Thursday, March 7, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Sultan Sulu vs Sultan Sulu?

Sulu Sultan Pencerobohan Lahad Datu

Kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang dikepalai oleh ketua pemberontak bernama Jamalul Kiram III, sultan palsu yang diperkudakan oleh the hidden hand turut mendapat perhatian daripada individu yang juga mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan Sulu, Mudarasulail Kiram (Datu Paijal). Berbeza dengan sultan Sulu palsu lain yang gila kuasa, Mudarasulail Kiram mengakui bahawa Sabah milik Malaysia!

Berikut merupakan transkrip penuh daripada video tersebut:

Apa perlunya kita menuntut negara yang sudah maju? Yang ada pembangunan, rakyatnya hidup makmur? Kenapa kita tidak fikir Sulu yang menderita? Yang tidak ada air, tidak ada jalan raya? Kenapa tidak itu yang kita tidak fikir? Kenapa pula kita fikir Sabah? Kerana Sabah sudah maju. Jadi diorang ambil..mereka ni ambil kesempatan atas kemajuan Sabah.

Sabah sebenarnya adalah milik Malaysia. Rata-rata tahu.. dunia tahu bahawa Sabah adalah milik Malaysia. Yalah kalau..memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia masih lagi membayar ufti kepada Kerajaan Sulu sebanyak RM5,000. Tidak dapat dinafikan. Saya memang kalau tidak ditanya pun memang ada surat. Yah..memang Kerajaan Malaysia masih menyambung pembayaran cession money itu sebanyak RM5,300 iaitu kira-kira P 73,000 setahun dibayar kepada peguam kita di Jolo iaitu Ulama Ulka.

Beta berpendapat..bukan lagi berpendapat, mengesahkan bahawa hanya Kiram saja yang berhak bercakap tentang Sabah. Orang lain tidak perlu campur, terutama sekali Kerajaan Filipina. Dia tidak ada hak langsung pun dengan Sabah. Yang berhak atas Sabah ialah rakyat Sabah dan juga pewaris Kesultanan Sulu. Itu yang berhak. Dan beta sendiri tidak berhasrat langsung bercakap tentang Sabah. Sebab Sabah sudah maju. Ada masjid. Ada berbagai-bagai pembangunan yang ada. Jadi beta rasa bangga..negara saya..negara beta sendiri sudah dimajukan. Jadi apa yang kita kecoh-kecoh nak tuntut Sabah?

Saya masih banyak negara lagi di Jolo, ketinggalan banyak pulau-pulau yang belum banyak dimajukan. Ini hasrat beta datang ke sini untuk memajukan yang rosak. Bukan yang dah maju, nak rosakkan semula. Itu bukan agenda beta. Agenda beta ialah membina yang rosak untuk dipulihkan semula. Sabah ke tepi. Itu milik orang lain. Ya..milik Malaysia sebenarnya.


Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/

68 comments:
Write comments
  1. memang itu patut difikir mereka .. membangunkan negara sendiri dengan hasil usaha sendiri bukan dgn merampas. Malaysia pasti sanggup untuk membantu apatah lagi mejoriti suluk ada ISLAM dan kita juga serumpun

    ReplyDelete
  2. Most heirs to long-dead sultanates would be laughed out of the room if they laid claim to modern territory on the basis of a 135-year old claim. Yet, with the self-styled Sultan of Sulu sending an armed gang to invade Sabah on the basis of such a claim, let us consider whether his claim is valid.

    ReplyDelete
  3. First of all, Jamalul Kiram is just one of nine claimants to the defunct title of Sultan of Sulu. He is by no means the recognised heir, rather he has chosen to call himself the "Sultan", his brother the "Crown Prince", and his daughter "Princess" etc. More importantly, the Sulu sultanate was itself abolished way back in 1917.

    ReplyDelete
  4. This would a laughable situation if the Kirams weren't backed up by an armed gang, ready to kill in a desperate bid to be taken seriously. The Sulu claim to Sabah stems from its acquisition by the Sulu sultanate in 1704 as a reward for helping the Sultan of Brunei to quell a rebellion.

