Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal.
Beliau turut menafikan khabar angin mengenai huru-hara berlaku di Kunak, Sandakan dan Semporna.
“Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di Sabah setelah 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Ismail berkata polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai.
“Kami sedang memikirkan aspek perundangan untuk ambil tindakan terhadap mereka (yang menyebarkan maklumat palsu),” katanya.
Beliau berkata polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bekerjasama erat bagi memastikan keadaan keselamatan di Sabah aman dan terkawal.
Sementara itu Zulkifeli berkata pihaknya menggerakkan anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri ini.
“Kami akan membantu polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan Sabah,” katanya. -TMI
Monday, March 4, 2013
Keselamatan terkawal, tapi penduduk semakin risau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam mana kata terkawal?
ReplyDelete2 hari sebelum serangan besar2an, pihak Sulu dah ada yang keluar dari kepungan.
Kami penduduk Labian sekadar dikawal oleh Pos PGA dengan keanggotaan tidak melebihi 20 berbanding Sulu yang terlepas kepungan dianggar lebih 20 orang. Adakah nyawa penduduk kampung tradisi berhampiran jauh lebih murah berbanding dengan penempatan FELDA yang mendapat kawalan cukup. Kami jauh lebih takut kerana harta benda kami yang ada hanyalah KAMPUNG HALAMAN KAMI!