Thursday, March 7, 2013

Gambar Penduduk Kampung Tanduo Yang Dibom

Rimas berhimpit dengan 650 orang dalam dewan komuniti dengan hanya empat tandas, penduduk kampung ingin kembali ke kediaman masing-masing di Kampung Tandou yang telah diduduki militan Sulu bulan lalu.

Penduduk Kampung Tandou berkeata mereka melarikan diri pada 12 Februari ke Kampung Tanjub Labian sehelai sepinggang selepas sekitar 200 militan Sulu tiba, kemudian dipaksa ke Dewan Komuniti Embara Budi Isnin lalu berikutan ketakutan terhadap pencerobohan tentera diraja kesultanan Sulu.



“Kami tidur di atas simen, tiada selimut, tilam, atau bantal,” kata Ben Harun kepada The Malaysian Insider semalam.

“Langsung tak selesa. Saya tidak boleh tidur. Banyak sangat orang,” kata nelayan yang dilahirkan di Kampung Tanduo, kawasan pesisir pantai di kawasan timur Sabah.

Ben, 48, berkata kebanyakan penduduk kampung tinggal di Embara Budi adalah wanita dan kanak-kanak, yang tidak diasingkang daripada lelaki. Keluarga tidur bersama di dalam dewan berbumbung biru.

Selain kehilangan ternakannya — termasuk 100 kambing, 38 lembu, dan 100 ayam — selepas Kampung Tanduo dibedil dari udara Selasa lalu, Ben berkeinginan untuk pulang ke Kampung Tanduo.

“Saya harap dapat pulang ... kami seksa di sini,” kata Ben yang hanya memakai bahu T hitam dan berseluar panjang.

Jelasnya, dia hanya memakai pakaian yang sama berhari-hari dan hanya berkain sarung bila pakaiannya dibasuh.

Penduduk kampung di dewan berkenaan menerima bantuan kamanan termasuk dua kampit beras, dua pek biskut coklat, 10 tin sardin, dua tin susu pekat manis, satu kampit minyak, dan masing-masing sekampit gula dan garam.

“Kami masak sekali atau dua kali sehari. kami perlu berjimat, kalau tak nanti susah,” kata Ben.

Kanak-kanak berlari di luar dewan di kawasan taman permainan berhampiran, dan The Malaysian Insider menemuramah Ben di pagar ekoran larangan terhadap media yang tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

Turut difahamkan beberapa penduduk kampung turut dihantar ke sebuah pekan kecil, Fajar Harapan, yang mana turut disekat kepada media.

Baju disidai bergantungan di sekitar pagar mengelilingi Embara Budi, termasuk semak berhampiran.

Dewan yang terletak di kawasan Felda Sahabat, yang mempunyai 57 ladang penananaman sawit berkeluasan dua kali ganda Singapura.

Embara Budi terletak 5km daripada Kampung Tanjung Labian. Tembakan masih lagi kedengaran semalam petang daripada kawasan berhampiran kampung tersebut.

Beberapa kenderaan anggota polis kelihatan menderu pantas melalui dewan tersebut berikutan pengumuman pihak berkuasa yang berkata operasi mengesan militan masih diteruskan dan diluaskan ke kawasan Kampung Tanduo dan kampung Tanjung Batu.

Penduduk Kampung Tanduo Erlinda Hamid, 22, berkata tuala wanita tidak dibekalkan di dewan tersebut.

“Saya betul-betul nak balik rumah,” katanya sambil menyusukan anaknya berusia setahun berhampiran kediaman sepupunya yang dipenuhi lalat.

Ketua Kampung Tanjung Labian, Assaffal Alian, yang berketurunan Dusun berkata bekalan makanan dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Sudah tentu kami nak balik secepat mungkin. Kehidupan tidak akan jadi seperti dulu,” kata Alian.

Alian, 48, bagaimanapun menjelaskan pelarian adalah situasi biasa di Golok, Thailand dan Kelantan, Padang Besar berhampiran Perlis dan Thailand, dan Singapura dan Indonesia di Pulau Batam.

