Azzumudie Kiram, yang dilaporkan terbunuh dalam operasi semalam.

Laporan mengenai kematian Azzimudie itu dinafikan media Filipina yang memetik kenyataan jurucakap kesultanan Sulu.

Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam.

Lapan buah pesawat tentera Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo.

53 comments:
Write comments
  1. Dalam insiden Lahadatu ni seluruh rakyat Malaysia harus tahu bezakan antara politik dan patriotik. Pasukan keselamatan Negara akan terus berkhidmat utk Negara tidak kira Parti mana yg memerintah..maknanya seluruh rakyat wajib beri sokong penuh kepada pasukan kita.

    ReplyDelete
  2. LAHAD DATU: Military action in high gear

    LAHAD DATU: While the grounds of Felda Sahabat appears quiet this morning, its airspace and the waters facing the coastal villages are abuzz with activities.


    As the ground security forces continue their operations in areas marked as red zones, jet fighters can be heard now flying across this area at 3 minute-intervals.
    Navy patrols are also tightly screening the waters.
    All the villages which are under threat are sandwiched between the coast and oil palm plantations.
    Along the roads and plantations, there is a strong presence of the security forces, including those stationed at newly erected checkpoints.
    Yesterday evening, there were several sightings, close to the main road, of what was believed to be some members of the terrorist group.
    The terrorists under siege have moved further back into the adjacent Kg Batu after breaking the cordon in Kg Tanduo.
    There are seven more villages, including small ones, between the packed evacuation centre in Kg Fajar Harapan and Kg Batu.

    ReplyDelete
  3. Dengar-dengar sekarang ini pihak berkuasa meneruskan ops Daulat untuk membenteras saki-baki penceroboh itu.

    ReplyDelete
  4. Berita terbaru lagi diterima yang mana Jamalul Karim mengalah dan ingin gencetan senjata dilakukan.

    ReplyDelete
  5. Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

    ReplyDelete
  7. Apa pun kita perlu terus berhati-hati dengan semua ini. Kita risau ada perkara yang dirancang oleh mereka ini.

    ReplyDelete
  8. Kita percaya yang mana pihak berkuasa aman meneruskan kawalan untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Sebelum ini diarah pulang secara aman diendahkan sekarang baru mahu mengarah gencatan senjata.

    ReplyDelete
  10. Lain kali berfikir sebelum bertindak. bukannya bertindak tanpa memikirkan keburukan.

    ReplyDelete
  11. apa pun kita tunggu keputusan daripada pihak malaysia mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  12. Kita tidak pasti lagi akan kebenaran dalam semua ini. Kita tunggu saja apa yang akan diumumkan selepas ini.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Malaysia sudah membuat pendekatan yang baik untuk mengelak pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  14. Tapi pihak Jamalul Kiram III berdegil dan tidak mendengar arahan yang diberikan.

    ReplyDelete
  15. Jadi kita rasanya kerajaan Malaysia tidak salah dalam hal ini.

    ReplyDelete
  16. Apa yang pihak keselamatan lakukan adalah untuk memastikan keamanan dan kedaulatan negara terjaga.

    ReplyDelete
  17. Teruskan menyokong usaha yang dlakukan oleh kerajaan. Kita akan terus menyokong perundingan antara kedua-dua belah pihak.

    ReplyDelete
  18. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di Sabah pada Khamis untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu.

    ReplyDelete
  19. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata perdana menteri akan ke lapangan Op Daulat dalam operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.

    ReplyDelete
  20. Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.

    ReplyDelete
  21. "Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 10 pagi di sini.

    ReplyDelete
  22. Memang baguslah kalau mereka mengalah dan lakukan gencatan senjata.biar isu ni selesai dengan segera dan nyawa yang terkorban pun tidak bertambah.

    ReplyDelete
  23. Parti Bersatu Sabah (PBS) mengutuk serangan penceroboh terhadap anggota keselamatan negara di Lahad Datu dan Semporna yang mengorbankan lapan anggota keselamatan dan mencetuskan gangguan kepada ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  24. Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata PBS sangat bersimpati dan bersedih di atas kehilangan nyawa anggota keselamatan ekoran insiden pertempuran itu yang disifatkannya sebagai satu kemalangan jiwa yang tidak dijangka.

    ReplyDelete
  25. "Mereka terkorban kerana mempertahankan negeri dan negara kita, juga mengambil bahagian dalam usaha kerajaan mententeramkan keadaan," katanya.

