Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.
tandou lahad datu 040313 gabril asakilSeorang penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan keperluan.
Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.
"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.
Gabril berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh penduduk yang tidak dapat melarikan diri.
“Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.
"Mereka memberitahu kami orang imi memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya. -MK
Monday, March 4, 2013
Penceroboh didakwa bolos dari Kg Tanduo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kaum kerabat Sulu dah ramai kat Sabah Utara yg dah dpt ic...apa mereka takut dan kita kena ingat 'Perjanjian Kaum Sulu' dgn diri mereka sendiri. Dendam punya pasal,meeka akan hancurkn musoh ( etnik lain2 ) sehingga 7 keturunan. Itu yg aku tau dr suku sakat mereka diSabah. Jadi?
ReplyDeleteYang nyata TANDUAO telah berjaya DIJAJAH selama 23 hari oleh SULU!
ReplyDeleteKini serangan sia-sia pada 5hb hanya merumitkan keadaan kerana SULU semakin sukar dikesan. IRONINYA, KAMI PENDUDUK kawasan Tanjung Labian jadi mangsa yang terpaksa BERLARI di KAMPUNG HALAMAN sendiri.
SULU memasuki kampung di depan mata masih dikata KEADAAN TERKAWAL!
Agaknya kerana kami ANAK KAMPUNG maka nilai hidup kami cukup dengan pertahanan pos PGA Tanjung Labian yang diduduki anggota PGA seramai tidak sampai 20 orang sahaja.