Wednesday, March 6, 2013

Tanduo, Dimana Titik Akhirnya?

Hadji Acmad Dengan lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera Kesultanan Sulu yang dikatakan telah terbunuh, ke mana titik akhirnya krisis Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya ini?

Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.

Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.

Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini.

Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang.

"Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka," Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu.

Manila Buletin melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia akan berdepan dengan pasukan yang mereka latih sendiri sebelum ini iaitu dari MNLF, yang mengetahui Sabah umpama dalam telapak tangan mereka.

Di samping mereka, beribu -ribu lagi rakyat Filipina kini sudah berada di Sabah dan memiliki kad pengenalan biru Malaysia tanda kerakyatan mereka.

Hadji Acmad Bayam, ketua propaganda MNLF memberitahu Manila Bulletin, mereka memiliki peralatan yang cukup untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, menjawab perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tentera Malaysia pernah melatih mereka.

Namun sebelum ini, beliau mengaku ribuan penduduk Filipina diberikan kad pengenalan dalam skandal IC yang didedahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kini masih berjalan.

Bagi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tamrin Ghafar, inilah bayaran yang terpaksa dibayar oleh negara apabila Tun Dr Mahathir memberikan kerakyatan untuk kepentingan politik sebelum ini.

Beliau tidak nampak krisis ini akan selesai dengan cepat kerana beribu-ribu lagi orang Sulu ini berada di Sabah.

Mereka pula sudah dianggap rakyat negara ini kerana sudah mempunyai kad pengenalan biru.

Manila Buletin juga melaporkan, penduduk Filipina di Sabah telah mengamuk di Semporna ekoran berita yang tersebar terbunuhnya seorang imam, Imam Maas dan empat anaknya dan dikatakan dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Petang Sabtu lepas, SMS tersebar di kalangan mereka yang dikatakan berasal dari Semporna memaklumkan dakwaan pembunuhan itu oleh Pasukan Gerak Am polis itu.

Abraham J. Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu, secara rasmi memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya 3 Mac lalu.

Dengan tarikh akhir Parlimen yang adalah 24 April 2013, tidak nampak isu ini akan selesai dengan segera untuk membolehkan parlimen dibubarkan sebelum tarikh itu.

Ia pula berlaku ketika laporan demi laporan sampai bahawa BN tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang ada sekarang dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Apakah ini satu taktik dan strategi untuk kepentingan pilihan raya? Ia sukar untuk ditentukan kerana ramai tidak yakin Najib sanggup untuk memperjudikan nasib rakyatnya sendiri demi kepentingan politik.

Ini kerana, dengan lapan sudah terkorban, ia bermakna harga yang terlalu mahal dibayar untuknya.

Atau, ia sememangnya perancangan tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan.

Ini juga boleh jadi tetapi susah untuk disahkan. Ini kerana ramai sedia maklum, mereka yang terlibat dalam gerakan tuntutan kesulatan Sulu ini adalah ahli Umno.

Isu Lahad Datu boleh menjadi senjata makan tuan untuk BN berikutan pendedahan hubungan pemimpin Umno dengan gerakan Sulu ini.

Pendek kata semua option terbuka kini.

Sumber: Harakahdaily

47 comments:
Write comments
  1. moga ketengangan ini akan berakhir

    ReplyDelete
  2. kita tak inginlan lebih byk berlaku pertumpahan darah

    ReplyDelete
  3. Malaysia, Philippines discuss legal action against intruders *update!

    LAHAD DATU: Noting that Malaysia does not have an extradition treaty with the Philippines, he said: “In the spirit of Asean, we can request for them to be brought here.”

    He explained that any legal action taken will be based on what is right and good for Malaysia and the Philippines.

    “Our options are open until we move to another level, make decision and hold discussions with the Philippines.”

    Asked whether the intruders caught would be charged in Malaysia or sent home, he said: “This is subject to discussion. The President (Philippines) asked them to surrender and return home and the Philippine government pledged to take action in accordance with its laws.

