Friday, March 8, 2013

700 penceroboh militan akan memasuki Sabah?

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah
untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.

NONEMaklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.

Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Februari lepas.

Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac.

- Bernama

57 comments:
Write comments
  1. Yg aku risau nyer,kalu ndak benar statement UMNO/Umngok atau peg2 kerajaan yg sewaktu dengannyer...haaa memang ada lagi ler penceroboh nak dtg. Mcm tol di Port Disckson bberapa tahun lalu..YB Menteri kata tiada kenaikan tol, lusanya terus tol naik hanya dikatakn kenaikan yg tidak mmbebankn. Kepala hotak kamu.

    ReplyDelete
  2. Mana pgi Risik Medan atau Cawangan Khas utk memantau keselamtan negara? Kalau aku kat Pensiangan ni tau ramai lagi tentera sulu nak masuk Sabah dan yg dh masuk pun ramai,takkan SB atau Risik tentera tak tau. IMPOSSIBLE 2X.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas beberapa tindakan segera dan langkah drastik untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan terutama di kawasan Pantai Timur dan Utara negeri Sabah.

    ReplyDelete
  4. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, antaranya mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas (KKK) dari Kudat ke Tawau yang berpusat di Lahad Datu serta tambahan lima batalion Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menambah kekuatan sedia ada.

    ReplyDelete
  5. Katanya, langkah dan tindakan itu jelas membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan keamanan negeri dan rakyat dapat terus dipertahankan.

    ReplyDelete
  6. “Kita percaya bahawa dengan langkah dan kesungguhan kerajaan pusat disertai dengan sokongan padu dan jitu daripada kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah, ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat, juga pihak luar khususnya para pelabur dan pelancong mengenai tahap keselamatan terutama di kawasan Pantai Timur negeri ini.

    ReplyDelete
  7. “Kita juga berdiri teguh dan berikrar serta menyokong penuh penegasan Perdana Menteri mengenai kedudukan Sabah dalam Malaysia sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat, yang akan tetap kita pertahankan sampai bila-bila,” katanya.

    ReplyDelete
  8. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua editor dan ketua-ketua biro media cetak dan media elektronik di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Seri Gaya kelmarin.

    ReplyDelete
  9. Musa berkata, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah juga amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang sanggup turun padang untuk meninjau keadaan pasukan keselamatan kita dan perkembangan Operasi Daulat.

    ReplyDelete
  10. “Kepada semua anggota pasukan keselamatan kita yang meneruskan Operasi Daulat dan yang sedang berkhidmat di seluruh pelusuk negeri, kami sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas (KKK) merupakan satu tindakan bijak dan wajar bagi mempertingkat kawalan keselamatan di negeri ini.

    ReplyDelete
  12. keputusan kerajaan itu akan memberi keyakinan lebih tinggi kepada rakyat Sabah, terutama yang tinggal di kawasan timur, berhubung tahap keselamatan di tempat mereka.

    ReplyDelete
  13. Tu penceroboh akan dtg. Yg dah ceroboh tu berapa dan yg penting yg dah dpt ic free tu berapa...mngkin 1juta org dah. Si Aminah JPN yg kena ISA kes ic pd PATI tu,dia sorang dah beratus ribu org diberi ic. Kalau berpuloh org yg mcm Si Aminah bangsat tu,berapa jumlah PATI dpt ic sumanyah??

    ReplyDelete
  14. Pasukan keselamatan mara ke kawasan baru menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu

    ReplyDelete
  15. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara
    besar-besaran.

    ReplyDelete
  16. "Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

    ReplyDelete
  17. Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.

    ReplyDelete
  18. Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

    ReplyDelete
  19. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ‘Ops Daulat’ tidak akan berakhir selagi pihak pengganas Sultan Sulu masih berada di bumi Sabah.

    ReplyDelete
  20. “Selagi mereka (pihak pengganas) tidak meletakkan senjata mereka dan menyerah diri tanpa syarat di kawasan ‘ground zero’ berkenaan, selagi itulah Ops Daulat’ akan diteruskan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, kelmarin.

    ReplyDelete
  21. Dalam pada itu, Hishammuddin mengesahkan bahawa khabar-khabar angin bertujuan menakutkan orang ramai contohnya seperti yang didakwa bahawa pada Jumat, 8 Mac lalu terdapat kehadiran kira-kira 700 individu dipercayai pengganas yang dikatakan mahu menimbulakan huru-hara di sekita Kota Kinabalu dan Tawau adalah tidak benar.

    ReplyDelete
  22. Katanya, pemantauan telah yang dijalankan oleh pihaknya sendiri secara peribadi sepanjang hari Jumaat dan malam Sabtu itu mendapati bahawa tiada satu insiden pun berlaku seperti yang digembar-gemburkan.

    ReplyDelete
  23. “Ia sedikit sebanyak telah menginsafkan ramai pihak supaya tidak mudah terpengaruh atau terikut-ikut dengan khabar angin yang jelas akhirnya bukan merupakan suatu kenyataan,” katanya.

    ReplyDelete
  24. Sementara itu, Hisammuddin turut menyatakan pihaknya mengalu-alukan rancangan yang mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak beberapa hari yang lepas dan berkata bahawa perbincangan akan dijalankan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementeriannya, sebelum segala inputnya dikemuka dan dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah pada esok, 11 Mac ini.

    ReplyDelete
  25. “Saya telahpun mendapat pengesahan daripada Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar bahawa Timbalannya, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan membantu dalam input kepada penubuhan SSA yang melibatkan kawasan Pantai Timur Sabah ini supaya ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

    ReplyDelete
  26. Katanya, SSA ini akan dikoordinasikan secara bersama oleh semua Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihak Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi yang terlibat lagi manakala Perdana Menetri Sendiri akan terlibat secara langsung jika terdapat sebarang kekangan dalam menubuhkan SSA ini.