Ramai penduduk Selatan Filipina menyelamatkan diri ke Malaysia pada 1970 untuk menyelamatkan diri daripada peperangan sivil di sana.

Sultan Sulu bagaimanapun berkata mendakwa Sabah adalah tanah milik keturunannya dan menegaskan tindakan mereka menceroboh Sabah bukanlah satu keslahan.

Pekerja kilang, Farizan Bayah, 23, berkata penduduk kampung telah berhenti daripada memitik kelapa sawit, berikutan khuatir dengan situasi di sana.

“Orang takut kena culik,” katanya. -TMI

40 comments:
Write comments
  1. Etnik Suluk di Sabah mengutuk tindakan kumpulan militan yang menceroboh negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini sejak 12 Februari lepas.

    ReplyDelete
  2. Mereka juga berikrar tidak akan membantu penceroboh militan itu yang datang dari selatan Filipina.

    ReplyDelete
  3. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang akhbar selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat, berkata ikrar itu terkandung dalam memorandum yang diserah kepadanya oleh pemimpin Masyarakat Etnik Suluk Sabah, pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suluk Sabah dan pemimpin akar umbi Suluk Sabah di Tawau, hari ini.

    ReplyDelete
  4. Dalam memorandum yang diserah wakil kumpulan pemimpin itu, Datuk Abdul Rahman Ismail, mereka juga melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah serta menjunjung tinggi perlembagaan Malaysia dan perlembagaan Sabah.

    ReplyDelete
  5. Kumpulan itu juga melafazkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  6. Etnik Suluk Sabah itu juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan pimpinan perdana menteri kerana menjaga kebajikan mereka selama ini sehingga taraf hidup mereka semakin meningkat.

    ReplyDelete
  7. Etnik Suluk Sabah itu juga menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa mereka turut terkilan, terkejut dan sedih dengan kejadian pencerobohan militan bersenjata itu.

    ReplyDelete
  8. Mereka menentang sekeras-kerasnya dakwaan dan tuntutan pihak-pihak tertentu bahawa negeri Sabah ini adalah sebahagian negara jiran dan menyokong tindakan kerajaan Malaysia membanteras kumpulan itu.

    ReplyDelete
  9. Mereka turut merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban akibat perbuatan penceroboh itu.

    ReplyDelete
  10. Mereka menegaskan keturunan mereka di Sabah dan negara jiran adalah bukan golongan ganas, kecuali golongan kecil yang telah terpesong daripada ajaran Islam.

    ReplyDelete
  11. Mereka turut melahirkan rasa terkilan terhadap kenyataan biadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan pemimpin pembangkang yang mendakwa kejadian pencerobohan itu sebagai sandiwara UMNO.

    ReplyDelete
  12. Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dalang sama ada di dalam mahupun di luar negara yang mencetus, merancang, menaja dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kejadian pencerobohan itu. Justeru mereka meminta pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  13. Mereka juga mahukan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tian Chua dan pemimpin pembangkang lain yang mempersenda pengorbanan wira-wira tanah air yang mempertahankan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  14. Mereka juga merayu kerajaan dan rakyat menghindarkan sebarang persepsi negatif terhadap etnik Suluk warganegara Malaysia yang cintakan keamanan.

    ReplyDelete
  15. Masyarakat pelbagai kaum di daerah Lahad Datu mengutuk tindakan pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini.

    Mereka berpendapat keengganan kumpulan itu untuk pulang ke negara asal mereka sebagai tidak menghormati usaha aman yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Mereka (penceroboh) bukan sahaja telah menyebabkan kematian anggota keselamatan negara yang kami sayangi, tetapi menyebabkan segelintir urusan masyarakat di sini terjejas sedikit.

    ReplyDelete
  17. kira-kira 300,000 penduduk Lahad Datu membantu kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu, kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  18. Jelasnya, langkah itu adalah bijak daripada menyebarkan maklumat melalui laman web sosial seperti Facebook yang boleh digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencemaskan masyarakat.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan akan mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan dan membela kebajikan penduduk di sekitar Kampung Tanduo dekat Lahad Datu.

    ReplyDelete
  20. Kampung itu merupakan tempat persembunyian kumpulan penceroboh dari Filipina yang digempur pihak berkuasa hari ini.

