Dato' Seri Najib Razak didesak mendedahkan segala perjanjian Kerajaan Malaysia dengan kesultanan Sulu bagi membolehkan seluruh rakyat negara ini faham kedudukan sebenar.
Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sehingga kini rakyat negara ini tidak tahu bentuk perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan kesultanan Sulu sehingga menyebabkan pelbagai dakwaan tuntutan janji mereka ke atas Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri memanggil persidangan Parlimen khas dengan segera bagi membolehkan penjelasan diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.
Namun, Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang kesal kerana Najib masih lagi merahsiakan segala perjanjian itu sehingga menyebabkan rakyat berada dalam keadaan tertanya-tanya mengenai perkara itu.
"Difahamkan Malaysia masih membayar sekitar $5,000 setahun kepada Kesultanan Sulu, jadi orang ramai mahu tahu lebih banyak perkara mengenainya," katanya ketika dihubungi Harakah 6 Februari lalu.
Selain itu, menurut beliau, terdapat juga dakwaan yang mengatakan kedatangan 180 orang tentera kesulatanan Sulu ke Lahad Datu sejak 9 Februari lalu kerana mempunyai hubungan dengan janji Perdana Menteri untuk memberikan tanah atau penempatan kepada mereka.
"Sebelum ini, begitu ramai orang Sulu yang diberikan kebenaran tinggal di negara ini dan diberikan kad pengenalan oleh pihak Umno-BN kepada mereka menerusi "Projek IC". Jadi kenapa Najib terus membuat janji lagi dengan mereka.
"Di samping itu semua, banyak lagi perkara lain yang berkaitan dengannya yang perlu didedahkan Perdana Menteri. Kita harap beliau mengambil tanggungjawab dengan baik dalam perkara ini demi kepentingan rakyat dan negara," ujarnya.-DD
Tuesday, March 12, 2013
Najib didesak jelas penjanjian dengan Sulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Tak habis2 pembangkang nak salah org lain...biasanya org yg byk brcakap ni buat keje sikit berbual aje yg lebih...pergi la hulur bantuan pd penduduk sabah yg tengah susah tu drp berckp byk...sebelum nak ubah org lain, ubah la diri sendiri dlu..jgn anggap diri sendiri saja btul..maaf seandai menguris perasaan.
ReplyDeleteTak habis2 pembangkang nak salah org lain...biasanya org yg byk brcakap ni buat keje sikit berbual aje yg lebih...pergi la hulur bantuan pd penduduk sabah yg tengah susah tu drp berckp byk...sebelum nak ubah org lain, ubah la diri sendiri dlu..jgn anggap diri sendiri saja btul..maaf seandai menguris perasaan.
ReplyDeleteBukan masalah pmbangkang nak buat modal salahkn sesiapa..tapi kenapa sampai 3 minggu pencerobohan,takde tindakan kita nak gempur? Lebih utama,takkan negara kita takde 'pertahanan' depan utk salur maklumat keselamatan negara kpd pihak polis? Mana pergi APMM, Polis marin, TLDM, JKKK atau seumpamanya? Berapa punya bengappp!!
ReplyDeleteCoba perhatikan baju celoreng penceroboh tu. Banyak dijual di rombengan. Kasut pun macam kasut getah pi kebun. Tapi senjata canggih2. Yang peliknya kebanyakan penjenayah tu da tua2 bangka. Apakah motif mereka sebenarnya masuk ke negeri Sabah. Menurut cakap2 org, kebanyakan penceroboh yg mati dan ditangkap ada kad pengenalan original. Bagaimana semua ini berlaku? adakah mereka ni istimewa sangat? Kepada pemimpin2 politik janganlah nakkan kuasa sanggup gadaikan maruah dan negara. Fikirkan masa depan anak cucumu. Ingat segala perbuatan mu pasti akan dihisab oleh Allah Yang Maha Kuasa. Ingat! apa yg engkau tabur itu juga yg engkau tuai. Kalau engkau tidak merasanya, nescaya cucu dan cicit mu pasti akan kena. Ingat! suatu hari nanti kita semua akan mati. Tunggulah balasn daripadaNYA. Menyesal pun tiada gunanya lagi. Semuanya da terlambat.
ReplyDeleteBENARKAH kerajaan kita pernah buat OPs SABAH SELAMANYA?
ReplyDeletehttp://militaryofmalaysia.net/2013/01/black-ops-operasi-sabah-selamanya/
KALAU BENAR,
KENAPA dan apa kandungan DOKUMEN itu?
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeletePencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeletePresiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDelete"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDelete"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteLam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDelete"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)."
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDelete"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteTambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan. "Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus,"
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeletePeringatan demi peringatan telah dilontarkan oleh kebanyakkan pihak, tentang siapa yang mendalangi operasi pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Sudah terbukti bahawa SUARAM dibiayai oleh dana asing, yang bertunjangkan yahudi laknatullah. Itu tidak perlu dinafikan lagi.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteDengan tersiarnya foto-foto bukan lucah di antara Anwar dan Nur Misuari, serta foto yang memaparkan keakraban Nur Misuari bersama Khabier Malik, komandan pengganas yang menceroboh masuk ke Lahad Datu menjadi penilaian anda semua. Suratan atau kebetulan?