    “If our police arrest them, we can also use our laws. When it happens, I and the Philippine Foreign Secretary will discuss to find the best way.”

    ReplyDelete
  4. Malaysians have banded together to pray for the nation's security forces in Sabah as well as for the people living there in light of the foreign intrusion in the east coast of the state.

    ReplyDelete
  5. Mosques, temples and churches have been offering prayers for a quick and peaceful end to the crisis.

    ReplyDelete
  6. The Council of Churches called on the Government to use its power and influence to resolve the situation with minimum force and through diplomacy.

    ReplyDelete
  7. “Many members of our security forces have lost their lives defending our national security.

    “Our churches offer sympathies and condolences to the families who have lost their loved ones,” it said in a statement jointly issued by its president Datuk Dr Thomas Tsen and general secretary Rev Dr Hermen Shastri.

    ReplyDelete
  8. Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim said all mosques have been told to hold special prayers (sembahyang hajat).

    She said mosques were also advised to include the doa in their Friday prayer sermons.

    ReplyDelete
  9. “We hope and pray that members of our armed forces are safe. No one wants war but we are defending our country from terrorists,” she said.

    ReplyDelete
  10. Buddhist Association of Malaysia vice-president Ven Master Ming Ji said all their members are praying for the situation to be resolved quickly, while the Malaysia Hindu Sangam president R.S. Mohan Shan said Hindu temples had started to conduct special poojas(prayer).

    ReplyDelete
  11. “We are praying for the safety of our people and the security forces as well as for the crisis to end soon,” said Mohan.

    ReplyDelete
  12. "Let us pray for their safety and that we can defeat the country's enemies and wipe them out completely." -Najib

    ReplyDelete
  13. LAHAD DATU: Prayers for Lahad Datu(6 March 2013)

    SEBERANG PERAI: About 100 people gathered at the Arulmigu Karumariaman Temple in Seberang Jaya in Penang this evening to pray for Lahad Datu.

    They comprised Indian police officers, Indian-based non-governmental organisations (NGOs) and the state MIC Youth.

    Penang Narcotics Criminal Investigation Department chief Superintendent S. Batumalai led prayers for peace to return to Sabah and for peace for the nation.

    Penang MIC Youth chief J. Dhinagaran, who was also present, said the event was an apolitical one.

    ReplyDelete
  14. Believe in the power of prayer!

    ReplyDelete
  15. Semoga peristiwa ini akan berakhir dengan segera.

    ReplyDelete
  16. Bersama-sama kita berdoa agar keamanan dalam Negara ini akan berkekalan.

    ReplyDelete
  17. Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan 'ground zero' di Tanjung Batu.

    ReplyDelete
  18. Ini dikatakan sendiri oleh ketua polis negara percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.

    ReplyDelete
  19. Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi.

    ReplyDelete
  20. Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran yang berlaku.

    ReplyDelete
  21. pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

    ReplyDelete
  22. keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

    ReplyDelete
  23. Kawasan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu masih dalam kepungan anggota pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  24. pasukan keselamatan yang menjalankan operasi susulan dan penggeledahan itu diminta sentiasa berhati-hati bagi memastikan tiada anggota yang cedera.

    ReplyDelete
  25. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bekalan keperluan asas di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah, mencukupi.

    ReplyDelete
  26. kementerian itu sentiasa memantau bekalan bahan keperluan seperti gula, beras, gandum, minyak masak, petrol dan diesel serta bersedia menambah jika berlaku kekurangan.

    ReplyDelete
  27. Setakat hari ini, mengikut laporan yang kita terima bekalan masih mencukupi. Kita pantau setiap masa kerana tak mahu terlalu banyak khabar angin menyebabkan orang ramai membuat pembelian panik

    ReplyDelete
  28. Tiga daerah itu adalah kawasan yang terjejas insiden serangan penceroboh bersenjata ke atas pasukan keselamatan negara sejak Jumaat lepas.