    ReplyDelete
  27. Selain itu, Hishammuddin turut mengulas mengenai rancangan Kerajaan untuk melibatkan orang awam atau rakyat Sabah dalam usaha memastikan keselamatan dan kemanan Negeri ini terjamin dengan melibatkan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung dalam setiap pergerakan aktiviti semua agensi-agensi kesukarelaan KDN seperti Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

    ReplyDelete
  28. “Aktiviti secara bersama antara kesemua agensi KDN dan JKKK ini akan digerakkan secara sistematik dan bersifat ‘inclusive’ dalam memastikan keamanan dan keselamatan rakyat Sabah dilakukan secara bersama,” katanya sambil menyatakan cadangan ini merupakan sumbangan KDN untuk meyakinkan orang ramai bahawa tindakan mengawal keamanan dan keselamatan bukanlah satu usaha yang dijalankan secara bermusim dan ianya akan berjalan secara berterusan.

    ReplyDelete
  29. Dalam pada itu, Hisahammuddin turut berkata bahawa keselamatan anggota-anggota keselamatan di kawasan ‘ground zero’ adalah lebih penting daripada usaha mengeluarkan mayat-mayat para pengganas.

    ReplyDelete
  30. “Walaupun setakat ini keadaan sudah cukup baik tetapi dalam keghairahan nak ambil mayat-mayat yang ada, jangan kita abaikan keselamatan para anggota keselamatan,” katanya sambil mengesahkan setakat ini seramai 53 pengganas terkorban dan beliau telah melihat sendiri visual mayat-mayat pengganas itu bergelimpangan.

    ReplyDelete
  31. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah
    untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

    baguslah ada penafian terbuka dari beliau tentang khabar angin ini

    ReplyDelete
  32. "Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar."

    nampaknya rakyat Sabah bolehlah bertenang

    ReplyDelete
  33. "Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan"

    namun, tidak salah jika pihak polis senantiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka dan meningkatkan lagi kawalan keselamatan di seluruh Sabah

    ReplyDelete
  34. kita tidak patut mengambil ringan akan khabar angin di atas, walau sekalipun ianya tidak benar

    ReplyDelete
  35. "...Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah."

    rakyat Sabah perlu berhati-hati dan berkerjasama sesama sendiri demi keselamatan semua

    ReplyDelete
  36. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    SEMENJAK tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana, ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.

    ReplyDelete
  37. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Menurut Pengerusi Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (BARIS) Negeri Sabah, Syed Kamalrul Sufian Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.

    ReplyDelete
  38. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.

    ReplyDelete
  39. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi, sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.

    ReplyDelete
  40. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain, namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai.

    ReplyDelete
  41. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Kedua, cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu.

    ReplyDelete
  42. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah, malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

    ReplyDelete
  43. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini.

    ReplyDelete
  44. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Ketiga, cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.

    ReplyDelete
  45. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Selain itu, golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.

    ReplyDelete
  46. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak. Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu yang melanggar Sabah.

    ReplyDelete
  47. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini.

    ReplyDelete
  48. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Saya bersyukur, mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia tetap tinggi semarak patriotiknya sentiasa mendukung perjuangan para pahlawan kita. Itu satu kebanggaan kerana dengan adanya sokongan padu rakyat ia mampu menyemarakkan lagi semangat juang anggota perajurit kita di medan perang.

    ReplyDelete
  49. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Mendepani tiga cabaran besar ini sememangnya menuntut kesabaran dan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia, doa pengharapan serta dukungan kata-kata semangat perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  50. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Perkhabaran terbaru menyatakan Jamalul Kiram III telah pun mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak berkuat kuasa 12.30 tengahari 7 Mac 2013. Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  51. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Perkembangan ini menunjukkan pengganas Sulu di Lahad Datu sedang terdesak selepas di asak teruk dari pelbagai penjuru, hanya perletakkan senjata mereka tanpa syarat sahaja yang memungkinkan krisis ini ditamatkan.

    ReplyDelete
  52. 3 CABARAN UTAMA KESAN DARI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. DAN CABARAN PALING HEBAT IALAH, APABILA PEMBANGKANG2 DI NEGARA INI SEAKAN2 BERPESTA DENGAN PELBAGAI KRITIKAN

    Justeru itu teguhkan keyakinan kita semua dan yakinlah para perajurit kita amat pantang untuk berundur atau beralah, selagi ada hayat dan selagi darah masih mengalir selagi itulah perjuangan mendaulatkan bumi bertuah ini mesti diteruskan.

    ReplyDelete
  53. Sebahagian pengamal media sosial termasuk blog, Facebook dan Twitter ternyata memerlukan propaganda agar mampu menaikkan populariti dan jumlah kunjungan ke blog masing-masing.

    ReplyDelete
  54. Ketika isu Pencerobohan Lahad Datu menjadi fokus utama rakyat ketika ini, maka sebahagian pengamal media sosial beranggapan bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka memberikan informasi berterusan kepada rakyat dan pada masa sama, mengharapkan agar jumlah pengunjung ke laman sosial mereka dapat ditingkatkan.

    ReplyDelete
  55. Dalam keadaan serba gamat ini, semestinya informasi sebenar sukar untuk diperolehi sedangkan rakyat pula tertunggu-tunggu khabar terbaru. Maka tindakan termudah sebahagian pengamal sosial adalah memberikan informasi palsu dan mendakwa bahawa informasi diterima dari pihak "dalaman".

    ReplyDelete
  56. Jika keadaan ini berterusan, maka semestinya berlaku kebanjiran dan pencanggahan maklumat akhirnya menyebabkan rakyat keliru dengan situasi sebenar di Lahad Datu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.