Kumpulan Anak Muda GEGAR Lancar Gerakan Pemantauann Media bagi Isu Lahad Datu dan Suara Rakyat Sabah bagi Isu Tanah Adat.
15 Mac 2013, Kota Kinabalu- Pada hari ini kumpulan anak muda GEGAR, tampil untuk menyatakan pendirian anak muda berhubung isu pencerobohan Lahad Datu. Seperti yang diketahui, pencerobohan Lahad Datu telah berlansung sejak 12 Febuari lalu sehingga ke hari ini, 15 Mac 2013. Mengikuti perkembangan media semasa, anak muda maklum pencerobohan ini telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita seramai 9 orang dan penceroboh adalah seramai 57 orang. Pasukan keselamatan kita telah sedaya upaya menangani isu pencerobohan ini dan anak muda merakamkan jutaan penghargaan kepada anggota keselamatan yang terlibat secara langsung dalam memastikan keamanan di negeri ini khususnya Lahad Datu.
Walau bagaimanapun, isu pencerobohan di Lahad Datu ini sedikit sebanyak telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat di negeri Sabah. Pada masa yang sama, terdapat pihak yang cuba mengeksploitasi isu ini sebagai suatu isu perkauman. GEGAR mendapat beberapa maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat Sabah sehingga menimbulkan perasaan musykil dan syak dalam kalangan masyarakat. Perkembangan ini pada hemat anak muda adalah suatu perkembangan yang tidak sihat bahkan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
Selain itu, anak muda juga mengikuti perkembangan media hari ini samada daripada media sosial seperti Facebook dan Twitter, media-media alternatif mahupun media utama. Semacam timbul kekeliruan dengan apa yang dilaporkan dengan media Filipina. Anak muda tidak memposisikan kesalahan ini kepada media, tetapi anak muda mahukan perkembangan yang dilaporkan adalah telus dan tidak bercanggah kerana sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan.
Justeru, anak muda ingin menyatakan pendirian kami berhubung isu lahad datu ini. Anak muda berpendirian:
- Menyeru semua pihak daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan bangsa untuk terus mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini bagi menjaga keharmonian yang telah lama kita kecapi. Segala fitnah yang dilemparkan bertujuan mengapi-apikan kaum perlu ditangkis dan dikaji kesasihannya terlebih dahulu. Kami diperingkat anak muda sangat cintakan perpaduan kaum seperti mana yang telah kita kecapi sehingga ke hari ini.
- Menyeru kepada keseluruhan masyarakat Sabah agar tidak berasa takut untuk mempertahankan negeri kita daripada sebarang bentuk pencerobohan. Ayuh kita pertahankan kedaulatan negeri dan negara kita daripada pencerobohan pihak luar. ‘Kita bukan memerangi orang sulu, sebaliknya menolak pencerobohan’.
- Menyeru media melaporkan perkembangan sebenar mengenai isu Lahad Datu dengan melaporkan kenyataan media asing seperti media negara jiran iaitu Filipina dan media negara kita. Hal ini penting, agar rakyat cakna tentang pendirian dan perkembangan kedua-dua negara.
- Menyeru agar rakyat seluruhnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bumi Sabah daripada sebarang ancaman keselamatan.
Selain itu, anak muda juga tidak mahu ketinggalan dalam membantu masyarakat bagi memperolehi maklumat sebenar berhubung isu ini. Justeru, GEGAR selaku sebuah kumpulan anak muda melancarkan satu Gerakan Pemantauan Media dimana GEGAR memposisikan anak muda dalam isu ini dengan memantau perkembangan media samada dalam mahupun luar negara untuk diberikan kepada masyarakat secara berkala. Ia penting pada hemat GEGAR bagi memastikan masyarakat memperoleh maklumat sebenar.
Selain itu, GEGAR juga mengumumkan satu talian “hotline” bertujuan memudahkan masyarakat berhubung secara terus dengan anak muda sekiranya ingin melaporkan sebarang perkembangan di Lahad Datu mahupun ditempat-tempat lain berhubung isu pencerobohan. Di peringkat anak muda, kita sedia membantu sebagai perantara maklumat antara masyarakat dan pihak keselamatan. Hal ini penting bagi memastikan masyarakat tidak berada dalam ketakutan walau dimana sahaja mereka berada. Hotline ini juga boleh digunakan untuk mengadu sebarang masalah dan kita juga bersedia membantu termasuk menjadi perantara bagi menyelesaikan masalah yang diajukan.
