Wednesday, March 6, 2013

Kisah super teksi tolak Umno?

Menarik sekali kata-kata super teksi itu yang diucapnya pada suatu pagi yang damai saat menaiki mobilnya ke kota. “Saya, selama 20 tahun menjadi super teksi sudah empat kali mengundi (pemilu).

Keempat-empat kali itu saya pangkah Dacing (BN), tetapi kehidupan saya tetap sama, yang berubah ialah kenaikan harga minyak terutama selepas selesai pilihan raya umum (PRU)” kata sang super sambil mengemudi teksi, kebetulan pagi itu jalanraya tak macet.

Saya diam sambil berfikir mencari makna dari kata-katanya yang berbaur politik. “Pada PRU ke 12 (2008) saya pangkah Bulan Purnama (PAS)- kali pertama dalam hidup saya. Tiba-tiba saya dapat empat biji tayar teksi grantis (percuma) dari pemerintah pusat” ujar super separuh usia itu dengan bangga.

“Sekarang saya sudah khabarkan kepada keluarga saya dan teman-teman super, kalau mahu nasib berubah, pada PRU 13 akan datang jangan pangkah Dacing. Undilah Pakatan Rakyat (PR)”. Ujar sang super sambil senyum. Saya membalas senyumannya dengan secambak senyuman.

-Detikdaily

21 comments:
Write comments
  1. Jangan mudah terpengaruh. fikir dengan bijak untuk masa depan kita dan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  2. Terpulang kepada rakyat untuk memilih parti mereka sokong.

    ReplyDelete
  3. Dengan BN pun nasib rakyat banyak berubah.

    ReplyDelete
  4. Kan PR kata nak turun hrga petrol. Undi le PR. Juga PTPTN yg dimansuhkn biasiswa utk UMngok,maka PR akan beri pendidikan percuma. Mana satu lu mau ..lu pikir la sendiri. Nampaknya dreber teksi pun dah cerdik. Allahu akbar.

    ReplyDelete
  5. Serahkan kepada indivudu untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  6. Saingan semakin genting. Semoag PRu yang lebih bersih dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  7. Tidak salah memberi 1 peluang kepada PR untuk membuktikan kebolehannya.

    ReplyDelete
  8. Jangan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Masing-masing harus bijak menilaikannya.

    ReplyDelete
  9. Keikhlasan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak wajar dihargai semua lapisan tatkala terus dilempar dengan pelbagai dakyah dan tohmahan mengelirukan malah tetap memperjuangkan masa hadapan rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

    ReplyDelete
  10. Mohd Najib tidak mahu rakyat terpinggir memandangkan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ia mesti berkorban demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  11. prinsip perjuangan inilah membolehkan rakyat terus terbela dan sekali gus menunjukkan sokongan kepada kerajaan semakin meningkat di saat kumpulan pembangkang cuba menggugat kekuatan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

    ReplyDelete
  12. rakyat tidak semudah itu untuk dipengaruhi memandangkan mereka sudah matang dapat menilai parti yang mampu membela nasib mereka dan bukan seperti pembangkang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kosong belaka.

    ReplyDelete
  13. contoh pemberian komputer riba 1Malaysia secara percuma termasuk pelbagai lagi bantuan dan inisiatif lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang memanfaatkan semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman.

    ReplyDelete
  14. Inilah namanya kerajaan yang prihatin walaupun macam-macam tohmahan kita dengar tetapi Barisan Nasional (BN) tetap memastikan rakyat terutama di kawasan terpencil sekali pun mendapat pembelaan.

    ReplyDelete
  15. Kita wajar bersyukur dengan kerajaan BN khususnya kepada Mohd Najib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang tidak putus-putus memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Saved

    ReplyDelete
  16. rakyat negara ini sesungguhnya sangat beruntung kerana kerajaan BN ingin melihat rakyat terutama generasi muda sentiasa peka dengan perkembangan Teknologi Maklumat (IT) agar tidak ketinggalan ketika kerancakan arus pemodenan global pada hari ini.

    ReplyDelete
  17. usaha kerajaan BN adalah bukti kukuh ia terus komited dalam menjaga kebajikan rakyat selari dengan perancangan dan matlamat menjelang Wawasan 2020 ke arah melahirkan masyarakat celik IT.

    ReplyDelete
  18. BN sentiasa mengambil berat kepentingan semua kaum dan mana mungkin mereka yang amat memerlukan akan tercicir kerana kerajaan akan sentiasa mengenal pasti mana-mana individu belum mendapat manfaat akan tersenarai jua akhirnya.

    ReplyDelete
  19. rakyat perlu hati-hati dalam memilih kerajaan kerana tiada lagi parti melainkan BN sahaja mampu memberi kesejahteraan kepada mereka baik dari segi pembangunan mahu pun kestabilan politik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.