Perancang di sebalik fitnah dan konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera taubat, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.
Beliau merujuk pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim kelmarin yang mengaku kes liwat kedua terhadap Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.
“Saya nasihatkan, sesiapa yang rancang kes ini, kembali ke pangkal jalan, takut-takut lebih banyak lagi perkara yang Allah dedahkan dari jalan yang tak disangka-sangka,”
“Beliau perlu meminta maaf dengan Anwar dan keluarga, dan juga perlu bertaubat kepada Allah kerana hanya Allah yang layak hilangkan gelaran ‘fasik’ ke atas pembuat dan penyebar fitnah,” Katanya.
Amidi berkata, kesalahan melakukan kesaksian palsu merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang disebut jelas dalam Al-Quran.
Beliau menjelaskan ulama seperti Dr.Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa kes Liwat II ini termasuk dalam kes qhazaf yang sepatutnya dibicara di mahkamah syariah.
“Kesaksian palsu adalah jenayah yang besar, bukan hanya pembuat kesaksian, pihak yang percaya dan menyebarkan juga tidak layak diterima kesaksian mereka selama-lamanya,” kata Amidi
Beliau bagaimanapun memuji keberanian Azlan tampil menyatakan kebenaran walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.
Amidi dalam pada itu turut meminta majlis Ulama mengeluar dan menyebar panduan kepada masyarakat tentang hukum kesaksian palsu kerana ia termasuk dalam dosa besar.
“Masyarakat perlu diberi panduan jelas tentang beratnya melakukan sumpah dengan nama Allah, memberi kesaksian palsu dengan tujuan kepentingan politik adalah dosa besar,” Kata Amidi. – RM/KD
Sunday, March 10, 2013
Perancang Konspirasi Liwat Saiful Digesa Bertaubat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Kenapa Timb KPN nak panggil bapa si Saiful tu. Hah,kena hati2 kat Mesia nih. PM Mesia ni sama dgn Hosni Mubarak dulu tu...awas.
ReplyDeleteKalau tak yakin dgn pengakuan Saiful Harap pihak ABIM dan ulamak semuka dgn dan suruh buat sumpah saiful seBIM< wakil PAS. Kenapa tak ada rasa curiga dgn moral Anwar. Kalau dua-dua buat sumpah pun tak apa, kita tengok siapa yg kena balasannya. Jangan berpihak. Yg hairan mangsa buat pengakuan ditolak oleh PAS , PKR dan DAP. tetiba bapa mangsa buat pengakuan terus ada ststement supaua berhenti menabur fitnah. Senang Saiful dan Anwar buat sumpah sama-sama, siapa yg kena.
ReplyDeleteMohon maaflah kpd yg terlanjur sengaja memfitnah DSAI, sama ada yg share, atau menulis, atau sengaja edit gambar atau video palsu. Sementara Allah Taala masih memberi nikmat hidup didunia ini, juga nikmat didalam Islam ini. Apabila nyawa sudah di khalqum maka pintu taubah telah tertutup.
ReplyDeleteSIAPA YANG KENA LIWAT? BAPA SAIFUL, ATAU SAIFUL?? KENAPA SELAPAS BERTAHUN2 KES INI BERLARUTAN, BARU HARI INI BAPA SAIFUL TAMPIL BUAT PENAFIAN??
ReplyDeleteBertahan lah demi maruah iman...apa saja yg ada ditangan berupa harta benda dan wang ringgit banyak mana pun akan pasti kita tinggalkan....yg kita bawa pada kehidupan hari akhirat hanya lah iman dan amal yg soleh...seruan pada bapa saiful..
ReplyDeleteBanyak sangat isu yang dikatakan sebagai 'konspirasi' sekarang ni.
ReplyDeleteSamada Saiful atau bapanya yang bercakap bohong, hanya Yang Besar Kuasa saja yang tau. Harap mereka mempertahankan kebenaran dan bukannya penipuan yang 'menguntungkan' diri untuk sementara.
ReplyDeleteBersumpah dengan kebenaran.kelak jangan sumpah tu memakan diri.
ReplyDeletedalam hal ini siapa yang bersalah harus brtaubat
ReplyDeleteBoring la cerita liwat ni
ReplyDeleteSemakin dekat PRU13, semakin timbul pula bab2 liwat ni
ReplyDeleteBanyak isu ditumbulkan semasa PRU semakin mendekati.
ReplyDeleteOnly there themselves know what is actually happening.
ReplyDeleteMustahil juga Anwar akan berulangi kesilapan yang sama.
ReplyDeleteSerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang wajar.
ReplyDeleteSemua ini untuk tujuan politik.
ReplyDeleteKes ini sudah selesai, sepatutnya tutup buku lah sudah.
ReplyDeleteSemakin dekat PRU, semakin banyak isu keluar.
ReplyDelete