Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.
Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.
“Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.

“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.
Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.
Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM/KD




Semalam, bertempat di 'coffee house' Felda Residence, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi dengan penuh ikhlas menjemput Tian Chua dan Chegu Bard untuk datang ke Lahad Datu.
ReplyDeleteMenurut YB Haji Salleh, beliau terpanggil untuk menjemput Tian Chua dan Chegu Bard datang ke Lahad Datu semata-mata ingin supaya kedua pemimpin pakatan haram ini melihat sendiri keadaan sebenar di sini. Tegas YB Haji Salleh Kalbi, Tian Chua dan Chegu Bard tidak perlu jadi jaguh politik songsang dan jaguh kampung yang hanya tahu berkokok di luar gelanggang dengan menabur fitnah pada orang kampung di pentas ceramah. "Datang dan lihat sendiri", jelas YB Haji Salleh, Ahli Parlimen Silam.
ReplyDeleteAdalah suatu perkara yang tidak munasabah bila Tian Chua yang kononnya sebagai pemimpin rakyat terus menyerang UMNO dengan mengatakan apa yang terjadi di Lahad Datu merupakan konspirasi UMNO. Pengorbanan Anggota Keselamatan seolah-olah dilihat sebagai modal politik murahan pihak pakatan haram katanya.
ReplyDeleteMalah lebih memalukan sebagai seorang penceramah parti, Chegu Bard cuba melonjakkan nama sendiri dalam mengejar populariti di kalangan 'ahli politik' dengan mengeluarkan kenyataan bodoh bahawa tiada satu pun mayat pengganas seperti yang digambarkan oleh pihak keselamatan negara. Seolah-olah inaya satu lakonan drama yang dicipta oleh Kerajaan BN.
ReplyDeleteApakah Tian Chua dan Chegu Bard terpaksa membaca skrip yang ditulis seseorang ? seperti yang terjadi kepada Hadi Awang ketika membuat kenyataan rasmi bahawa Pas menyokong Kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa saja ?
ReplyDeleteSindrom baca skrip ini juga berlaku kepada Ayah Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim. Ayah Saiful akhirnya menyertai parti Anwar dan isterinya. Ketika melafazkan kenyataan bahawa Saiful digunakan oleh UMNO, Ayah Saiful juga membaca skrip.
ReplyDeleteSkrip yang digarap agar apa juga kenyataan yang keluar dari mulut mereka ini tidak lari dari kehendak "master mind'.
MI ketika bersama media yang lain mendengar dengan jelas bahawa YB Haji Salleh Kalbi bukan sekadar mengajak Tian Chua dan Chegu Bard dengan ajak ajak ayam. Menurut YB Haji Salleh, beliau menawarkan tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, makan dan minum sepanjang berada di Lahad Datu malah akan menyediakan segala kemudahan dan akan memastikan keselamatan Tian Chua serta Chegu Bard.
ReplyDelete"Tak perlu takut untuk datang melihat kebenaran" ujar Yb Haji Salleh. "Saya jamin keselamatan anda berdua.." tambahnya lagi.
Masih banyak mayat pengganas yang belum di keluarkan dan Tian Chua serta Chegu Bard kalau bernasib baik boleh melihat sendiri mayat-mayat pengganas di Hospita Lahad Datu.
ReplyDelete"Kalau nak rasai bagaimana suasana medan perang pun saya insyaallah akan uruskan.."
MI harap Tian Chua dan Chegu Bard tidak menolak peluang keemasan ini. Sekali seumur hidup dan kalau bernasib baik boleh melawat pengganas yang masih hidup yang ditangkap oleh Anggota Keselamatan.
ReplyDeleteramai tidak senang hati dgn kenyataan Tian Chua
ReplyDeleteKejutan siapa yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri di kalangan pakatan pembangkang hanyalah helah yang terpaksa dicipta oleh mereka untuk menutup ketidak sepakatan dalam menentukan siapakah yang berhak menjawat jawatan berkenaan.
ReplyDeleteBekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata tindakan pakatan pembangkang enggan untuk membuat satu keputusan dalam isu jawatan berkenaan kerana khuatir akan kehilangan sokongan di kalangan penyokong parti yang boleh menyebabkan usaha mereka untuk menawan Putrajaya terbantut.
ReplyDelete“Rakyat kini ingin tahu siapakah bakal Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya manisfesto yang penuh dengan pelbagai janji untuk memikat rakyat menyokong mereka.
ReplyDelete“Mereka takut untuk mengumumkan nama itu kerana khuatir kehilangan sokongan, jika Anwar yang dicalonkan sudah pasti ramai di kalangan penyokong Pas yang pasti tidak bersetuju, dan perkara ini pernah disuarakan mereka dalam Perhimpunan Pas lalu.
ReplyDelete“Begitu juga jika Haji Hadi dicalonkan, bukan sahaja penyokong DAP dan PKR yang tidak bersetuju, malah di kalangan pucuk kepimpinan parti sudah pasti menentang, dan sudah pasti Karpal Singh termasuk Azmin Ali antara mereka yang tidak bersetuju,” katanya
ReplyDeleteBeliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan pakatan pembangkang yang masih tidak mengumumkan siapakah calon Perdana Menteri mereka sedangkan manisfesto pilihan raya umum ke 13 sudah pun dilancarkan.
ReplyDeleteAnuar berkata jika sebelum ini mereka mencalonkan Anwar bakal menajwat jawatan berkenaan namun perkembangan mutakhir yang berlaku di kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka terpaksa berdiam diri dan terpaksa mengambil sikap tunggu dan lihat.
ReplyDelete“Dalam isu jawatan berkenaan, sebenarnya pembangkang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada Anwar ataupun Hadi, walaupun sebelum ini hampir sebulat suara menyokong Anwar tetapi semakin hampir tarikh pilihan raya, beberapa isu membabitkan Anwar telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Pas yang melihat Anwar dilihat lebih mengikut telunjuk DAP,” katanya.
ReplyDeleteMenurutnya, walaupun ada beberapa nama seperti Azmi dan Mat Sabu yang boleh dianggap sebagai pemimpin pelapis tetapi mereka ini sebenarnya mempunyai masalah untuk mendapatkan sokongan bukan sahaja di kalangan penyokong pakatan pembangkang malah di kalangan parti mereka sendiri.
ReplyDeleteJangan tertipu dengan manifesto mereka yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala kerana bulan tidak akan jatuh ke riba. Mereka penipu besar
ReplyDeletekerajaan sudah mengarahkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk melakukan kajian terperinci terhadap manifesto pembangkang tersebut dan hasil kajian mendapati kadar defisit negara akan melambung sehingga lapan peratus jika ia dilaksanakan berbanding empat peratus pada waktu ini.
ReplyDeleteakibat daripada itu, negara akan menanggung hutang yang besar seterusnya menjadi muflis.
ReplyDeletemereka tidak menjelaskan secara terperinci dari mana sumber kewangan diperolehi bagi membiayai segala perkara di dalam manifesto mereka.
ReplyDeleteMemang sedap dengar dan ramai yang setuju kalau harga minyak turun, tol dihapuskan, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dihapuskan.
ReplyDeleteTapi kita kena ingat, kalau ini dilakukan negara akan bankrap kerana terpaksa menanggung beban yang tinggi.
ReplyDeleteAdakah kita nak negara bankrap? Selain itu, mereka juga akan memberikan penjelasan yang berbeza-beza setiap kali berjumpa dengan pihak berlainan
ReplyDeleteKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemaruk kuasa.
ReplyDeleteAnwar ini tak ada apa yang dia fikirkan... nak jadi Perdana Menteri. Dia makan, minum, mandi dan buang air pun dia fikir nak jadi Perdana Menteri
ReplyDeleteperlunya ada semangat perpaduan dalam kalangan ahli iaitu sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan.
ReplyDeletekesetiaan kepada parti iaitu semua pemimpin dan ahli menyokong siapa sahaja calon yang pilih pucuk pimpinan parti. Tak kira siapa dia asalkan parti kita dan apabila dia menang, parti kita menang
ReplyDeletesemua ahli parti perlu berjumpa dan menerangkan kenapa pengundi perlu memilih BN dan melayan pengundi sebaik-baiknya kerana mereka adalah 'raja'.
ReplyDeletesemua pemimpin di setiap bahagian jangan mewujudkan masalah baru sebaliknya menguruskan setiap masalah yang sedia ada dengan sebaik mungkin dan terakhir perlunya ada semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa BN mampu menang
ReplyDeleteKeghairahan untuk mendapatkan sokongan menyebabkan ada di kalangan pemimpin politik yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada tindakan dan perbuatan mereka yang kadangkala menimbulkan perbalahan antara satu pihak dengan pihak yang lain.
ReplyDeleteSuasana politik yang semakin panas apabila tempoh pilihan raya yang semakin hampir, tanpa disedari tindakan serta perbuatan yang dilakukan pihak-pihak tertentu boleh menimbulkan ketegangan.
ReplyDeleteBagi Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menyifatkan budaya politik samseng sudah menular di kalangan rakyat negara ini yang dipelopori parti pembangkang yang cuba mendapatkan sokongan dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.
ReplyDelete“Kita lihat apa yang berlaku kepada Himpunan Bersih, pembangkang dengan sengaja melanggar arahan pihak berkuasa supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, mereka tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa sehingga menimbulkan kekacauan di Kuala Lumpur.
ReplyDelete“Apa yang berlaku itu, pembangkang sememang-memannya merancang untuk melakukan himpunan itu, selain cuba membangkitkan perasaan benci segelintir rakyat kepada kerajaan yang kononnya tidak bebas, mereka juga ingin mengambil perhatian negara lain daripada apa yang berlaku untuk menunjukkan tanda tidak puas hati rakyat.
ReplyDelete“Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah ramai rakyat yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan,” katanya.
ReplyDeleteJika dahulu budaya politik samseng itu lebih menjurus kepada perhimpunan seperti Himpunan Bersih, namun peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak, baru-baru ini menunjukkan ada segelintir rakyat yang tidak dapat mengawal emosi apabila menyetuh perkara yang membabitkan politik.
ReplyDeleteKamalanathan berkata, rakyat negara ini tidak harus terpengaruh dengan apa yang cuba dibawa oleh pembangkang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah kerana kejadian itu tidak ada penghujungnya seperti apa yang berlaku sekarang.
ReplyDelete“Nampaknya apa yang berlaku di sana tidak ada kesudahannya, akhirnya rakyat sendiri yang rugi dengan keadaan yang bergolak sehingga berlaku pertumpahan darah dan huru-hara,” katanya.
ReplyDeleteMalaysia will brook no interference now in the Sabah crisis, where nine security forces personnel and 57 terrorists have been killed since March 1.
ReplyDeleteBrushing aside advances by certain quarters to purportedly help resolve the crisis, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said yesterday that the time is not right for any outsiders to be involved at the moment.
ReplyDeleteAnifah said this when asked if the government would allow a group of Filipinos to enter Lahad Datu to meet the group of intruders from Sulu, and help resolve the crisis.
ReplyDelete“What will happen if something were to happen to these peacemakers... negotiators, whatever you call them?” he asked.
ReplyDelete“If anything happens to them, then Malaysia will (have to be) responsible for them, so this is not the right time for anyone else, apart from security personnel, to be in the area,” Anifah told a press conference after briefing the diplomatic corps at Wisma Putra today.
ReplyDeleteHarus bertindak rasional. Emosi ini tidak membantu apa-apa sebenarnya.
ReplyDeletePihak berkuasa harus memantau dan sedia mengambil tindakan terhadap unsur pencerobohan ini.
ReplyDeleteUnsur keganasan yang merosakkan ketenteraman harus dikawal dan dielakkan.
ReplyDeleteSemua marah dengan keyataan Tian chua.
ReplyDeleteTian Chua seharusnya di kenakan tindakan, sebab mulut badan binasa.
ReplyDelete