Tuesday, March 19, 2013

Lagi Bukti Pengkhianatan Mahathir Terhadap Kedaulatan Negara

Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.

Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan biru (IC).

Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984. Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.

“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir (beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo, selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.

Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.

Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998."

5 comments:
Write comments
  1. Apa hal dengan undang2 malaysia nih. ekor-ekor ditahan tapi kepalanya tak ditahan..... rakyt akan bangun menentang dalam PRU13

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun kalau xda peti undi sesat di penghujung proses pengiraan undi. Sekarang kalau boleh setiap proses dari pembuangan undi, penghantaran peti undi dari pusat pembuangan undi ke pusat pengiraan undi haruslah ada wakil dari parti yang bertanding. Sebab pernah berlaku kononnya dlm perjalanan ke pusat pengiraan undi perahu karam dan peti undi hanyut. Tapi tiba2 timbul pulak peti undi tu hujung2....mungkin ikan dgn buaya pun kena kempen diaorg bn umno nie kot..haha

      Delete
  2. kepada kepimpinan PAKATAN RAKYAT SAYA SOKONG ANONYMOUS 10.13 PR HARUS ADA WAKIL SEMASA PENGANTARAN PETI UNDI TERUTAMA UNDI POS DAN JUGA MANA MANA PETI UNDI YANG DARI JAUH

    ReplyDelete
  3. kita orang sabah,kali ini jangan bagi peluang kepada bn lagi.kasi buang sana laut sulu ini bn.INI KALI LAH....

    ReplyDelete
  4. betul kena ada ejen masa hntar peti undi,tapi SPR bkerja ikut arahan BN yg mngatakan wakil pembangkang tak perlu ( sebenarnya melarang ) dr mngikuti mana2 pergerakan peti undi. Berlaku di PRK Dun Galas di Kelantan tahun dulu. SPR kata dah ada polis yg ikut serta,masalahnya berani ke polis tu nak tahan apa penyelewengan belaku keatas peti undi yg dibawa itu. Belum dikira polis yg pro-Umno.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.