Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh seorang pedagang/pendakwah Arab yang berhijrah ke kepulauan selatan Filipina itu dari Johor, kini menimbulkan masalah dan pertanyaan, walaupun pada hakikatnya kesultanan itu tidak wujud.
Isu tuntutan ke atas Sabah oleh apa yang didakwa sebagai waris sultan Sulu sebenarnya sudah basi dan tidak dapat diterima. Rakyat Sabah atau yang dirujuk sebagai "North Borneo" itu telahpun membuat keputusan kira-kira 50 tahun lalu untuk bersama-sama Persekutuan Malaysia. Nokhtah.
Keputusan yang dibuat oleh rakyat Sabah melalui 'pungutan suara' oleh Suruhanjaya Cobbold itu disah dan diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diterima oleh pentadbiran Manila ketika itu. Ia tidak lagi berbangkit.
Ada beberapa dokumen yang dengan jelas dan nyata menyokong pendirian Malaysia walaupun kerajaan membayar 'sagu hati' kepada waris kesultanan Sulu. Pembayaran itu dibuat berdasarkan satu perjanjian kuno dan sebagai kerajaan yang bertangungjawab, Putrajaya akur. Itu yang berlaku tetapi ia tidak bermakna yang Malaysia mengiktiraf atau menerima hak kesultanan Sulu ke atas Sabah, tidak sama sekali.
Ekoran pencerobohan oleh "askar kesultanan Sulu" di Lahad Datu dan serpihannya di Semporna, lapan nyawa anggota polis Malaysia menjadi korban. Mereka sebenarnya pengganas dan mesti diambil tindakan sewajarnya.
Selepas tiga minggu "bertapak" di Lahad Datu dan beberapa kali diberi peluang untuk meletak senjata dan pulang ke Sulu tetapi mereka enggan, maka kerajaan Malaysia tiada pilihan melainkan mengambil tindakan untuk menghapuskan mereka. Rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan yang diambil oleh kerajaan.
Satu persoalan yang timbul ialah siapa sebenarnya "sultan" Sulu? Jikapun wujud seorang "sultan" tetapi di mana "kesultanannya"?
Yang pasti "kesultanan" Sulu sudah berkubur. Tidak wujud sama seperti kesultanan Melayu Melaka, kesultanan Mempawa di Kalimantan, kesultanan Aceh dan kesultanan lain di Palembang, Riau dan pulau Jawa.
Orang boleh mendakwa yang dia adalah waris kesultanan-kesultanan tersebut tetapi apa gunanya ada jawatan dan gelaran tetapi tiada takhta?
Merujuk kepada "kesultanan" Sulu, kita tahu ada lima orang yang mendakwa sebagai "sultan" yang sah. Kita ingin tahu yang mana satu sepatutnya mewarisi "kesultanan" yang tidak wujud itu?
Adakah "Sutan" Muedzul Lail Tan Kiram? atau Jamalul Kiram III? atau Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhammad? atau Datu Abdul Rajak Aliuddin? atau Datuk Seri Putra Eddy T. Sulaiman?
Kelima-lima mereka mengaku sebagai "sultan" Sulu yang sah. Persoalan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa "kesultanan" Sulu sudah menjadi "sejarah" sama seperti kesultanan lain di Nusantara Melayu ini.
Oleh itu, usah dilayan tuntutan mereka!
http://kudaranggi.blogspot.com
Wednesday, March 6, 2013
Kesultanan Sulu - siapa sebenarnya sultan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




SEJARAH SULTAN SULU DAN SABAH?
ReplyDeleteKESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.
ReplyDeletePada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram III mungkin terlupa sesuatu.
ReplyDelete“Baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, Kesultanan Islam Sulu melalui tindakan datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” atau perkataan yang lebih tepat iaitu pajakan negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada kuasa Eropah pada masa itu iaitu British (sebelum pembentukan Malaysia).
Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan Sulu ketika itu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck (Syarikat Hindia Timur). Sultan Sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.
ReplyDeletePajakan dilakukan berdasarkan kehendak sendiri dan ia relevan sehingga ke hari ini. Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
ReplyDeleteKesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat. Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.
ReplyDeleteBerdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu dan barisan tenteranya lakukan pada masa ketika Sabah dijajah oleh Jepun?
ReplyDeleteJika benar “Baginda” mempunyai hak di Sabah, adakah “baginda” pernah menghantar “Tentera Diraja Sultan Sulu” untuk membebaskan Sabah?
ReplyDeleteawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan ‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 dan tidak menghalang pembentukan Malaysia.
ReplyDeleteIni secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun, Filipina masih terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
ReplyDeleteHakikatnya, sekarang ini kerajaan Malaysia tetap masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi “Sultan Sulu” yang yang ada sekarang ini mahukan lebih daripada itu iaitu mahukan 50% wang hasil ekonomi Sabah.
ReplyDeleteSejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya. Mengapa baru sekarang Sultan Sulu mahu merampas Sabah semula yang telah pun diiktiraf PBB???
ReplyDeletePresiden Filipina Sahkan Penceroboh Sulu Dibiayai
ReplyDeleteAngkatan penceroboh di Lahad Datu diketuai oleh Sultan Jamalul Kiram ke - 3 yang mendakwa dirinya sebagai waris Kusultanan Sulu dipercayai mendapat pembiayaan kewangan untuk menceroboh Sabah.
Presiden Filipina Begino Aquino yang dipetik daripada Malaya - Business Inight sebagai berkata, Kiram tidak mampu untuk membayar kos rawatan penyakit buah pingangnya apatah lagi mebiayai kos pencerobohan yang memerlukan kos besar untuk membeli pelbagai kelengkapan.
"Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian ini.
"Jadi dimana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,"katanya.
Tambah Aquino, Kiram sebelum ini mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Filipina bagi membayar kos rawatan sesi dialisis bagi penyakit buah pinggang yang dialaminya.
Dalam pada itu, beliau akan mengheret penyokong bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam mencetuskan insiden pencerobohan di Sabah ke muka pengadilan.
"Kerajaan tahu mengenai identiti mereka manakala yang lain masih tidak diketahui," ujarnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sekiranya Arroyo dan bekas Penasihat Keselamatan Nasional Norberto Gonzales serta ketua pembangkang Malaysia turut terlibat dalam siasatan tersebut.
Ujar Aquino, tindakan ketenteraan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah wajar dalam menangani krisis tersebut.
"Jika situasi terbalik dan kumpulan bersenjata menceroboh Filipina, kerajaan kita juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam memastikan keselamatan warganegara," katanya lagi.
Psssttt..... Tanya sama Anwar Ibrahim
Sabah does not belong to Sulu Sultanate. Its belong to Malaysia and cannot be claimed by others as Sabahans had agreed to the formation of Malaysia in a referendum held by the Cobbold Commission in 1962.
ReplyDeleteHead of Social Science School History Programme, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mosli Tarsat said historical evidence clearly shows the status of Sabah as a valid part of Malaysia and recognised by the United Nations (UN).
ReplyDeleteAlthough Sabah, formerly known as North Borneo before the formation of Malaysia, was controlled and influenced by
The Sultanate of Brunei and Sulu, the North Borneo Chartered Company, Japan and the British, but after 1963, the situation changed after the formation of Malaysia,” he told.
The Cobbold Commission which held a four month referendum of Sabah and Sarawak for the formation of Malaysia received 2,200 memorandums with about 80 per cent of the people supporting the creation of Malaysia.
ReplyDeleteThe Commission’s report was submitted to the British government and Malaysia was formed by combining Malaya, Singapore, Brunei, Sarawak and Sabah (North Borneo).
The statement by Information Communications and Culture Minister, Datuk Seri Dr Rais Yatim that Sabah rightfully belongs to Malaysia according to international law and cannot be claimed by any party is true.
ReplyDeleteIn Kuala Lumpur, Prof Dr Ramlah Adam who also agreed with the statement by Rais said Malaysia is a sovereign state that is recognised globally.
ReplyDelete“As such, there is no question of claim by any party. The statement by the Information Communications and Culture Minister yesterday is historically accurate,” said the Main Fellow, Strategic Studies Unit, Universiti Malaysia Perlis when contacted here.
Ramlah said the referendum on Sabah and Sarawak by the Cobbold Commission, is similar to the Singapore Referendum for the formation of Malaysia in 1962.
ReplyDelete“They cannot claim just based on history. For example, the Siam government handed Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu over to the British and cannot claim the states.”
Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berpendapat pihak tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu melaga-lagakan Malaysia dengan Filipina tetapi beralih kepada tuntutan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu' kerana dilihat sebagai isu yang 'lebih mudah dan lama'.
