Langkah BN menaikkan gaji anggota polis dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis politik.
Pentadbiran Dato'Seri Najib Razak bersetuju untuk menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat awam lain seperti diumumkan semalam, menelan belanja RM1.5 bilion untuk meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang.
Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai penyokong tradisonal BN.
Akan tetapi maklumat lebih bebas di internet, tempat berkempen bagi pembangkang menyebabkan persepsi tersebut dicabar, kata penganalisis.
"Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan, akan tetapi untuk mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan," kata Prof Madya Dato' Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider.
Sebelum pengumuman, PAS bergerak untuk menyaingi usaha terakhir Najib bagi memenangi hati penjawat awam dengan menjanjikan kemudahan sama dan memperbaiki apa-apa janji perdana menteri untuk meningkatkan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Langkah tersebut menunjukkan persaingan bagi memenangi hati penjawat awam yang merupakan kunci undi dari kalangan 13.3 juta pengundi berdaftar untuk membuang undi dalam pilihan raya umum tahun ini.
PAS, DAP dan KeADILan menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen. Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan Pakatan Rakyat ditubuhkan.
KeADILan dilihat bekerja keras untuk mendapatkan undi dari 250,000 pengundi dari kem polis dan tentera di seluruh negara. Untuk memperkuatkan kempen mereka, parti tersebut telah merekrut bekas jeneral dan polis ke dalam parti mereka. Pengaruh mereka penting untuk mendapatkan undi demografi ini kepada PR, kata pemimpin parti.
Penganalisis dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum A Jawan mengatakan walaupun peningkatan gaji menyebabkan lebih sukar bagi pembangkang untuk melonggarkan cengkaman BN terhadap anggota keselamatan, dalam keadaan politik sekarang, tiada apa yang pasti.
"Ya secara umumnya mereka (pasukan keselamatan) diketahui menyokong kerajaan hari ini. Akan tetapi ini tidak bermakna mereka menyokong parti pemerintah," katanya.
"Walaupun ianya mungkin mempengaruhi sokongan untuk BN, tetapi ianya hanya satu sektor. Untuk menang pilihan raya, kamu perlu gandingan kombinasi pelbagai faktor lain," katanya.
Tuesday, March 12, 2013
Naik gaji tapi belum tentu sokong BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




kalau kenaikkan gaji itu tidak memberikan impak kepada undi BN, tidak perlulah pembangkang risau.. biar sajalah kerajaan bagi kenaikkan gaji.. yang bising2 tu apahal?
ReplyDeletekalau mahu harapkan pembangkang, jangan harap rakyat akan dapat menikmati kenaikkan gaji.. yang dapat habuan dulu tentulah kroni dan pemimpin2 pakatan sendiri..
ReplyDeletepakatan ada banyak duit untuk beli jentera2 mewah khas untuk berkempen.. tapi kenapa tidak ada duit untuk tunaikan semua janji2 pakatan masa pru 2008 dulu?
ReplyDeletedalam setiap kempen pakatan, pasti tidak lupa tabung tin milo kononnya pakatan miskin bukan macam BN.. tapi esok2 boleh pula tersengih2 naik jet mewah..
ReplyDeletepemimpin2 pakatan patut jawab penglibatan anwar dalam insiden pencerobohan di lahad datu.. jelaskan juga dakwaan Ng Lum Yong bahawa Suaram telah menyalurkan usd 2 juta kepada pengganas sulu untuk melakukan huru hara di sabah..
ReplyDeleteSapa rakyat yg cerdik ada perasan tak..harga barang dah naik. Tapi kalu jenis tak ambil tau harga barang ,memang takkan tau punyer. Naik pula dekat dgn Najib nak istihar 'berita baik' utk kktgn kerajaan.
ReplyDeleteBN dah nyawa2 ikan...meroyan tak tentu pasal. Dgn TV3sukunyer, lembu3 fidlotnyer demo sana sini ke atas PKR ( ada berani ke dihantar ke LDatu) ,mcm2 berita baik lah serta ntah hape2 lagi le. Yg penting gula2 utk rakyat,menang kalu lepas ni..hahhh balun sakan le harta negara mcm hrta mak bapak dia. 1Dunia dah nampak kehebatan Anwar Ibrahim hanya suku sakat Umngok kat Mesia jer yg mati2an nak pertahan pemimpin dr parti syaitan yg dikenali.
ReplyDeletepembangkang tak perlu nak politikkan kenaikan gaji tersebut
ReplyDeleteThe Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) lauded the good news for civil service announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in conjunction with the Premier Gathering of the Civil Service here today.
ReplyDeleteAs such, its president, Datuk Omar Osman, called on 1.42 million civil servants to increase their productivity from time to time.
ReplyDelete“Cuepacs would also like to thank the prime minister, chief secretary to the government and the caring Barisan Nasional government.
“Civil servants are also reminded to respond to Najib’s call to stay away from corruption, abuse of power and leaking the government’s information,” he told a press conference at the gathering here today.
ReplyDeleteOsman said the government’s move to standardise the salary grades in the military and police force with the structure in the civil service proved that the government had always respected the roles played by the national security forces.
ReplyDelete“Cuepacs laud the standardisation of the salary grades. We hope it will also lure more young people to join the police and military services,” he added.
gaji yg diterima bukannya hakmilik BN...
ReplyDeletePembangkang hanya ingin politikkan semua isu. Yang baik pun dijadikan isu juga.
ReplyDeleteBersyukur dengan segala kemudahan di beri oleh kerajaan.
ReplyDeleteBaguslah ada kenaikan gaji, inipun mau di persoalkan kh?
ReplyDeleteIni sahaja kerja pembangkang boleh buat, menjatuhkan kerajaan.
ReplyDeletesyukurlah mereka yang naik gaji tu.yang penting kualiti kerja meningkat.
ReplyDeleteUndi tu hak masing-masing.terserahlah pada rakyat.kebebasan sudahpun diberi.
ReplyDelete