Sunday, March 10, 2013

Liwat II: Mungkinkah Najib tangguh lagi PRU13?

Rakyat mengucapkan syukur dan menarik nafas lega apabila mendapat khabar gembira bahawa Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dengan mendakwa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar dengan kes Liwat II.

“Lebih menarik lagi pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, perkembangan itu pastinya tambah memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya.

Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, ujarnya lagi.

Menurutnya, dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat.

“Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian liwat II adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya,” katanya kepada Harakahdaily.

Baginya, politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka.

Kini, kata beliaukebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu.

“Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat,” katanya lagi.

Menurutnya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal.

Riduan berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya.

Kini, ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II.

Bagi beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia.

“Malah, beliau dianggap gagal mendidik pegawai-pegawai kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada masyarakat sehingga mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah,” ujarnya.

Justeru, kata beliau rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin seperti itu layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti itu. -HD

55 comments:
Write comments
  1. Teruk betul Anwar Ibrahim nih...ada ke patut beliau naikkan lagi harga petrol RON97...RM2.90/liter. haiyyaaa!! Nasib baik aku hanya guna RON95 sebab gaji kecil

    ReplyDelete
  2. Mohon maaflah kpd yg terlanjur sengaja memfitnah DSAI, sama ada yg share, atau menulis, atau sengaja edit gambar atau video palsu. Sementara Allah Taala masih memberi nikmat hidup didunia ini, juga nikmat didalam Islam ini. Apabila nyawa sudah di khalqum maka pintu taubah telah tertutup.

    ReplyDelete
  3. najib tangguh pru nak cari tarikh selamat dah jadi makin tak selamat, deepak, bala dan azlan menambahkan ramuan kejatuhan umno.muhyidin tak usah tersenyum sebab nak jadi ketua pembangkang belum tentu menang di pagoh.

    ReplyDelete
  4. Mngkin kah En azlan ni akan di tudoh dan dipenjarakan oleh polis UMNO? Kerana beliau telah memalukn Najib malah mmbantutkn rancangan jahat UMNO. Di Malaysia ni,mcm2 boleh trjadi.

    ReplyDelete
  5. Najib PM Terbaik
    Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada pemimpin pembangkang mampu menandingi kehebatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang berjaya mentadbir negara menjadi lebih makmur menerusi pelbagai agenda transformasi dilakukan. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan itu bukan untuk berkempen tetapi berdasarkan penilaian beliau sebagai orang yang paling dekat bekerja dengan Najib dalam pentadbiran negara. Katanya, Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang hebat pada zamannya dan berupaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  6. Najib PM Terbaik

    "Ini soal pokok. Saya bagi kenyataan begini bukan kerana nak kempen, tetapi hendak menyatakan yang hak dan membawa risalah benar. Kalau siapa tidak bersetuju dengan saya, cabar saya. Kalau saya tidak betul cabar saya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pertemuan dan dialog bersama pimpinan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, guru, imam seluruh negeri ini di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini. Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kelulusan berjumlah RM2.75 juta bagi beberapa projek demi kemudahan masyarakat di negeri ini. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka terbukti berjaya membawa keamanan serta kemakmuran yang melimpah ruah kepada negara meskipun diakui banyak lagi perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  7. Najib PM Terbaik . TIDAK RAGU-RAGU LAGI. MEMANG DS NAJIB ADALAH PERDANA MENTERI TERBAIK MASA KINI.

    Kata beliau, dasar dan program yang dilaksanakan di setiap peringkat serta secara menyeluruh meletakkan Malaysia pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 termasuk kejayaan mewujudkan iklim ekonomi yang baik. "Kajian badan-badan antarabangsa meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing di dunia untuk membuat pelaburan dan tempat ketiga memiliki nilai-nilai hidup lebih baik serta selamat didiami bakal pesara serta pesara warga asing," kata beliau. Berikutan itu, kata Timbalan Perdana Perdana, BN memerlukan mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk terus mentadbir membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan terbilang.

    ReplyDelete
  8. I don't think this is related.

    ReplyDelete
  9. Saiful vs Anwar= non stop drama

    ReplyDelete
  10. Kes ini akan menganggu mereka selamanya.

    ReplyDelete
  11. Or are they in the midst of creating something else?

    ReplyDelete
  12. Kenapa tiba2 muncul berita macam ni?

    ReplyDelete
  13. Tiada kaitan langsung dengan Najib pun.

    ReplyDelete
  14. Isu ni timbul hanya untuk kepentingan politik bila PRU makin dekat.

    ReplyDelete
  15. PRU tetap akan dijalankan tahun ni.mandat belum berakhir lagi.

    ReplyDelete
  16. Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan melihat kecelaruan di kalangan parti pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ini menunjukkan kepada rakyat mereka tidak serasi.

    ReplyDelete
  17. Menurut beliau apa yang berlaku itu juga menunjukkan masing-masing mahu menjadi juara dan bukannya meletakkan agenda untuk kepentingan rakyat sekaligus boleh dibuat kesimpulan bahawa mereka tidak bersedia untuk menerajui negara.