    ReplyDelete
  29. Kawasan berkenaan juga termasuk dalam Kawasan Keselamatan Khas yang diisytihar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

    ReplyDelete
  30. Ismail Sabri dilapor berkata kabinet memutuskan untuk menambah bekalan makanan, minyak petrol dan diesel bagi menampung keperluan di Lahad Datu dan Semporna.

    ReplyDelete
  31. Ismail Sabri turut menjelaskan setakat ini tiada laporan kenaikan harga barangan di Sabah dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian panik.

    "Pembelian panik akan menyebabkan bekalan berkurang dan kita takut peniaga ambil kesempatan untuk naikkan harga.

    ReplyDelete
  32. Beberapa penganalisis politik menganggap insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebagai cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil di Malaysia di ambang pilihan raya umum diadakan.

    ReplyDelete
  33. Mereka berpendapat ada pihak tertentu yang menghangatkan semula isu tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah walaupun ternyata ia telah berlaku lama dulu.

    ReplyDelete
  34. Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata insiden pencerobohan itu boleh mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Bercakap kepada Bernama, beliau yang mempersoal kewajaran isu tuntutan Sabah dibangkitkan semula, berpendapat rakyat Malaysia boleh membuat penilaian sendiri melalui usaha kerajaan menangani masalah itu.

    ReplyDelete
  36. Mungkin ada pihak yang mahu lahirkan keadaan tidak menentu supaya rakyat melihat kerajaan berada dalam situasi yang tidak stabil. Pengundi harus menilai keberkesanan pendekatan yang dilakukan kerajaan sejak awal dalam usaha mengelak berlaku sebarang tragedi walaupun akhirnya pasukan keselamatan negara perlu dihantar ke lokasi tersebut.

    ReplyDelete
  37. Penderitaan dialami kira-kira 4,500 penduduk yang terjejas berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu, Sabah menyebabkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) terpanggil untuk menghulurkan bantuan.

    ReplyDelete
  38. Kira-kira 10 tan barangan keperluan membabitkan tilam, air mineral, beras, minyak masak, susu dan ubat-ubatan diterbangkan dari Pangkalan TUDM, menggunakan pesawat TUDM.

    ReplyDelete
  39. Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, dalam misi bantuan ke Sabah itu, seramai 15 sukarelawan dan 10 pegawai perubatan akan dibawa

    ReplyDelete
  40. maklumat yang diterima pihaknya mendapati terdapat tiga kem di Semporna dan Lahad Datu yang kini menjadi penempatan sementara penduduk setempat ekoran pergolakan yang berlaku di kawasan berkenaan

    ReplyDelete
  41. Lima batalion pasukan keselamatan akan ditempatkan dalam Kawasan Keselamatan Khas di Pantai Timur Sabah merangkumi Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau membabitkan pantai sepanjang 1,400 kilometer.

    ReplyDelete
  42. Pengisytiharan mengenai Kawasan Keselamatan Khas itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat khas mengenai Op Daulat

    ReplyDelete
  43. kawasan Lahad Datu pula dijadikan Pusat Pemerintah dan kabin sementara akan diwujudkan bagi membolehkan ia berfungsi dengan segera.

    ReplyDelete
  44. Malah, anggota sedia ada akan dikekalkan dan lima batalion pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihantar ke Sabah bagi menjaga keamanan dan kedaulatan

    ReplyDelete
  45. penambahan pasukan keselamatan itu bertujuan untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan komited dalam memastikan masa depan mereka terjamin.

    ReplyDelete
  46. jangan sesiapa memandang ringan iltizam kerajaan untuk mempertahankan Sabah kerana ia tetap milik Malaysia selama-lamanya

    ReplyDelete
  47. membolehkan kerajaan memberi perhatian lebih khusus terhadap kawasan terbabit dalam menghapuskan pengganas.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.