    ReplyDelete
  26. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata kejadian yang berlaku di Lahad Datu menunjukkan betapa perlunya negeri ini bekerjasama dan bersatu padu bagi mempertahankan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  27. "Soal keselamatan negara memerlukan kerjasama semua rakyat, pasukan keselamatan, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri," kata Pairin.

    ReplyDelete
  28. Pairin turut berterima kasih di atas tindakan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam memastikan kedaulatan negara terus dipertahankan.

    "Kita doakan penyelesaian akan diperoleh secepat mungkin untuk mengembalikan ketenteraman dan keselamatan awam.

    ReplyDelete
  29. "Apa yang dialami rakyat Sabah kebelakangan ini berikutan pencerobohan itu menguji cinta dan kasih sayang kepada negara dan antara satu dengan yang lain. Marilah kita terus bersatu padu, berganding bahu dalam memastikan negeri dan negara kita aman, damai dan maju," katanya.

    ReplyDelete
  30. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

    ReplyDelete
  31. Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata.

    ReplyDelete
  32. “Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita,” katanya pada

    ReplyDelete
  33. Laporan media dari Filipina hari ini memetik Kiram meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

    ReplyDelete
  34. Terdahulu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyeru agar ‘keganasan’ di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  35. Najib berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah.

    ReplyDelete
  36. Pada Selasa, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.

    ReplyDelete
  37. Perdana menteri berkata operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan sehingga mereka meletak senjata.

    ReplyDelete
  38. Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.

    ReplyDelete
  39. “Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita,” katanya.

    ReplyDelete
  40. Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama yang dilancarkan oleh polis dan tentera itu, berkata pasukan keselamatan Negara mencapai banyak kejayaan untuk menumpaskan kumpulan penceroboh militan yang memasuki negara ini 12 Feb. Saved

    ReplyDelete
  41. “Kerjasama yang sangat erat antara polis dan tentera dengan menggunakan kepakaran dan kekuatan masing-masing dalam satu operasi bersepadu adalah satu modul yang sangat baik untuk kita ambil langkah-langkah banteras dan tindakan tegas terhadap kumpulan itu,” katanya.

    ReplyDelete
  42. Perdana menteri juga melahirkan penghargaan kerajaan terhadap kerjasama polis dan tentera dalam menjayakan operasi itu. Najib turut menegaskan jangan sesiapa cuba memandang ringan iltizam kerajaan menegakkan prinsip bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  43. “Ini tidak boleh dipersoal sesiapa baik dari dalam atau luar negara. Kita akan pertahan prinsip, hakikat dan kebenaran secara mutlat dengan sepenuh kekuatan yang kita ada,” katanya

    ReplyDelete
  44. A humanitarian mission has landed in Semporna to aid some 4,500 Sabahans displaced following the intrusion by Sulu gunmen in the east coast.

    ReplyDelete
  45. The mission by 1Malaysia Putera Club (KP1M) also brought 10 tonnes of supplies of essential items for the locals seeking shelter in Civil Defence Department camps in Semporna and Lahad Datu.

    ReplyDelete
  46. A total of 15 volunteers and 10 medical officers would be on the ground to provide aid to those affected by the conflict and to assist authorities there, said KP1M president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

    ReplyDelete
  47. Among the supplies transported by the Royal Malaysian Air Force (TUDM) were foodstuff, water, medicine, clothes and mattresses.

    ReplyDelete
  48. Malaysia had a strong case as various news reports had quoted Sultan Jamalul Kiram III expressing support for the invasion

    ReplyDelete
  49. This means Jamalul is the principal murderer with those sent to Sabah merely carrying out his instructions. Malaysia should consider applying to have the self-proclaimed Sultan of Sulu charged at the International Criminal Court (ICC) for ordering the invasion on Sabah and murdering security personnel, a legal expert said.

    ReplyDelete
  50. By invading Sabah, the intruders have effectively revoked any agreement, so Malaysia does not have to pay anything

    ReplyDelete
  51. The Attorney-General's Chambers said it would seek a request to extradite Jamalul from the Philippines when a case is made against him.

    ReplyDelete
  52. Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail was quoted by Bernama as saying his office had been looking into the matter since last week and the police must first complete their investigation before any request for an extradition could be made.

    ReplyDelete
  53. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak yesterday rejected a ceasefire call by self-styled Philippine sultan Jamalul Kiram III.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.