ReplyDeleteMereka mahu wujudkan keadaan tidak stabil terutama di kawasan sebelah Laut Sulu.
ReplyDeleteTapi kita tak tahu adakah ia akan menyebabkan pilihan raya dilambatkan. Dan kalau dilambatkan, adakah akan menguntungkan? Kita tidak pasti.
ReplyDeleteapi ia boleh sebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan benar-benar berusaha melindungi mereka.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis di Kangar pada Ahad turut melahirkan rasa hairan dengan kehadiran kumpulan itu ke Sabah.
ReplyDeletesemasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah sudah lama dibuat.
ReplyDeleteDalam pada itu, kedua-dua penganalisis politik itu juga sependapat pencerobohan di Lahad Datu mungkin juga bertujuan mencabar kewibawaan Najib sebagai perdana menteri terutama dalam menangani masalah berkenaan.
ReplyDeleteMenurut Zainal Abidin, sejak menjadi menteri besar Pahang pada 1982, Najib belum pernah diuji sama ada dari dalam atau luar parti Umno dan Barisan Nasional (BN).
ReplyDeleteTetapi beliau sudah buktikan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan pentadbiran...dengan transformasi ekonomi, turun padang dan sebagainya. Kita juga perlu tahu bahawa beliau ialah bekas menteri pertahanan yang faham isu-isu berkaitan.
ReplyDeleteKedua-dua penganalisis itu juga sependapat krisis yang berlarutan kini jelas tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu kestabilan negara.
ReplyDeletetokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempunyai pendapat berbeza, iaitu mereka yang menggelar keturunan 'Kesultanan Sulu' itu menuntut Sabah kerana kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi negeri itu pada masa ini.
ReplyDeleteBahagian Sulu sudah lama mahu menubuhkan sebuah negara bebas, mereka pernah lawan dengan Sepanyol, Amerika Syarikat dan pemerintah Filipina.
ReplyDeleteKalau mereka boleh dapat Sabah, dengan kemajuan yang dikecapi Sabah sekarang, Sulu boleh jadi negara yang berjaya, itu tujuan sebenar mereka.
ReplyDeleteMengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan lambat bertindak menangani kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sivamurugan berkata: "Banyak perkara yang perlu diambil kira.
ReplyDeleteMemang pasukan keselamatan mempunyai kelengkapan yang mencukupi tetapi ia suatu pendekatan untuk mengelak pertumpahan darah."
ReplyDeleteZainal Abidin pula berkata 'kelewatan' itu bukan satu kelemahan.
ReplyDeletesebaliknya beliau memuji tindakan kerajaan mengadakan rundingan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum melancarkan tindakan ofensif.
ReplyDeletePencerobohan di Lahad Datu bermula 12 Feb lepas dan memuncak pada Jumaat apabila dua anggota polis terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan itu, tiga hari selepas tamat tempoh pengusiran.
ReplyDeleteEnam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna pada Sabtu.
ReplyDeletesebelum pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif besar-besaran melalui udara dan darat ke atas kumpulan penceroboh itu pada Selasa. Jadi apa yang pasti kerajaan mengambil pendekatan yang baik.
ReplyDeleteThe Sulu Sultanate cannot turn back the pages of history to reclaim Sabah
ReplyDeleteSulu Sultanate's claims are difficult to come to terms with as what has been accepted for such a long time cannot be changed
ReplyDeletealthough the state was originally part of Sulu, the British North Borneo Company had taken control of North Borneo, now known as Sabah, in 1882.
ReplyDeletetransmigration of Filipinos into Sabah had been ongoing as they felt they belonged to this part of the region although the Malaysian authorities regarded them as illegal immigrants.
ReplyDeleteI am surprised why they resorted to arms this time around
ReplyDeletethe Opposition in both Malaysia and the Philippines appeared to be provoking the situation in Sabah.
ReplyDeleteThey appear to be politicising the situation to discredit the governments of the two countries
ReplyDeletethe people should reject those who put politics before national sovereignty and security.
ReplyDeleteEven if the matter is taken to the International Court, Malaysia would have a better chance of winning as Sabah had been part of the country for a long time. Institute of Indonesia, Thailand and Singapore Studies director Prof Kamarulnizam Abdullah said the Sulu Sultanate should honour previous agreements in which they ceded the territory to the colonial powers.
ReplyDeletebased on international law, Sabah legally belonged to Malaysia and the state and any part of it cannot be claimed by any party.
ReplyDelete