Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.
Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.
Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang dibunuh itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.
Thursday, March 7, 2013
Jeneral Pengganas Sulu Terbunuh, Kematian 52 Orang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kataMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
ReplyDeleteKatanya walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat ‘lubuk permainan’ penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan.
ReplyDeleteOleh itu, katanya Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat.
ReplyDeleteKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberitabahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo,berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu.
ReplyDelete"Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai seranganbalas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh dapat ditumpaskannamun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan,” kata AhmadZahid
ReplyDeleteSehubungan itu, beliau berkata pasukan keselamatan telah bersiap siagadi beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan taktik’psikologi songsang’ yang digunakan penceroboh.
ReplyDelete“Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etikapeperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh berperikemanusiaan,”katanya.
ReplyDeleteAhmad Zahid berkata lima batalion tentera telah dikerah di beberapa kawasanseperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana sehingga berpuas hatidengan operasi pembersihan penceroboh.
ReplyDeletePengganas terbaru Asia Tenggara, Jamalul Kiram III menerima tamparan hebat sebentar tadi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menolak mentah-mentah permintaannya yang mahukan gencatan senjata di Lahad Datu, Sabah.
ReplyDeleteMenurut sumber, penolakan tersebut adalah disebabkan para penceroboh yang dihantar oleh “sultan palsu” itu masih lagi menyerang pasukan keselamatan negara dengan senjata.
ReplyDeleteSelain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Ops Daulat akan diteruskan seperti biasa dengan kawalan dan pemantauan ketat oleh anggota keselamatan di kawasan-kawasan sekitar yang terlibat.
ReplyDeleteDia fikir dia boleh menipu dengan permintaan gencatan senjata itu? rasanya tidak semudah itu.
ReplyDeleteCukuplah sekali anggota keselamatan negara tertipu dengan “bendera putih palsu”.
ReplyDeleteYang mengakibatkan beberapa wira negara terkorban dan cedera disebabkan tipu muslihat mereka sebelum ini.
ReplyDeleteInsiden sebelum ini jelas menunjukkan bukan saja Kiram III merupakan “sultan palsu”, malah “bendera putih” pun palsu juga.
ReplyDeleteKerajaan Malaysia tidak akan tertipu lagi dengan “gencatan senjata palsu” pula kecuali kumpulan pemberontak itu keluar dan menyerah diri.
ReplyDeletePara pengikut Kiram III tidak wajar dibiarkan berada di negara ini lagi.
ReplyDeletesaya menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri yang mahu pengganas yang menceroboh kedaulatan Sabah meletak senjata tanpa sebarang syarat.
ReplyDeletejika puak penceroboh itu gagal mematuhi kehendak tersebut, jangan salahkan Malaysia dalam hal ini.
ReplyDeleteMoralnya, jangan sesuka hati ceroboh kedaulatan Malaysia, binasa badan kelak!
ReplyDeletesyabas PM! saya amat setuju dengan penolakan cubaan tipu kedua "gencatan senjata" oleh pengganas Kiram palsu lll.
ReplyDeleteLagi pun ini bukan perang tetapi merupakan menentang pengganas yang menceroboh. Pengganas kejam ini sewajarnya dihapuskan kesemuanya supaya kedaulatan negara ini terjamin.
ReplyDeleteKita tahu ops daulat yang dibuat ini telah memberikan satu usaha yang berjaya sehinggakan penceroboh semakin lemah dan tidak berdaya menentang lagi.
ReplyDeleteKita percaya apa keputusan yang dibuat oleh pihak pasukan keselamatan demi kebaikan mereka semua.
ReplyDeletesiasat idendtiti jeneral yang terbunuh tersebut
ReplyDeleteMasyarakat Suluk di Sabah semalam berikrar taat setia kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri serta mengutuk tindakan kumpulan pengganas yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu.
ReplyDeleteSeramai 60 pemimpin kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suluk yang mewakili kira-kira 30,000 ahli di negeri ini menyerahkan memorandum taat setia etnik Suluk Sabah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Lapangan Terbang Tawa
ReplyDeletememorandum itu merangkumi 14 perkara berkaitan pendirian mereka dan lapan cadangan etnik Suluk yang cintakan keamanan dan keharmonian di negara ini.