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteApa yang terjadi sebenarnya bertitik tolak dari kejayaan Malaysia yang menjadi orang tengah dalam proses perdamaian serta Wilayah Autonomi Mindanao yang diperjuangkan oleh bangsa Moro. Dalam perkara ini, MILF pimpinan Murad Ibrahim telah berjaya mencapai cita-cita bangsa Moro.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteMILF, yang memilih pendekatan berdiplomasi telah berjaya membuktikan bahawa MNLF pimpinan Misuari yang berprinsipkan estrimisma dan ganas telah gagal perjuangkan cita-cita tersebut.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteSedang Habil dan Qabil pun wujud perasaan cemburu, ini kan pula si Misuari. Perlu diingat, Malaysia pernah mengekstradisi Misuari sewaktu dia melarikan diri ke Sabah akibat pengistiharan perang kepada Manila.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteMisuari cemburu kepada kejayaan Murad Ibrahim. Misuari pasti masih menyimpan dendam terhadap Malaysia. Anwar pula berdendam kepada Najib. Bila 2 syaiton bertemu, maka bergeloralah nafsu amarah syaitanirrajim.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteAnwar punya cita-cita, begitu juga Misuari. Anwar punya dana yang tidak terhitung, Misuari punya askar yang tidak bertamadun. Tidak mungkin Anwar akan menggunakan “saluran” kewangannya yang sebenar. Secara strategiknya, SUARAM menjadi topeng agar Manila tidak dapat menghidu pengaliran wang berkenaan. Apatah lagi, ianya diluar pengawasan kerajaan Malaysia.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeleteMujur Pengerusi Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mempunyai rakan di Manila, yang mengirimkan email kepadanya tentang peranan SUARAM dalam insiden pencerobohan Lahad Datu ini.
Muslimat PAS Pusat tidak baca laporan Reuters dan Manila Times ka?? patautnya Anwar yang bagi penjelasan, bukannya Najib..
ReplyDeletePerkara yang sama juga pernah diutarakan oleh Presiden Filipina. Beliau merasakan hairan, bagaimana Kiram mampu mempunyai tentera sedemikian rupa, sedang beliau tahu akan keupayaan kewangan Kiram dan status kehidupannya di negara itu. Kini, terdedah sudah, siapa yang membiayai operasi pencerobohan Lahad Datu.
Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.
ReplyDeleteSehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.
ReplyDeleteBeliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.
ReplyDeleteIni adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.
ReplyDeleteDari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin. jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara,
ReplyDeleteDifahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.
ReplyDeleteSebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.
ReplyDeleteSehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.
ReplyDeleteDalam pada itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lam Yong mendakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi perhatian negara tahun lalu, membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.
ReplyDeleteMenurutnya lagi, bantuan kewangan daripada NGO kepada kumpulan penceroboh dari Filipina itu disahkan oleh rakannya dari Manila.
ReplyDeleteSaya terima e-mel dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan e-mel itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan AS$2 juta untuk tujuan pencerobohan," kata beliau
ReplyDeleteOleh itu kata Lam Yong, yang juga antara bekas pengasas PKR, tidak mustahil pihak pembangkang menjadi dalang di pihak di sebalik apa yang berlaku di Sabah.
ReplyDeleteLam Yong turut menyatakan bahawa sanggup disaman mana-mana pihak kerana apa yang beliau katakan mengenai isu tersebut adalah benar
ReplyDeleteMarch 13, 2013 at 10:54 AM :
ReplyDeletekerajaan malaysia x pernah memberi bantuan secara rasmi [sokongan moral, kewangan, kebebasan berada di malaysia, etc...] kpd kumpulan lanun/penjenayah ini? bila senjata sudah makan tuan, baru rasa panas pantat, kan???
Sekarang nak salahkan PM lagi.
ReplyDeletePeristiwa ini akan menjadi sejarah bagi Negeri Sabah.
ReplyDeleteJika benar pembangkang menjadi dalang dalam peristiwa ini, sangat tidak bertanggungjawab dan sanggup buat demikian.
ReplyDeleteYang nyata one of the dalang ialah yg bg IC kepada pendatang. And it is proven now.
ReplyDeleteSelain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
ReplyDelete1.Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2.Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.
Sejarah Pembayaran Wang Kepada Waris Kesultanan Sulu?
ReplyDelete-Bayaran ini telah dibuat oleh syarikat hindia timur Baron Overbeck semenjak 1878.
-Bayaran adalah untuk sebagai hak penyerahan bukan bayaran sewa.
-British telah membayar wang berkenaan setiap tahun walaupun semasa Jepun takluk Sabah.
ReplyDelete-Sultan Kiram (waris) pernah membuat tuntutan penyerahan semula Sabah kerana kegagalan Brirtish bayar duit tersebut pada ketika Jepun tawan Sabah. Tetapi British menjawab wang tersebut telah dimasukkan kedalam akaun sultan di UK. Setelah tidak berjaya dia minta pula duit tersebut dibayar secara sekaligus. Masih tidak berjaya juga.
-Perjanjian 1878 tersebut tiada tempoh masa selagi bulan dan bintang beredar.
ReplyDelete-Kerajaan Manila pernah memaklumkan kepada konsulat British bahawa mereka tidak mengiktiraf kerajaan sulu (sebelum penubuhan Malaysia). Sultan Sulu dianggap tidak lebih daripada rakyat filpina.
-Sekarang terdapat ramai waris Sultan Sulu yang menuntut wang tersebut akibat kemiskinan mereka. Mereka terpaksa membahagikan duit tersebut.
ReplyDeleteSaranan peguam Karpal Singh-sudah tiba masa dan ketikanya kerajaan Malaysia menghentikan wang penyerahan kepada pewaris Kesultanan Sulu sejumlah RM5,300 setahun.
ReplyDeleteKita tidak perlu bayar lagi kepada pewaris Kesultanan Sulu. Ini kerana selagi kerajaan Malaysia membayarnya, mereka akan “naik lemak” dan selagi itulah mereka akan menggunakan alasan tersebut untuk menuntut Sabah daripada Malaysia.
ReplyDelete