    ReplyDelete
  18. “Apa yang berlaku ini menunjukkan mereka tidak serasi. Masing-masing mempunyai agenda. Tidak ada hasrat mendahulukan rakyat selain membangunkan negara. Masing-masing mahu menjadi juara semata-mata.

    ReplyDelete
  19. “Untuk menutup segala yang terdedah itu pada kaca mata rakyat, mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah bagi menunjukkan kesatuan di kalangan mereka yang makin kucar-kacir,” katanya

    ReplyDelete
  20. Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu akan berterusan, beliau seterusnya menambah perkembangan mutakhir itu adalah satu petunjuk kepada rakyat bahawa apa sahaja boleh berlaku di dalam hubungan parti pembangkang terbabit.

    ReplyDelete
  21. “Saya percaya perkara ini akan berterusan bukan sahaja menjelangnya pilihan raya umum ke-13, malah selepas pilihan raya pun mereka akan terus celaru. Ini hanyalah sebahagian isyarat awal ke arah itu.

    ReplyDelete
  22. “Berbanding kita dalam Barisan Nasional (BN) segala-galanya adalah untuk rakyat dan negara dengan meletakkan agenda pembaharuan demi kepentingan bersama. Kita yakin rakyat akan melihat melihat dan membuat perbandingan mengenai soal ini,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Tiada beza nak tangguh, PRU harus dilaksanakan serta merta.

    ReplyDelete
  24. Najib has no more time to delay.

    ReplyDelete
  25. Kes Saiful diulangi lagi. Tiada peristiwa lain lagi tetapi memainkan demi kepentingan poltiik.

    ReplyDelete
  26. They are trying to divert attention.

    ReplyDelete
  27. Selagi PRU ditangguh, selagi banyak negatif impak kepada BN.

    ReplyDelete
  28. Kes ini telah di selesai, tidak perlu di jadikan isu lagi.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Setelah hampir 5 tahun. baru mau timbulkan isu ini semua.Apa motif??

    ReplyDelete
  31. Malaysian Prime Minister Najib Razak dissolved parliament on Wednesday in preparation for a general election seen as the toughest challenge yet for the ruling coalition after 56 years in power.

    ReplyDelete
  32. The vote is tipped to be the closest ever, driven by concerns over corruption, the rising cost of living and high crime under the Barisan Nasional coalition, which has ruled Malaysia since independence in 1957.

    ReplyDelete
  33. The resurgent opposition, led by charismatic former deputy premier Anwar Ibrahim, has gained traction by pledging to tackle authoritarianism and graft.

    ReplyDelete
  34. "If there is change in power, it will and must happen peacefully. This is our commitment," he said.

    ReplyDelete

  35. Najib is facing his first test at the ballot box since taking over in 2009, after the coalition lost its traditional two-thirds parliamentary majority in a shock election result.

    ReplyDelete
  36. In Wednesday's broadcast, he urged the electorate not to "gamble" away their vote by opting for an untested opposition, the three-party Pakatan Rakyat (People's Pact).

    ReplyDelete
  37. But Anwar said Najib's leadership was showing "signs of desperation".

    ReplyDelete
  38. "For Pakatan Rakyat it is the best possible chance to offer a viable alternative for democracy and a more responsible government. I think the chances of winning are very good," he told AFP.

    ReplyDelete
  39. Anwar was barred from contesting in the last elections after he was convicted of sodomy and corruption in the late 1990s -- widely seen as politically motivated due to a fallout with then premier and his boss Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  40. He was acquitted of new sodomy allegations in 2012 after a two-year trial during which he accused the government of again trying to end his career.

    ReplyDelete
  41. Activists and the opposition have made loud calls for free and fair elections, staging several mass rallies demanding such changes as a clean-up of the electoral roll, which they say is marred with irregularities.

    ReplyDelete
  42. In response, Najib's government has taken steps including the introduction of indelible ink to prevent multiple-voting and allowing Malaysians abroad to vote by post.

    ReplyDelete

  43. But the opposition says these moves fall short of creating a level playing field.

    ReplyDelete

  44. Independent pollster Ibrahim Suffian with Merdeka Center said he expects elections to be held on the week of April 27 as campaign periods between nomination and polling days have traditionally been less than two weeks.

    ReplyDelete
  45. "The campaign period will be short," he said. "The opposition right now looks very energetic... It makes for a very competitive election."

    ReplyDelete
  46. Najib has worked hard to rebrand his United Malays National Organisation (UMNO), which dominates the 13-member Barisan coalition, by launching a series of reforms aimed at boosting the economy and granting greater civil liberties.

    ReplyDelete
  47. The opposition currently holds 75 of 222 parliamentary seats and controls four of the country's 13 states.

    ReplyDelete
  48. UMNO's uninterrupted rule has seen decades of economic expansion and there was better-than-expected 5.6 percent growth last year, spurred by consumer spending supported by pre-election direct cash handouts and other incentives.

    ReplyDelete

  49. But criticism of the government's authoritarian rule is growing and the opposition is promising a new era of political liberalisation and an end to entrenched corruption.

    ReplyDelete

  50. But criticism of the government's authoritarian rule is growing and the opposition is promising a new era of political liberalisation and an end to entrenched corruption.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.