ReplyDeleteMasyarakat Suluk Sabah terkilan, terkejut dan sedih dengan insiden pencerobohan terbabit serta menentang keras dakwaan pihak berkenaan (pengganas) yang menuntut negeri ini sebagai wilayah kekuasaan merek
ReplyDeleteMenerusi memorandum itu, etnik Suluk di Sabah juga mendesak kerajaan menyiasat dalang di sebalik insiden terbabit selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mempersendakan pencerobohan berkenaan.
ReplyDeletemasyarakat Suluk di Sabah juga amat selesa dengan kenyataan Najib bahawa kerajaan menghargai kesetiaan masyarakat keturunan Suluk yang menentang pencerobohan dan ancaman pengganas Sulu di negeri ini.
ReplyDeletemasyarakat Suluk hargai maklum balas Perdana Menteri bahawa kerajaan Persekutuan tidak meragui kesetiaan bangsa Suluk di Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negara. Saved
ReplyDeletekami etnik Suluk Sabah berharap suku lain di negeri ini tidak memandang serong terhadap suku ini kerana tidak semua sukakan keganasan
ReplyDeletePerdana Menteri meyakinkan masyarakat Suluk supaya tidak gusar mengenai masa depan mereka kerana kerajaan tidak pernah meragui kesetiaan mereka.
ReplyDeletekerajaan menaruh harapan besar kepada rakyat berbilang kaum, termasuk masyarakat Suluk supaya sentiasa menjadi warga negara yang menghormati undang-undang.
ReplyDeleteGolongan yang mengancam keselamatan harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteTragedi yang tidak berjangka.
ReplyDeletePengorbanan yang tidak diperlukan. Apa yang dapat akhirnya?
ReplyDeleteSelagi golongan ini meneruskan kekerasan, maka, tiada apa lagi pihak berkuasa boleh buat selain mengambil tindakan keras juga.
ReplyDeleteKesultanan Sulu sudahpun berakhir. Harus terima hakikat dan hentikan pertarungan yang tidak perlu.
ReplyDeleteKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan negara membunuh seramai 32 musuh pengganas dalam pertempuran kelmarin iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.
ReplyDelete“Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua- dua kejadian itu,” kata Ismail.
Katanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.
ReplyDeleteBeliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan itu, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.
Jumlah penceroboh yang terbunuh dalam operasi ofensif setakat ini adalah 52 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi kelmarin.
ReplyDeleteKelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.
Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata.
ReplyDelete“Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita,” katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di Lahad Datu kelmarin.
Laporan media dari Filipina kelamrin memetik Kiram meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.
ReplyDeleteNajib berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah.
Pada Selasa, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.
ReplyDeletePerdana menteri berkata operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan sehingga mereka meletak senjata.
Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.
ReplyDelete“Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita,” katanya.
Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama yang dilancarkan oleh polis dan tentera itu, berkata pasukan keselamatan negara mencapai banyak kejayaan untuk menumpaskan kumpulan penceroboh militan yang memasuki negara ini 12 Feb.
ReplyDelete“Kerjasama yang sangat erat antara polis dan tentera dengan menggunakan kepakaran dan kekuatan masing- masing dalam satu operasi bersepadu adalah satu modul yang sangat baik untuk kita ambil langkah-langkah banteras dan tindakan tegas terhadap kumpulan itu,” katanya.
Naib juga mengumumkan pengwujudkan benteng pertahanan di sepanjang perairan pantai timur bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.
ReplyDeletePerisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Feb lepas dan sehingga kini insiden itu masih berlanjutan.
“Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah…soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa,” kata Najib selepas melawat kawasan ‘ground zero’ di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.
ReplyDeleteKawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSudah disahkan mangsa korban tu jeneral Sulu?
ReplyDeleteLebih baik saki baki tu menyerah diri daripada terus berkeras meneruskan tuntutan mereka.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete