Wednesday, March 20, 2013

Pasar Malam Bangladesh Di Melaka

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing.

Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu ‘pasar malam Bangladesh’ di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut.

“Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC.

“Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu.

Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun.

Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu).

Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati.

“Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara.

“KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu. -GB

17 comments:
Write comments
  1. Tidak perlulah mahu menakutkan rakyat dengan semua ini.

    ReplyDelete
  2. pemberian IC tidak diberikan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  3. Semua harus diikut berlandaskan undang-undang yang telah tersedia.

    ReplyDelete
  4. Kita perlu tahu sebenarnya projek IC yang dikatakan itu semua adalah utnuk kepentingan peribadi untuk mendapat duit dengan cara mudah. Jadi bukannya ada kaitan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Pasar Malam Bangla kat Melaka, Pasar Malam Nepal kat Pekan,Pasar Malam Thai kat Rantau Panjang ( Kel. ) dan aku parcaya, ada pasar malam Suluk kat Sabah nih. Fakta menarik mngenai senario etnik di Malaysia yg satu hari nanti akan...mengancam pribumi atau negara???

    ReplyDelete
  6. warga asing terlalu ramai dah masuk dalam negara kita, ini harus diberi perhatian

    ReplyDelete
  7. bendung hal ini sebelum ia menjadi semakin serius

    ReplyDelete
  8. Kerjasama pintar antara agensi mampu mengurangkan tempoh penahanan dan pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata, kerjasama erat antara imigresen, Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP), Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Sabah dan Persekutuan Labuan serta Jabatan Penjara Negeri Sabah akan merealisasikan perkara tersebut.

    ReplyDelete
  10. Katanya, selain bertukar-tukar maklumat berhubung penahanan PATI, tindakan bersama itu mampu menyeragamkan maklumat antara agensi dan memahami prosedur yang digunakan oleh agensi lain ketika menahan pesalah.

    ReplyDelete
  11. "Pendekatan ini akan mempercepatkan penghantaran pulang PATI ke negara asal, selain mampu mengurangkan belanja besar negara menguruskan tahanan ketika berada di PTS," katanya.

    ReplyDelete
  12. Mengulas lanjut, Mohammad berkata, berdasarkan tinjauan dilakukan pihaknya, 80 peratus tahanan di PTS di negeri ini ditahan kurang dari sebulan manakala 10 peratus melebihi tempoh tiga bulan.

    ReplyDelete
  13. Meskipun ditahan lebih daripada tiga bulan, katanya, tindakan itu dibuat berdasarkan prosedur yang ditetapkan terutama apabila PATI mengalami masalah dokumentasi dan proses rayuan.

    ReplyDelete
  14. Tegasnya, walaupun Jabatan Imigresen Sabah tidak berhadapan dengan masalah kelewatan pengusiran PATI, tetapi mereka tetap berusaha melaksanakannya dengan segera.

    ReplyDelete
  15. "Ada kekeliruan sebelum ini apabila ada PATI yang mendakwa mereka ditahan lebih lama di PTS, namun apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka mengira tempoh tahanan sejak di penjara.

    ReplyDelete
  16. "Proses pengusiran banyak bergantung kepada jenis kesalahan dan proses siasatan kerana pihak imigresen perlu melihat kepada dokumen perjalanan sebelum mengusir PATI yang ditahan," katanya.

    ReplyDelete
  17. Tambah beliau, jumlah tahanan PATI di negeri ini pada tahun ini sehingga 19 Februari lalu adalah seramai 3,886 orang dan 50 peratus daripadanya menjalani hukuman penjara.Katanya, seramai 945 orang PATI dihantar pulang ke negara asal pada Januari lalu manakala 401 orang dihantar pada Februari lalu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.