    ReplyDelete
  5. In 1878, the then Sulu ruler ceded the territory to the British North Borneo Company (NBC), which, in turn, transferred sovereign rights over Sabah to Britain in 1946.

    ReplyDelete
  6. When the British granted independence to the Federation of Malaysia in 1963, Sabah was one of the territories turned over to Malaysia, which continues to pay a token rent to the heirs of the Sulu sultanate to this day.

    ReplyDelete
  7. It is important to remember that, after Sabah was ceded to Britain in 1946, neither the Sulu clan, nor the Philippine government that was its formal successor, made any claim on Sabah till 1962. The fact that they didn't see fit to raise this claim for sixteen years shows that they realised an opportunity much later.

    ReplyDelete
  8. In June 1962, the Philippine government lodged a formal claim to sovereignty over Sabah, or British North Borneo as they called it. But Malaysia's claim proved far stronger.

    ReplyDelete
  9. The legal question centred on the translation of the Malay-Arabic word 'pajak' that appeared in the vernacular version of the 1878 agreement that handed Sabah over to the British North Borneo Company (NBC). In common parlance, the term could be used to denote both "to lease" or "to cede".

    ReplyDelete
  10. The British and Malayan governments pointed out that the English language document agreed by the Sultan of Sulu categorically stated that the land was ceded "forever and until the end of time", and not leased as the Philippines claimed.

    ReplyDelete
  11. Malaya's position was further reinforced by the International Court of Justice ruling that "a historic title, no matter how persuasively claimed on the basis of legal instruments and exercise of authority, cannot – except in the most extraordinary circumstances – prevail in law over the rights of non-self-governing people to claim independence and establish their sovereignty through the exercise of bona fide self-determination."

    ReplyDelete
  12. Indeed, in line with the internationally accepted principle of self-determination, the people of Sabah expressed their preference to join the larger Malaysian Federation through a free referendum in 1962 that was supervised by a United Nations fact-finding mission.

    ReplyDelete
  13. And again in the 1963 election, the majority of the people of Sabah showed they had no desire to be a part of the Philippines, or, for that matter, of the historical Sulu sultanate.

    ReplyDelete
  14. That is where the matter rests today. To mollify Jamalul Kiram, the Philippine government is now considering taking Malaysia to the International Court of Justice, but any Philippine claim to Sabah stands little chance of being recognised.

    ReplyDelete
  15. It is perhaps ironic that Sabah first came into Sulu possession in 1704 because they helped end an uprising, yet in 2013 the Sulu claimants are trying to regain it by attempting an armed intrusion themselves.

    ReplyDelete
  16. This is their last stab at history, before the Sulu claim will have to give way finally to the modern reality.

    ReplyDelete
  17. Kesultanan Sulu masih RELEVAN?- Jika kita mengkaji sejarah, (bukan sekadar bercakap kosong) dan berdasarkan beberapa penyelidikan, pemerintahan Sultan Sulu (Jamalul Kiram III) sebagai Sultan Sulu telah tamat sejak 1990.

    ReplyDelete
  18. Ada yang mengatakan adik Jamalul Kiram III, Esmail Kiram II merupakan Sultan Sulu yang sah.Tetapi Jamalul Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah Sultan Sulu yang sah (ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu). Hakikatnya, pemerintahan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.

    ReplyDelete
  19. Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya kerajaan Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat.

    ReplyDelete
  20. Sebelum ini Jamalul Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.

    ReplyDelete
  21. KESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.

    ReplyDelete
  22. Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.

    ReplyDelete
  23. ada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).

    ReplyDelete
  24. Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram III mungkin terlupa sesuatu.

    ReplyDelete
  25. Baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, Kesultanan Islam Sulu melalui tindakan datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” atau perkataan yang lebih tepat iaitu pajakan negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada kuasa Eropah pada masa itu iaitu British (sebelum pembentukan Malaysia).

    ReplyDelete
  26. Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan Sulu ketika itu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck (Syarikat Hindia Timur). Sultan Sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.

    ReplyDelete
  27. Pajakan dilakukan berdasarkan kehendak sendiri dan ia relevan sehingga ke hari ini. Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.

