Tuesday, March 12, 2013

6 suspek disyaki pengganas Sulu Ditahan

Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di Semporna hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam...jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.

Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan.

-Bernama

6 comments:
Write comments
  1. teruskan lagi operasi memburu kesemua pengganas

    ReplyDelete
  2. ramai lagi tu yg bebas berkeliaran di sabah [x percaya, tanya dr mahatahi]...

    ReplyDelete
  3. Tangkap semua yang tidak mempuyai pengenalan diri.

    ReplyDelete
  4. Rakyat tempatan bagi kerjasama penuh.jangan bantu mereka bersembunyi.

    ReplyDelete
  5. Lebih baik pengganas ni menyerah diri.tidak perlu ikut telunjuk sultan palsu tu.

    ReplyDelete
  6. Mudah-mudahan semuanya sekali dapat ditangkap dengan segera.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.