    ReplyDelete
  21. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    ReplyDelete
  22. MKN akan beri bantuan kemanusiaan kerana kita tidak mahu berlaku seolah-olah mereka tidak dipedulikan dan mereka tidak sepatutnya dilibatkan dalam operasi ini.

    ReplyDelete
  23. Penduduk kampung menyokong dan bersetuju dengan tindakan kerajaan melancarkan serangan untuk menumpaskan kumpulan penceroboh di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  24. Serangan dilakukan setelah rundingan secara aman gagal untuk dicapai setelah tempoh untuk memberi pertimbangan telah berakhir . Operasi bermula jam 7 pagi dan dilakukan secara besar-besaran.

    ReplyDelete
  25. Sehubungan itu, penduduk kampung meluahkan rasa gembira kerana banyak premis dan kedai mula dibuka untuk aktiviti harian

    ReplyDelete
  26. Keputusan kerajaan untuk melancarkan serangan ke atas penceroboh adalah tindakan yang tepat bagi menjaga keselamatan Negara daripada pengganas. Langkah ini membukti bahawa kerajaan mampu menjaga keselamatan dan kedaulatan di Sabah dan Negara.

    ReplyDelete
  27. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyalurkan bantuan makanan kepada 26 keluarga dari Kampung Tanjung Labian yang kini tinggal di Dewan Serbaguna Embara Budi, susulan serangan ofensif pihak keselamatan negara ke atas pengganas Sulu di Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  28. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata MKN menjangkakan lebih ramai penduduk akan tinggal di dewan itu buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  29. "Ada penduduk kampung tidak keluar rumah pada peringkat awal sudah keluar berjalan kaki meninggalkan rumah menuju ke dewan serbaguna itu.

    ReplyDelete
  30. Terdahulu beliau meninjau keadaan penduduk di dewan serbaguna itu selepas melawat Kampung Tanjung Labian yang menurutnya semakin kosong dan rumah pula berkunci.

    ReplyDelete
  31. penduduk yang ditemui beliau memberitahu mereka meninggalkan rumah kerana bimbangkan keselamatan selepas mendengar bunyi letupan pagi tadi.

    ReplyDelete
  32. Kelab Putera 1Malaysia bawa 10 tan pelbagai bantuan untuk lebih 4,000 penduduk sekitar Lahad Datu yang terpaksa pindah dari rumah kerana Ops Daulat sekarang.

    ReplyDelete
  33. Ketua KPIM Datuk Azeez Abdul Rahim bersama 15 doktor dan sukarelawan berlepas ke sana tengahari Khamis dengan Air Asia manakala bantuan dibawa mengunakan pesawat TUDM.

    ReplyDelete
  34. Jadi tak perlu risau. Yang penting bantuan makanan dan keperluan asas ini sampai kepada yang memerlukan di sana.

    ReplyDelete
  35. tajuk artikel pn batu api.. penduduk kampung tak kena bom pun, tapi penceroboh yang berada di kampung Tanduo yang di bom

    ReplyDelete
  36. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)Sabah menyediakan bantuan rawatan awal di dua penempatan penduduk yang dipindahkan akibat pencerobohan kumpulan militan di Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  37. Pegawai Perhubungan Awam JPAM, Adeli Hussin dalam kenyataan, berkata JPAM Sabah juga menyediakan dua ambulans selain menempatkan lima pegawai dan 50 anggotanya di setiap penempatan.

    ReplyDelete
  38. "JPAM Sabah turut menyediakan dua lori lima tan dan tiga tan serta sembilan kenderaan utiliti di Dewan Embara Budi dan dewan Sekolah Kebangsaan Fajar harapan yang dijadikan penempatan berkenaan," katanya.

    ReplyDelete
  39. Menurutnya sehingga 1.41 petang semalam, terdapat 890 penduduk di Dewan Embara Budi dan 1,215 di dewan Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan.

    ReplyDelete
  40. Kesemua mereka adalah penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang berjiran dengan Kampung Tanduo iaitu kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang digempur pasukan keselamatan negara sejak Selasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.