    ReplyDelete
  28. Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat. Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.

    ReplyDelete
  29. Bagi kami kisah kesultanan Sulu sudah pun menjadi cerita dalam lipatan sejarah. Zaman beliau sudah lama berakhir. British telah mengambil Sabah & Sarawak. Belanda pula merampas semua tanah Borneo yang lain. Amerika dan Sepanyol pula menguasai tanah-tanah di Filipina. Sebenarnya kekuasaan Kesultanan Sulu sudah tamat ditelan zaman.

    ReplyDelete
  30. Walaubagaimanapun, mereka masih lagi bernasib baik apabila “keturunan mereka tidak diapa-apakan”. Sejak Britain sehinggalah kepada kerajaan Malaysia sendiri telah membayar “cession money” kepada Sultan Sulu. Bagi kami Sultan Sulu sepatutnya bersyukur kerana masih lagi menikmati terus duit daripada kerajaan Malaysia walaupun sebenarnya mereka sudah tidak relevan lagi.

    ReplyDelete
  31. Andaikata mahu Sultan Sulu sekalipun mengapa tidak menggunakan saluran yang betul? Melalui PBB contohnya? Mengapa tak berani lakukan?.. Mengapa mesti memberontak, membunuh nyawa yang tidak berdosa, menawan orang-orang kampung yang rata-ratanya seagama?.

    ReplyDelete
  32. Jamalul Kiram III, who is masquerading as the sultan of Sulu and whose followers have intruded into Sabah and killed Malaysian police personnel, cannot lay claim to the defunct title, according to a source familiar with the goings-on in the family.

    ReplyDelete
  33. It is, therefore, wrong for him to assert to be the heir to the last sultan of Sulu, Jamalul Kiram II, who died in 1936.

    ReplyDelete
  34. Jamalul Kiram III was never a legitimate descendant of the nine "rightful heirs" of Jamalul Kiram II that was drawn up in the 1939 'Macaskie Judgement' to be eligible to receive cession payments, following the ceding of Sabah, then known as North Borneo, to the British North Borneo Company (BNBC).

    ReplyDelete
  35. The source, who has indepth knowledge of the Sulu "sultanate" household and its history, stressed that according to the family tree, although Jamalul Kiram III was a member of the household, he was never a descendent of the nine principal heirs who had the right to the cession payments.

    ReplyDelete
  36. "When Jamalul Kiram II died in 1936, he left no direct heir, and BNBC also stopped the cession payments. So, the nine had gone to court as a group to recognise their right to receive the annual payment," the source said.

    ReplyDelete
  37. In 1939, the Chief Justice of the High Court of North Borneo, Justice Macaskie, ruled in the heirs' favour and the annual payment resumed. The Malaysian Government has continued with the payment, following the formation of the federation.

    ReplyDelete
  38. In 2011, descendants of the nine principal heirs to Jamalul Kiram II obtained an order from a Sulu court to recognise them as the legitimate direct descendents to the nine principal heirs.

    ReplyDelete
  39. This second generation of the heirs are Dayang Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Princess Permaisuri Kiram Guerson and Sitti Jenny K.A Sampang.

    ReplyDelete
  40. "As such, he (Jamalul Kiram III) cannot claim to be an heir or descendent of any of the nine principal heirs," the source contended.

    ReplyDelete
  41. Nampaknya terjawablah persoalan sebelum ini. Siapa sultan sulu sebenarnya yang layak.

    ReplyDelete
  42. Tindakan Jamalul Kiram III ini salah dan tidak seharusnya berlaku.

    ReplyDelete
  43. Kita sama-sama Islam kenapa pula mahu menceroboha tempat orang lain. Dan berbekalkan senjata. Ini seperti cuba mengugat keamanan negara kita.

    ReplyDelete
  44. Betul..Itu sudah semestinya dari dunia pun tahu semua itu.

    ReplyDelete
  45. Sabah dari dulu lagi adalah milik Malaysia. Tapi tidak tahu kenapa tiba-tiba Sultan Palsu ini cuba untuk menuntut Sabah.