Disamping isu Pencerobohan Lahad Datu ini, GEGAR juga tidak melupakan tuntutan yang digagaskan dan dijadikan tapak untuk GEGAR bergerak sebelum ini. Antaranya isu berkaitan tanah. GEGAR kali ini mengambil inisiatif untuk menggerakkan gerakan rakyat bagi menyokong dan mendokong perjuangan Tanah Adat di Negeri Sabah yang dikenali sebagai Gerakan Tanah Milik Rakyat. Sehubungan dengan itu, GEGAR akan tampil dengan Suara Rakyat Sabah (SRS) bagi mengepalai Gerakan Tanah Milik Rakyat. SRS merancang untuk membetuk gerakan disetiap kawasan yang menghadapi masalah tanah di negeri Sabah ini. Bahkan tidak keterlaluan untuk dikatakan, kita akan menganjurkan satu lagi perhimpunan besar-besaran untuk Gerakan Tanah Milik Rakyat ini pada bulan April kelak.
Justeru, anak muda berharap dengan sedikit bantuan dan seruan ini akan dapat membantu masyarakat di negeri ini. Anak muda sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan kepada para anggota keselamatan yang telah berhempas pulas menjaga keselamatan negeri ini.
-Kumpulan Anak Muda GEGAR
Kumpulan Anak Muda GEGAR nih penyokong tegar PR ke?
ReplyDeletePencerobohan Sabah: Hal-hal Yang Perlu Kita Ketahui
ReplyDeleteMari kita beri tumpuan pada Isu Lahad Datu :
1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..
2. Kiram diberi IC Malaysia.
3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.
4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat
5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.
6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.
7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.
8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.
9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.
10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..
Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...
Note :
Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -
apa sudah jadi dengan negara ku ini.yaALLAH selamatkan lah kami dari penderhaka dan juga sesiapa juga pengkhianat negara yang terlibat.engkau laknati lah mereka. allah hu akbar.kerna aku amat sayangkan negara ku khas nya sabah di bawah bayu.aku rela mati bermandikan daarah dan titisan darah terakhir demi negara yang tercinta malaysia
ReplyDeletebagus anak2 GEGAR. Teruskn perjuangan agar hak2 rakyat Sabah kembali bersinar.
ReplyDeleteKEMELUT SABAH ADALAH BERPUNCA DARI PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP NEGARA..
ReplyDelete1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..
2. Kiram diberi IC Malaysia.
3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.
4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat
5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.
6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.
7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.
8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.
LAGI DISINI : http://kedahla.blogspot.com/2013/03/sebarkan-seluas-luasnya-bahan-ini.html
gegar JUGA MENYUMBANG KEPADA ISU KEGANASAN DALAM NEGARA.. KENAPA PERLU ANJURKAN DEMONSTRASI JIKA ADA SALURAN YANG BETUL UNTUK MENYUARAKAN TUNTUTAN?
ReplyDeleteAPA2 HAL BAWA SAJALAH KE MAHKAMAH.. INGAT JALAN RAYA BOLEH SELESAIKAN MASALAH KA??
ReplyDeleteSEBAB ITULAH PENGGANAS MENJADIKAN SABAH SEBAGAI SASARAN.. KERANA WUJUD PENDEMO2 JALANAN YANG SUKA MEMBERIKAN MESEJ KEPADA ORANG LUAR BAHAWA NEGERI INI TIDAK STABIL DAN BANYAK HURU HARA..
ReplyDeleteTIDAK MUSTAHIL, KETIKA PASUKAN KESELAMATAN BERTUNGKUS-LUMUS BERKAWAL 24JAM DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA, PENDEMO2 JALANAN INI AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MELAKUKAN DEMONSTRASI BESAR2AN UNTUK MENAMBAHKAN BEBAN PASUKAN KESELAMATAN..
ReplyDeleteKetua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak akan membiarkan seinci pun tanah bumi Sabah diserahkan kepada penceroboh dan tetap akan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negeri itu.
ReplyDeleteBeliau berkata meskipun kemelut pengganas militan Sulu di Lahad Datu dan Semporna mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara namun ia tidak mematahkan semangat pihak berkuasa dalam membanteras kumpulan itu.
ReplyDelete“Pencerobohan anasir luar itu hanya ingin memporak-porandakan negara ini khususnya rakyat Sabah yang telah melalui kehidupan di bumi ini yang aman damai,” katanya
ReplyDeleteMusa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata berdasarkan kemampuan dan kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN), negara mampu menangani krisis pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu.
