Friday, March 8, 2013

Anwar Saman Utusan, TV3 RM100 juta

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita yang didakwanya berunsur fitnah kerana mengaitkan dirinya dengan insiden keganasan di Lahad Datu.

Saman tersebut difailkan peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dan N Surendran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Turut dinamakan dalam saman tersebut adalah lima defendan iaitu; Utusan Malayu (Malaysia) Bhd; Editor Utusan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3, Pengarang Urusan Kumpulan TV3, Datuk Shahruddin Abdul Latif; dan Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.

“Tuduhan-tuduhan itu amat berat kerana ia seolah-olah menggambarkan Anwar (gambar) nak tawan negara sendiri,” kata N. Surendran ketika sidang media di sini.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 telah menyiarkan artikel bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?”

Selain ganti rugi am RM100 juta, Anwar turut menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan, termasuk injuksi menghalang defendan-defendan menyatakan atau menerbitkan “perkataan-perkataan firnah” sama ada melalui percetakan, lisan atau Internet.

Jelas Surendran, dalam penyataan tuntutan mereka mendakwa, TV3 dan Utusan Malaysia melaporkan “Anwar Ibrahim adalah antara tiga dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang menyebabkan pertumpahan darah.”

“Artikel ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang bagi kejadian Lahad Datu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan amat jahat...,” kata N. Surendaran kepada pemberita.

“Perkataan-perkataan fitnah tersebut adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat ... plaintif telah mengalami kecederan yang teruk terhadap karektor, penghormatan, reputasi peribadi, politik, dan menjejaskan kedudukannya,” kata Surendran, yang juga Naib Presiden PKR.

Anwar diwakili firma peguaman Tetuan Daim dan Gamany dalam mefailkan tuntutan saman tersebut. -TMI

19 comments:
Write comments
  1. Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi ‘menembak sipembawa berita’ (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi ‘mangsa’ untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times.

    ReplyDelete
  2. Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  3. Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak sipengirim berita bukannya sumber asal berita.

    ReplyDelete
  4. Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri. Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto.

    ReplyDelete
  6. Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat? Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada ‘memetik sumber asing’? Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar.

    ReplyDelete
  7. Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup ‘masak’ dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya. Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya.

    ReplyDelete
  8. Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3. Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak ‘perlu’ diadakan sama sekali.

    ReplyDelete
  10. Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya.

    ReplyDelete
  11. Rakyat berhak dan wajib bertanya dan mempersoalkan Anwar Ibrahim mengapa beliau mengaitkan nama DS Najib dengan laporan Inquirer News, seperti yang ditanya oleh wartawan Agenda Daily?

    Bukankah sudah jelas nama beliau yang terpapar dalam artikel tersebut. Mengapa perlu melakukan fitnah terhadap DS Najib.

    Penafian separuh masak Anwar Ibrahim semakin jelas, beliau sememangnya terlibat dan terbabit dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.

    Mengapa begitu panik Anwar Ibrahim?????????

    ReplyDelete
  12. Rakyat Malaysia digesa tidak terperdaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

    "Saiful Bukhari Maafkan Tindakan Bapanya...Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!!!"


    Rakyat Malaysia digesa tidak terperdaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan terbaru bapanya Azlan Mohd Lazim semalam.

    Bekas Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan berkata, beliau memberi peringatan kepada Ketua Umum PKR itu agar tidak menyalahgunakan wang dengan 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik.

    "Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya,".

    ReplyDelete
  13. Rakyat Malaysia digesa tidak terperdaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

    "Saiful Bukhari Maafkan Tindakan Bapanya...Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!!!"


    Walaubagaimanapun, beliau yang sedih dengan insiden berkenaan melahirkan rasa terharu mendapat sokongan dari pihak keluarga dan mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Anwar.

    "Semua keluarga saya tetap sokong saya. Dalam kes ni saya bukan tuduh bapa saya. Dia mungkin dalam keadaan keliru dan saya mohon bapa kembalilah ke jalan yang benar," ujarnya.

    Beliau juga tetap memaafkan bapanya walaupun sehingga kini gagal menghubunginya.

    ReplyDelete
  14. Rakyat Malaysia digesa tidak terperdaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

    "Saiful Bukhari Maafkan Tindakan Bapanya...Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!!!"


    "Walau apa yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya dan saya tetap maafkan dia,"

    Saiful mengulas tindakan bapanya hari ini yang mendakwa beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab yang dikatakan mendalangi kes liwat II melibatkan Anwar.

    Sewenang wenangnya maruah keluarga dijual hanya kerana duit yang tak seberapa..Ingatlah..Maruah keluarga tidak boleh dibeli dengan WANG !!!

    ReplyDelete
  15. Dah Najib makin fening2 lalat. Bapa Saiful dah terjah 360 darjah. Udah le fitnah mlibatkn DS Anwar dlm kes Tentera Sulu,tak laku,timbul pulak masalh lain. Tuhan Maha Kaya...

    ReplyDelete
  16. Harryzan Aming March 9, 2013 at 10:27 AM...aku nk tnya kau plak? knp najib kau x saman akhbar perancis dlm kes yg mngaitkn najib dlm pmbunuhan altantuya dan skandal scorpene?

    ReplyDelete
  17. memag utusan ngan prima amik dri reuters tpi sbb kena saman ialah kerana mereka spin citer 2 abis abisan.... harap maklum!!!

    ReplyDelete
  18. jgn amik berita dr akhabr LIDAH SYAITAN..kelak kita mnjadi penabur firnah yg merosakkan umat manusia. Itu kerja IBLIS/SYAITAN.

    ReplyDelete
  19. Wahai penyokong2 pendokong2 guna Akal kurnian Illahi.Tingal lah yg fitnah dan hasad dengki dan perjuang kan kebenaran dari Ilahi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.