    ReplyDelete
  46. Kenapa pula kita fikir Sabah? Kerana Sabah sudah maju. Jadi diorang ambil..mereka ni ambil kesempatan atas kemajuan Sabah. Jika difikirkan logik memang ada benarnya juga. Sebab kemajuan di negeri itu juga jika dibandingkan di sultan sulu sendiri.

    ReplyDelete
  47. pewaris Kesultanan Sulu, Mudarasulail Kiram ini lebih tahu berbanding dengan Jamalul Karim ini.

    ReplyDelete
  48. Orang seperti inilah yang layak menjadi Sultan Sulu tahu akan sejarah sebenar.

    ReplyDelete
  49. Malaysia masih menyambung pembayaran cession money itu sebanyak RM5,300 iaitu kira-kira P 73,000 setahun dibayar kepada peguam kita di Jolo iaitu Ulama Ulka.

    ReplyDelete
  50. Agenda beta ialah membina yang rosak untuk dipulihkan semula. Sabah ke tepi. Itu milik orang lain. Ya..milik Malaysia sebenarnya. Semoga usaha pewaris sebenar ini mampu memberikan yang terbaik kepada Jolo. Kita percaya pewaris yang layak adalah mereka yang berpendirian tetap dan tidak mengunakan keganasan untuk kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  51. Pencerobohan ini harus mengambil tindakan yang ketat.

    ReplyDelete
  52. Tuntutan Sultan Sulu tidak akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  53. Kesultanan mereka sudah berakhir.

    ReplyDelete
  54. Serahkan kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk menanggani isu ini.

    ReplyDelete
  55. Tuntuan ini serupa dengan merampas.

    ReplyDelete
  56. Possible retaliatory attacks by intruders from southern Philippines had been a constant concern of the security forces following reports of arrivals of armed men but there were no sightings or confirmations.

    ReplyDelete
  57. Datuk Seri Najib menegaskan Sabah adalah hak milik Malaysia dan tidak ada mana-mana pihak boleh mempertikaikannya.

    ReplyDelete
  58. Perdana Menteri memberi amaran supaya jangan ada pihak memandang ringan iltizam kerajaan menegakkan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

    ReplyDelete
  59. Malaysia akan mempertahankan kebenaran ini secara mutlak dengan kekuatan.

    ReplyDelete
  60. Kedudukan Sabah sebagai wilayah Malaysia adalah berdasarkan aspek perundangan dan suara rakyat Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  61. kerajaan akan lakukan apa saja untuk menjamin kedaulatan Sabah

    ReplyDelete
  62. Bekas Panglima Markas Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohamad Said yakin kumpulan pengganas asing yang menceroboh Sabah didukung kuasa asing yang mempunyai niat menghuru-harakan negara bagi kepentingan tertentu.

    ReplyDelete
  63. berdasarkan pengalamannya selama 26 tahun dalam pasukan gerak khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kumpulan penceroboh itu memang dilatih dan diberi perlindungan oleh kuasa luar.

    ReplyDelete
  64. sejak kes pencerobohan di Lahad Datu pada awal Februari itu, terlalu banyak petunjuk yang menjurus kepada campur tangan pihak tertentu.

    ReplyDelete
  65. Fikirkan secara logik, kenapa berlaku sekarang ketika Malaysia bersiap menghadapi pilihan raya. Kenapa mereka tidak melakukannya sebelum ini atau selepas pilihan raya. Kedua, dari mana mereka dapat sumber cukup banyak untuk masuk ke Sabah.

    ReplyDelete
  66. Secara asasnya, mereka cukup miskin, hidup pun susah. Bagaimana nak tanggung kos sewa atau beli bot laju angkut lebih 200 orang ke perairan negara

    ReplyDelete
  67. usaha untuk menggulingkan kerajaan termasuk di Malaysia memang sudah lama berlaku dan ketika ini, gerakan itu banyak berselindung di sebalik gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibiaya dana asing.

    ReplyDelete
  68. Zaini mengaku, beliau sendiri menerima risalah daripada NGO tertentu yang memberikan panduan bagaimana menjatuhkan kerajaan dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.