ReplyDeleteBeliau mengajak seluruh rakyat supaya memperkukuhkan perpaduan serta berkongsi tanggungjawab mempertahankan negara dengan menyokong apa jua tindakan untuk menghapuskan musuh negara itu.
ReplyDeleteMusa, yang juga Pengerusi BN Negeri, turut mengingatkan rakyat agar terus menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang termasuk usaha yang dilakukan kerajaan sedia ada demi kesinambungan pembangunan yang berterusan.
ReplyDeleteMenurutnya, ini berikutan kerajaan BN telah banyak berjasa kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai projek, dasar dan program terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menunjukkan betapa komited dalam usaha membela nasib rakyat.
ReplyDeletePresident Benigno Aquino said Sunday that negotiations were the only way to resolve a Philippine sultanate’s claim to Sabah as he criticised an armed incursion into the Malaysian state.
ReplyDeleteAquino also lashed out at unidentified conspirators whom he accused of sending the sultanate’s followers to Sabah last month, saying they had endangered some 800,000 Filipinos living and working in the area.
Speaking at the elite Philippine Military Academy, the president criticised anew the followers of the self-declared Sultan of Sulu, Jamalul Kiram III, whose incursion into Sabah has led to dozens of deaths.
ReplyDelete“There are problems that just beget more problems if you try to solve them with haste or force. We need sincere and deep discussion if we are to arrive at a correct solution,” he told graduating military cadets.
“We already know how complicated this issue is. Could any Malaysian prime minister so easily agree to let go of a land that for so long has been subject to their laws?” Aquino asked.
ReplyDeleteMore than 200 followers of Kiram, some of them armed, entered Sabah to reassert the sultanate’s centuries-old claim to the area.
Fighting with Malaysian security forces broke out on March 5 and according to Malaysian police figures, 61 of the intruders as well as eight police officers and a soldier have died.
Authorities have arrested more than 100 people in Sabah on suspicion of having links to the militants. The Philippine Navy last week detained 35 suspected Filipino intruders as they tried to sail home.
ReplyDeleteHowever Agbimuddin Kiram, the leader of the intruders and the younger brother of Jamalul Kiram III, was not among those detained.
Aquino hinted that the Kirams had hidden backers, saying the incursion in Sabah must have cost a large sum of money.
ReplyDeleteThe spokesman for the Kiram family, Abraham Idjirani, said that the sultanate was forced to take action because the Philippine government would not act on their claim.
He also denied anyone had financed the trip, saying the sultan’s followers did so on their own.
Idjirani said he had spoken to Agbimuddin Kiram by phone late Saturday and he was still in Sabah and unharmed.
Several vessels have begun entering the Felda jetty in Lahad Datu, Sabah since last week to transport palm oil out from the factory in Felda Sahabat.
ReplyDeleteFelda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad said all the vessels involved in transporting palm oil from Felda Sahabat were accompanied by the Royal Malaysian Navy (RMN) vessels.
ReplyDeleteThe implementation of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), covering a coastline of 1,400 kilometres from Kudat to Tawau, has begun in Felda Sahabat with works to upgrade the existing logistics structure and to increase the number of security personnel and assets.
ReplyDeleteInspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said the maritime assets of the Armed Forces (ATM), Royal Malaysian Police (PDRM) and the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) would be harnessed together to ensure Sabah waters were free from any possible threats.
ReplyDeleteSemoga berjaya buat liputan.
ReplyDeleteThis case is very very very stupid.
ReplyDeleteAnd Aquino thinks that they are funded by the opposition in Philippines.
ReplyDeleteMedia is allowed please dont misuse the chance.
ReplyDeleteSemoga banyak liputan diberi perhatian.
ReplyDeleteAnd the Defense Ministry has open the paper too.
ReplyDeleteMore enforcement to come.
ReplyDeleteTell you what, so many issues about this.
ReplyDeleterakyat tetap bersama pasukan keselamatan dalam pertahankan tanah air
ReplyDeletepasukan keselamatan akan memastika keadaan terkawal dan selamt
ReplyDeleteKawalan dan pantauan masih perlu diteruskan.
ReplyDeleteKe sini tidak harus berlaku sebenarnya.
ReplyDeleteSudah pasti pasukan keselamatan dapat mengawal dan menyelesaikan isu pencerobohan ini.
ReplyDeleteJangan merisikokan nyawa rakyat demi kepentingan diri.
ReplyDeleteBN contribute a good development in Sabah. Usaha ini jelas dan bersama dinikmati.
ReplyDelete